Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.
Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:
Jenis susu Air Lemak Protin Gula % Abu Ibu 87.8 3.8 1.2 7.0 0.2 Lembu 87.3 3.7 3.3 4.8 0.7 Kambing 87.6 4.1 3.7 4.7 0.7 Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
2.1 Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
Berat Lahir Berat Dewasa Jantan : 1.6 kg Jantan: 25 - 30 kg Betina: 1.8 kg Betina: 20 - 25 kg 2.2 Jamnapari/Ettawah
Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah.
Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.
Berat Lahir Berat Dewasa Jantan: 3 - 4 kg Jantan: 68 - 91 kg Betina: 3 - 4 kg Betina: 36 -63 kg Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
2.3 Anglo Nubian
Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Berat Lahir Berat Dewasa Jantan: 3.5 kg Jantan: 70 - 85 kg Betina: 3.9 kg Betina: 55 - 70 kg Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
2.4 Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
2.5 Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
Berat Lahir Berat Dewasa Jantan: 3.0 kg Jantan: 68 - 91 kg Betina: 3.3 kg Betina: 36 - 63 kg RINGKASAN 2:
Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu
3. CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.
Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:
i. Baka dan keturuanan
ii. Bentuk badan atau konformasi:
a.Teknik pengamatan
b. Teknik perabaan
c. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah).3.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan
Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi
ii. Kenaikan berat badan yang cepat
iii. Berat badan semasa 1 tahun
iv. Keluaran susu yang banyak
v. Jarak kelahiran yang rapat.3.2 Cara Pemilihan Konformasi Badan
3.2.1 Cara-cara Pengamatan
Sifat Jantan Betina Warna Warna bebeza mengikut jenis baka Sama Kulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat,
tiada kulit berlebihan atau berlipat di
bawah dagu dan tengkukLembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut Saiz Besar dan berat badan lebih dari 25 kg (had minima berbeza mengikut baka) Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minima berbeza mengikut baka) Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan Leher dan bahu Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan Sederhana Rangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan nampak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada Badan Gempal, panjang besar dan lurus Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan Bahagian belakang Lurus, tegap, lebar dan berdaging penuh Lurus, tegap dan lebar terutama di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram Kaki hadapan Lurus, tegap dan teguh; keduanya selari Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari Kaki belakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh Tapak kaki Rata di bawah, memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan menghala ke hadapan Rata di bawa memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata Buah zakar dan zakar Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan tidak terlalu labuh Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata Tetek dan puting susu Teteknya besar dan tergantung dengan baik dan tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak terketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas Kesihatan Sihat Sihat
3.2.2 Cara Perabaan
Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.
3.2.3 Teknik Berdasarkan Penilaian
Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiap bahagian fizikal badan.
Nilai Tertinggi Bahagian Tubuh Yang Dinilai
Betina Jantan 5 7 A. KEPALA
Bentuk, mata, hidung, tanduk, telinga3
15
10
3
154
15
15
5
12B. BADAN
1. Leher dan bahu
2. Dada, lebar dan dalamnya
3. Punggung dan pinggang
4. Perut
5. Kaki dan tangan20 22 C. ANNGOTA
1. Sikap, kekuatan, besarnya persendian dan pergerakannya5
186
6D. AMBING/SKROTUM
1. Kulit dan rambut dengan nilai 3 bagi
ambing/skrotum yang berambut
panjang
2. Ambing urat darah, puting susu bagi
betina, skrotum bagi jantan6 8 E. PENGAMBILAN SECARA UMUM
Keseimbangan di antara bahagian
tubuhF. KEISTIMEWAAN 100 100 JUMLAH RINGKASAN 3
Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu. Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh dinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.
RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA
1. Puting susu 10. Dagu 2. Tetek atau kelenjar susu 11. Butang/asas tanduk 3. Perut 12. Kelasa 4. Siku (claw) 13. Lilitan di jantung 5. Kuku (hoof) 14. Belakang 6. Lutut 15. Pinggul 7. Dada 16. Punggung 8. Bahu 17. Tulang punggung 9. Kekacang (tassel) 18. Siku 4. PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak boleh menjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.
4.1 Membiak
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging
4.2 Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.
5.1 Pemilihan Kawasan
Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yang dipilih sepatutnya:-
Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yang boleh dijadikan pemecah angin.
Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air dan udara yang baik.
Jauh dari jalan raya yang sibuk.
5.2 Sistem Pengurusan
Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:
5.2.1 Sistem Berkurung (intensif)
Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.
5.2.2 Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
5.2.3 Sistem Ragut Lepas
Sistem ragut lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas. Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut sepanjang masa. Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang banyak untuk membuat kandang dan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana kambing ini boleh merayau dan merosakkan tanaman jiran. Di samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalah rumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.
RINGKASAN 5
Kawasan yang dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas.
Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.
6.1 Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
6.2 Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting
untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing
adalah:
Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
Tidak terkena angin yang kencang
Terpelihara dari hujan dan panas
Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
Ruang makan dan minum mencukupi
Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.
RINGKASAN 6
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
7.1 Lantai
Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
mudah dicuci
tidak licin
tidak mencederakan
tidak mudah lembab
Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
A. PELAN RINGKAS UNTUK MEMBINA KANDANG
Pandangan tepi/sisiInsert picture page 20 here
Insert picture page 21 here
Insert picture page 22 here
Pelan kandang yang boleh memuatkan 80 - 100 ekor
kambing beserta bilik pengasingan berdasrkan kepada
fungsi, umur dan juga jantina
Kandang kambing berlantai bawah boleh juga digunakan
untuk menempatkan kambing pada malam hari
Pelan
Pelan bangsal kambing
Pelbagai rupa bentuk bumbung7.2 Dinding
Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
7.3 Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
7.4 Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
RINGKASAN 7
Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
8. PENGURUSAN
8.1 PENGURUSAN TERNAKAN
Pengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti berikut:
a. Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
b. Cerai susu hingga bunting
c. Pengurusan kambing dewasa
d. Pengurusan kambing bunting hingga kelahiran
e. Pengurusan baka-baka jantan
f. Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual8.1.1 Lahir hingga 3 bulan
Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang sistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.
Purata kandungan kolostrum berbanding dengan susu biasa:
Kandungan Kolostrum Susu Biasa 0 jam 12 jam 24 jam Pepejal penuh % 24.75 20.71 17.00 12.86 Abu % 1.12 1.04 0.96 0.72 Lemak % 6.00 5.50 5.00 3.60 Protein % 11.35 9.60 7.07 3.25 Immunglobin mg/ml (antibodi) 38.23 32.22 21.52
Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak kambing boleh dicerai susu dan di mana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.
Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepas meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.
8.1.2 Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa
Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.
8.1.3 Pengurusan Kambing Dewasa
Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1 tahun.
8.1.4 Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran
Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak-anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan yang bermutu dan lebih hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentukan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.
8.1.5 Baka Jantan
Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.
Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.
Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejas kesihatan
Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.
8.1.6 Pengurusan Penggemukan
Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing ini adalah mudah.
Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.
Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 - 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.
8.1.7 Pengurusan Kambing Sakit/Cedera
Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan diberi rawatan segera. Pihak Pejabat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya.
8.2 PENGURUSAN AM
Pengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
a. Kawasan
b. Buruh
c. Jadual Pengurusan
d. Pengenalan Ternakan
e. Pengasian
f. Mematikan Tanduk
g. Memotong Kuku
h. Menggunting Bulu
i. Kawalan Kutu8.2.1 Kawasan
Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan atau longkang di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura. Najis yang dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.
8.2.2 Buruh
Buruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan mudah. Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandang pula perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.
8.2.3 Jadual Pengurusan
Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.
8.2.4 Pengenalan
Sekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya supaya mudah untuk pengenalan.
8.2.5 Pengasian
Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu. Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
8.2.6 Mematikan Tanduk
Pertumbuhan asas tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh, ianya perlu dipotong.
8.2.7 Memotong Kuku
Kambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.
8.2.8 Menggunting Bulu
Kambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.
8.2.9 Kawalan Kutu
Masalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.
RINGKASAN 8
Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan. Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusan ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang bunting. Pengurusan ama pula meliputi pengurusan kawasan, buruh, jadual kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting bulu dan kawalan kutu.
9.1 Kaedah
I. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
membiak dengan menggunakan baka jantan
membiak melalui permanian beradas
Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradas
adalah:
dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telah mati
mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-baka jantan
II. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitan yang mungkin timbul adalah:
penentuan biang dan waktu permanian
menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul atau kasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalah
disyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masih
belum digunakan secara meluas.9.2 Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umur ini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidak akan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umur yang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di mana berat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahap umur kematangan.
9.3 Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
tidak tenang (gelisah)
mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
mengembek terus menerus
sering kencing
kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.
9.4 Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendak memberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahui kambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dada dengan menggunakan tali tape. Jadual di bawah boleh digunakan bagi mendapatkan berat kambing tersebut:
Lilitan Dada (sm) Berat (kg) Lilitan Dada (sm) Berat (kg) Lilitan Dada (sm) Berat (kg) 27.3 2.3 54.0 16 80.6 44 20.6 2.5 55.2 17 81.9 46 29.8 2.7 56.5 18 83.2 48 31.1 3.4 57.8 19 84.5 50 32.4 3.2 59.1 21 85.7 52 33.7 3.6 60.3 22 87.0 55 34.9 4.1 61.6 23 88.3 57 36.2 4.5 62.9 25 89.5 59 37.5 5.0 64.1 26 90.8 61 38.7 5.5 65.4 27 92.1 64 40.0 5.9 66.7 29 93.3 66 41.3 6.8 67.9 30 94.6 68 42.5 7.7 69.2 31 95.9 70 43.8 8.6 70.5 33 97.2 73 45.1 9.5 71.8 34 98.4 75 46.4 10.5 73.0 35 99.7 77 47.6 11.0 74.3 37 101.0 80 48.9 12.0 75.6 38 102.0 82 50.2 13.0 76.8 40 104.0 84 51.4 14.0 79.4 42 106.0 89 JADUAL: MENENTUKAN UMUR KAMBING DENGAN
PENGIRAAN GIGI-GIGI
9.5 Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari. Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan dengan menggunakan carta di bawah ini:
Tarikh dikahwinkan Tarikh Dijangka Beranak
(Tarikh dikahwinkan tolak bil. hari di bawah ini)Ogos Januari -
3 September Februari -
3 Oktober Mac -
1 atau 2 November April -
1 atau 2 Disember Mei -
1 atau 2 Januari Jun -
1 atau 2 Februari Julai -
0 atau 1 Mac Ogos -
3 April September -
3 Mei Oktober -
3 Jun November -
3 Julai Disember -
3 Carta ini dibuat berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata).
9.6 Jarak Kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara 207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yang boleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.
RINGKASAN 9
Kambing boleh dibiakkan dengan menggunakan pejantan atau teknik permanian beradas. Kematangan berlaku pada umur 9 bulan, dikahwin pada umur 1.5 tahun pada berat badan 20 - 25 kg. Tempoh bunting ialah 145 - 155 hari dan jarak antara kelahiran 207 - 259 hari.
Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatu perusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakan sumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yang tinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:
protein
karbohidrat (kanji)
lemak
vitamin
zat galian
Jika zat-zat ini tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Zat protein adalah penting untuk membina otot-otot yang kuat dan juga untuk proses pemulihan. Karbohidrat atau zat kanji penting untuk pembesaran. Vitamin walaupun diperlukan sedikit sahaja tetapi penting. Jika ianya tidak seimang atau kurang, boleh membawa gejala-gejala penyakit yang ketara. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan ternakan tersebut lebih peka kepada sesuatu penyakit.
Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garam galian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. Garam-garam galian ini boleh didapati dari:
garam biasa
garam jilat
dicalsium fosfat
tepung tulang
tepung ikan
Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan, tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.
Jika makanan tidak mencukupi, kambing-kambing akan menjadi tidak sihat, sakit, kecil dan tidak membiak.
Zat-zat makanan ini boleh didapati dari bahan makanan berikut:
10.1 Rumput dan Kekacang
Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting di dalam pemakanan kambing dan lain-lain ternakan ruminan. Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyai nilai pemakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gantian yang penting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.
Kuantiti yang banyak di samping adanya gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya menjadi lebih cekap dalam penghadaman.
Bagi bahan hijauan seperti rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahan makanan kambing adalah:
i. rumput guinea (Panicum)
ii. rumput gajah (Panisetum purpureum)
iii. rumput setaria
iv. kekacang: Ipil-ipil/petai belalang
(Leucaenia leucocephala)Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makanan untuk kambing di antaranya adalah:
i. daun ubi - hendaklah dilayukan dahulu sebelum
diberi makan untuk mengurangkan
kandungan racun 'cyanide' yang terdapat
pada daun tersebut.ii. daun nangka - disukai oleh kambing sesuai untuk
penggemukaniii. rumput nyonya - tidak boleh diberikan terlalu banyak
(akar ruas-ruas) kerana boleh
menyebabkan kembungiv. daun turi
v. Glyriciddia maculata
vi. daun mengkudu (merinda citriplia)
vii.daun pisang - hijauan yang disukai oleh kambing
terutama yang muda dan bervitamin.10.2 Makanan Penguat (Konsentrat)
Jika rumput atau kekacang tidak mencukupi, makanan tambahan adalah perlu. Makanan tambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan kepada anak kambing yang mengikut induknya. Ibu bunting atau yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2 - 3/4 kg sehari manakala ibu yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kg sehari.
Makanan tambahan juga penting semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susu dan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahan beransur-ansur mulai umur 1 - 1.5 bulan. Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung, bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu dan sebagainya. Sebagai panduan makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampingan pertanian, seperti:
i. 2 bahagian jagung
1 bahagian sekam atau dedak
1 bahagian hampas kelapa keringii. 40 kg dedk halus
39 kg tepung jagung
18 kg bungkil kelapa
3 kg campuran mineral (garam galian)10.3 Garam Galian (mineral)
Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dindingatau diletak di dalam bekas tertentu. Ini hendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mendapatinya bila-bila masa sahaja terutamanya pada induk kambing bunting.
10.4 Bekalan Air
Air yang bersih perlu disediakan di sepanjang masa. Bekas air yang digunakan mestilah berkeadaan bersih dan ditukar airnya setiap hari. Bagi kambing yang mempunyai berat badan di antara 18 - 20 kg memerlukan 450 - 680 gm air sehari. Keadaan cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknya air yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (dry matter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri. Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah 1:4.
RINGKASAN 10
Kambing memerlukan makanan seimbang yang mengandungi unsur-unsur zat galian, air, vitamin, kabohidrat, protein dan lemak. Unsur-unsur ini boleh diperolehi dari tumbuhan hijau seperti rumput, kekacang, daun-daun rumpai, hasil sampingan pertanian dan juga konsentrat. Seekor kambing dewasa memerlukan antara 4 - 5 kg rumput segar sehari. Kekurangan zat makanan akan menyebabkan ternakan menunjukkan tanda-tanda penyakit yang mana boleh menjejaskan produksi ternakan.
11. KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Bagi seseorang yang baru memulakan pemeliharaan kambing, penentuan penyakit tertentu adalah sangat sukar. Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah lebih penting.
Pada amnya keadaan ini bolehlah dibezakan seperti panduan di bawah:
Kambing Sakit | Kambing Sihat |
monyok dan kelihatan tidak bermaya | kelihatan segak dan cergas |
tidak mahu makan | berselera makan |
mengasingkan diri | sentiasa berada dalam kumpulan |
membuat bising | |
tahi tidak bulat | tahi keras dan bulat |
bulu kering dan meremang | kulit licin dan bulu berkilat |
kurus kering | tidak kurus |
Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam pemeliharaan kambing adalah:
11.1 Penyakit Puru (Contagious Ecthyma)
Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. Ia biasanya menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu dan mengakibatkan anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah hendak makan.
Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut, mulut, gusi dan juga bibir.
Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkala merekah dan berdarah.
Selain dari bahagian mulut terdapat juga di bahagian kaki terutama di celah-celah antara jari.
Pencegahan
Memberi ubat pelali (vaksin) semasa berumur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekali lagi 3 atau 4 bulan selepas suntikan pelali pertama. (Vaksin boleh diperolehi dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan).
Mengasingkan anak-anak kambing yang sudah kena penyakit untuk menjauhi jangkitan dari gelembung yang telah pecah.
Ubat
Membersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakan iodine atau 'gentian violet' (ubat biru).
11.2 Kembung (tympany)
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalam perut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.
Tanda-tanda
i. Mengeluarkan air liur
ii. Perut buncit terutama di sebelah kiri
iii. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketuk
iv. Pernafasan yang susah
v. Keadaan gelisah, bising, mengembik dan kerap buang air kecil.Pencegahan
Membetulkan pengurusan seperti mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahan yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi.
Memelihara padang ragut supaya tidak lebih dari 50% kekacang.
Rawatan
i. Memberi makan minyak kacang
ii. Minyak sayur/minyak jagung
11.3 Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)
Batuk basah adalah tanda-tanda awal penyakit ini. Disebabkan serangan bakteria yang menyerang kambing, ketika ia berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yang kurang baik dan kesesakan dadanya.
Tanda-tanda
Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
Lemah dan tidak terdaya
Menjadi kurus
Pernafasan cepat
Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir yang keluar dari hidung seperti hingus.
Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.
Pencegahan
i. Asingkan supaya tidak berjangkit
ii. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembab
iii. Elakkan ia berhujan.Rawatan
Ditempatkan ditempat yang kering dan bersih
Laporkan kepada Pegawai Perkhidmatan Haiwan yang terdeat untuk mendapatkan rawatan.
11.4 Cirit-birit (Diarrhoea)
Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
i. Cacing
ii. Protozoa (koksidia)
iii. Kuman
iv. Salah makan.Tanda-tanda
i. Tahi adalah cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa.
ii. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor.
iii. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri.
iv. Kadangkala najis berbau busuk.Pencegahan
Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing.
Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya.
Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.
Rawatan
Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos (gula).
Memberi ubat yang boleh mengurangkan berak sepeerti 'kaolin' yang boleh mengalas kulit perut.
Ubat pembunuh kuman ataupun cacing.
11.5 Kurang Darah (Anaemia)
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah didapati kurang daripada biasa.
Tanda-tanda
Muka pucat - bibir, gusi dan lidah yang pucat, lapisan dalam kelopak mata juga keputihan
Lemah
bulu meremang
Badan kurus
Rawatan dan Pencegahan
i. Memberi makanan yang cukup dan berzat
ii. Menambahkan zat besi
iii. Memberikan vitamin untuk selera makan
iv. Ubat cacing
v. Pembasmian kutu.
11.6 Kancing Gigi
Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemungkinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak. Kuman inilah yang mengeluarkan racun kelak.
Tanda-tanda
Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.
Pencegahan
i. Suntikan toxoid semasa 3 bulan.
ii. Mengubat luka-luka terutama 'puncture wound'.Ubatan
i. Tetanus antitoxin dan toxoid
ii. Ubat pelali.
11.7 Luka-luka
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.
Apabila berlaku luka-luka, rawatan segera hendaklah dibuat.
Rawatan
Bahagian sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk.
Sapukan ubat 'lorexane' pada luka.
Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'.
11.8 Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit (mange).
Tanda-tanda
Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gagal dan kerosakan akar rambut.
Rawatan
Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine sementara kurap yang disebabkan oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti 1% larutan malathion yang membunuh parasit dewasa. Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selama 3 kali.
11.9 Buruk Kuku
Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. Ia disebabkan serangan bakteria pada kuku.
Tanda-tanda
i. Kambing kelihatan tempang
ii. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau
busuk.Rawatan
Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalin atau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.
RINGKASAN 4
Kawalan penyakit perlu diutamakan dalam kumpulan ternakan yang besar jumlahnya. Kematian ternakan dalam kumpulan yang besar membawa keruhian yang ketara. Penyakit boleh dikawal dengan memastikan kebersihan kandang dan persekitaran dan juga membuat pelalian terhadap ternakan.
MAKLUMAN
Segala penerangan mengenai penyakit di atas adalah sebagai makluman sahaja. Semua penternak adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam dan seterusnya untuk rawatan penyakit tersebut.
12. PENUTUP
Dengan adanya panduan ringkas menternak kambing ini diharapkan dapat membantu penternak dalam usaha meningkatkan hasil keluaran di samping meninggikan pendapatan di dalam industri ternakan ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada bangsa dan negara.
Keterangan lanjut dan latihan yang berkaitan boleh diperolehi melalui:
UNIT PERUSAHAAN RUMINAN KECIL
BAHAGIAN PENGELUARAN
IBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWAN
BLOK A, TINGKAT 8 & 9
WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTAN
BUKIT DAMANSARA
50630 KUALA LUMPURNo. tel: 03-20940077/79/82/84/85
Fax No. 03-20940092LAMPIRAN I
ANGGARAN ALIRAN KEWANGAN PERINGKAT LADANG MENGIKUT BILANGAN KAMBING YANG DIPELIHARA
Kambing induk 20 40 60 80 100 Kambing baka 1 2 3 4 5 Anak yang boleh dijual selepas tolak (jantan) kematian (10%) 13 27 41 55 68 dan singkiran (betina) 14 25 38 51 65 Luas kawasan ragutan yang diperlukan - kawasan rumput sahaja (ha) 0.5 1 1.5 2 2.5 - kawasan tanaman utama seperti dusun buah-buahan,
kebun getah dll.1.6 3.3 5 6.6 8.3 Modal Nilai Ternakan Jantan 35 kg @ 4.40/kg 192.40 385.0 577.5 770.0 962.50 Betina 25 kg @ 5.50/kg 2,750.0 5,500.0 8,250.0 11,000.0 13,750.0 Pembinaan kandang - tenaga sendiri 1,000 2,000 - upah 3,000 4,500 5,500 Jumlah 3,942.5 7,885.0 11,827.5 16,270 20,212.5 Perbelanjaan Mengurus Kos pengurusan garam jilat dan ubatan 50 100 150 200 250 Upah kerja masa/jam dengan RM1.20/jam 438
1876
21,314
31,752
42,190
5Kos rumput/unit ternakan dengan harga 1 sen sekilo berat basah 610.05 1,203.3 1,813.3 2,423.4 3,033.45 Kos susutan infrastruktur 100 200 300 450 550 Jumlah 1,198.05 2,379.3 3,577.3 4,825.4 6,023.45 Pendapatan Pendapatan kasar selepas jualan (RM) 4,050 7,800 11,850 15,900 19,950 Pendapatan selepas ditolak Perbelanjaan mengurus dan susutan infrastruktur (RM) 2,815.95 5,420.7 8,272.7 11,074.6 13,926.55 Bayaran balik pinjaman bank jika ada dengan kadar 2% selama 5 tahun (RM) 867.35 1,734.7 2,602.05 3,579.4 4,446.75 Pendapatan bersih - setahun (RM) 1,984.6 3,686.0 5,670.65 7,495.2 9,479.8 - sebulan (RM) 165.3 307.1 472.5 624.6 789.9 Andaian
1. Pengiraan adalah berasaskan harga-harga pada tahun 1990
2. Kadar kelahiran adalah 1.5 setahun
3. Kematian
a. bapak: 2% setahun
b. ibu: 5% setahun
c. anak: 10% setahun4. Pemakanan
a. Rumput diberi dengan kadar 5 kilo sehari/seekor untuk kambing
dewasa selama 365 hari.
b. Rumput untuk anak adalah sebanyak 3.5 kilo sehari seekor
untuk selama 240 hari (8 bulan) iaitu selepas cerai susu
4 bulan) hingga umur setahun5. Harga Jualan
- sekilo hidup RM6.00 dengan purata berat badan sebanyak 25 kilo
seekor6. Kos rumput adalah 1 sen sekilo jika ditanam secara kawasan
pastura.LAMPIRAN 2
I. Rekod Biakbaka
a. Kambing Jantan
No.
Baka
Asal usul: diimport, dibeli, didapati dari kumpulan
Dilahirkan tunggal, kembar dua, kembar tiga
Umur semasa dicerai susu
Umur ketika mencapai dewasa
Umur semasa servis pertamaTarikh Perkhidmatan No. Kambing Betina Baka
b. Kambing Betina
No.
Baka
Asal usul: diimport, dibeli, didapati dari kumpulan
Dilahirkan tunggal, kembar dua, kembar tiga
Umur semasa dicerai susu
Umur ketika mencapai dewasa
Umur semasa pengawanan pertamaNo. No. Baka Tarikh Tarikh Tarikh Bilangan Tempoh Jarak
Beranak Bapa Perkhid- Bunting Melahir- Anak Bunting Beranak
matanII. Rekod Prestasi
a. Data Berat Badan
No. kambing jantan/betina
Berat lahir (kg)
Berat semasa dicerai susu (kg)Tarikh Berat badan (kg) Tambahan Berat Badan/
Hari (kg)b. Data Pengeluaran Susu
Tarikh Pengeluaran Susu Tempoh Laktasi
Sehari (kg) (hari)c. Rekod Kesihatan
No. kambing jantan/betinaTarikh Tanda Penyakit Rawatan Dijaga/ditakai
III. Rekod Tambahan
a. Input
Ubat-ubatan - Jenis ubat, tarikh dibeli, jumlah, harga
Makanan - Jenis makanan, tarikh dibeli, jumlah harga
Baja - Jenis, tarikh dibeli, jumlah, harga
Bahan binaan - Jenis, jumlah, tarikh dibeli, harga
b. Penjualan hasil
Ternakan - jumlah dijual, tarikh dijual, pembeli, harga
Hasil (daging, susu dan kulit) - jumlah, tarikh dijual, pembeli, harga
No comments:
Post a Comment