Sunday, November 15, 2009

BAKA LEMBU BRAKMAS

Lembu Pedaging Baka BrakmasLembu Pedaging Baka Brakmas
Lembu Brakmas, merupakan baka baru lembu pedaging dan baka ini telah dibangunkan oleh MARDI selepas melalui R&D yang intensif. Brakmas berpotensi untuk pengeluaran komersial. Ianya berbadan besar (berat lembu jantan berumur dua tahun di antara 300 hingga 350 kg, dibandingkan dengan lembu tempatan KK (230 kg). Baka Brakmas berdaya tahan dan boleh menyesuaikan diri dengan tekanan haba di Malaysia. Lembu ini juga mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap parasit dan mudah diurus dan kurang diserang penyakit. Hal ini membolehkan Brakmas sesuai diternak dalam ladang kelapa sawit.
Prestasi Pembiakan Brakmas Berbanding Dengan Lembu Kedah-Kelantan (KK) Tempatan



Parameter
Seks
Baka
Brakmas
KK
Purata berat lahir (kg)
Jantan
25.1
16.6
Betina
22.5
16.0
Purata berat selepas cerai-susu (kg)
Jantan
109.9
77.6
Betina
100.8
72.0
Berat pada umur satu tahun (kg)
Jantan
192.0
119.1
Betina
157.0
122.0
Purata berat pada umur 24 bulan(kg)
Jantan
320.0
195.0
Betina
230.0
109.0

ARKIB : 31/07/2009

'Bob' mempunyai berat luar biasa cari pasangan

KOTA BHARU 30 Julai - Dengan kulit putih kekuningan dan tubuh yang perkasa, sepatutnya tidak ada masalah kepada si bujang ini mendapat teman.

Setiap yang terpandang kepadanya pasti akan menoleh dua tiga kali dan cuba mendekatinya lebih rapat dengan perasaan berhati-hati takut menyinggung 'perasaan' si gagah ini.

Tetapi 'Bob', nama yang menjadi panggilan mesra mempunyai masalah besar. Beratnya mencecah 1,100 kilogram dan mencari pasangan yang 'sekufu' adalah satu perkara yang agak mustahil.

Lembu jantan dari jenis kacukan charolais berusia enam tahun yang dikatakan terberat di Malaysia ini kepunyaan seorang pemuda, Mohd. Juharani Jaafar, 26, dari Kampung Permatang Pasir, Gunong, Bachok, Kelantan.

Katanya, berat 'Bob' sesuatu yang luar biasa kerana seekor lembu jantan dewasa yang normal beratnya sekitar 300 kilogram sahaja.

Mohd Juharani berkata, beliau sudah beberapa lama membuat tinjauan sama ada dalam atau luar negara mencari jika ada lembu betina yang sesuai untuk Bob.

''Saya masih mencari lagi dan berharap penghujung tahun ini akan mendapat 10 ekor lembu betina atau lembu induk yang boleh dijadikan pasangan bagi menghasilkan baka untuk dijual di pasaran,'' katanya ketika ditemui di tapak pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kelantan di sini semalam.

Katanya, lembu-lembu induk tersebut akan dicari dari jenis charolais juga tetapi beratnya perlu melebihi 800 kilogram supaya sesuai dengan berat Bob.

''Jika tidak ada saiz yang sesuai, kaedah permanian beradas akan digunakan dengan bantuan Jabatan Pertanian bagi mendapatkan baka," katanya yang akan mendapatkan bantuan pinjaman dari Agrobank bagi membeli lembu betina pada harga RM3,000 hingga RM4,000 seekor.

Menurutnya, Bob dibeli dari Chiang Mai, Thailand ketika berusia 1 tahun 2 bulan pada harga RM5,400 dan ketika itu beratnya sekitar 300 kilogram.

Mohd. Juharani yang masih bujang menguruskan sebuah kafe di Kuala Terengganu dan mendapatkan pertolongan ayahnya, Jaafar Mat Amin, 60, pesara tentera, untuk menjaga Bob.

Dia akan pulang seminggu sekali ke kampung menjenguk Bob yang menjadi kesayangannya.

Setiap hari Bob diberi makan 50 kilogram rumput dan lima kilogram dedak serta dimandikan tiga kali sehari dengan syampu.

''Kami ada tanah lapang seluas 0.4 hektar yang ditanam dengan rumput jenis napier jadi tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan bagi Bob. Cuma dedak sahaja yang dibeli dengan kos RM20 sehari," kata Mohd. Juharani.

Tambahnya, tukang masak kenduri memberitahunya daging bagi lembu sebesar itu boleh mengisi 50 kawah gulai.

Jelasnya lagi, Bob yang tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang teruk amat manja dengannya dan mendengar setiap arahannya dengan baik.

''Saya bisikkan sahaja di telinganya jika mahu dia bangun atau duduk dan dia akan menurut. Menjadi satu masalah juga kerana hanya arahan saya dan ayah sahaja yang Bob dengar.

''Orang lain dia buat tidak kisah dan menjadi agak marah kalau ada cuba mengusik. Jadi payahlah kalau ada yang cuba mahu beli untuk dipelihara kerana Bob tidak suka orang lain,'' katanya.

Namun tambahnya, belum ada lagi insiden Bob bertindak agresif sehingga mencederakan sesiapa termasuk dirinya walaupun dia sering menjadi tontonan ramai sama ada di kampung atau di mana-mana tapak pameran.

Pemuda berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ini tidak malu bergelumang dengan kekotoran memelihara binatang seperti Bob dan dia gembira dapat mempamerkannya kepada orang ramai serta berhasrat untuk terus memelihara Bob walaupun nilainya di pasaran sekarang adalah RM15,000.

''Jika mendapat tawaran lebih tinggi pun, saya tidak akan menjualnya kerana sudah tentu mustahil untuk dapat memelihara lembu sebesar Bob lagi,'' kata Mohd. Juharani.

BAKA LEMBU




Kedah-kelantan


Angus

Hereford


Shorthorn

Charolais


Simmental

Brahman


Santa Gertrudis

Droughtmaster


Brangus

5 comments:

  1. Info je la yg lain tk
    dk ka boring la cm ni tk dapat info yg cukup

    ReplyDelete
  2. boleh tak tolong aku buat buku skrap??

    ReplyDelete
  3. This comment so exciting. But it doesn't have my answer that what I want.

    ReplyDelete
  4. apa kelebihan lembu baka brakmas?

    ReplyDelete