Tuesday, November 24, 2009

BAJA

ARKIB : 24/07/2009
Bekas guru hasilkan baja
Oleh NASHIR MANSOR

TERNAKAN BIRI-BIRI

ARKIB : 24/07/2009
Agropolitan Pekan ternak biri-biri Australia


PEKAN 23 Julai - Sebanyak 649 ekor kambing biri-biri baka Dorper tiba di tapak Projek Agropolitan Pekan di Runcang, dekat sini pagi ini setelah mengharungi perjalanan lebih 21 jam dari Melbourne, Australia.

Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial dan Agropolitan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Mohd. Yusof Hidrus berkata, ternakan tersebut yang terdiri daripada 621 kambing jantan dan 28 ekor betina diterbangkan dari Australia menggunakan MasKargo.

Beliau berkata, kesemua biri-biri itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada pukul 7 petang semalam sebelum dibawa ke sini pada pukul 12 tengah malam tadi dan tiba pukul 8 pagi ini.

"Kambing-kambing itu ditempatkan di enam kandang dengan setiap kandang mampu menempatkan lebih 100 ekor. Setiap kandang akan diselia oleh tiga peserta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kambing biri-biri itu akan diserahkan kepada 30 peserta Orang Asli pada 11 Ogos ini, manakala penyerahan kepada peserta bukan Orang Asli di Batu 8, Bebar dekat sini akan dilakukan pada September.

Menurutnya, seekor biri-biri Dorper betina berharga RM1,500 manakala biri-biri jantan berharga antara RM4,500 dan RM10,000 seekor.

Projek Agropilitan Pekan dengan kos keseluruhan RM90 juta bakal dimajukan di kawasan seluas hampir 2,000 hektar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan projek tersebut pada 4 Ogos ini.

Projek tersebut membabitkan penyertaan 1,450 keluarga termasuk 750 keluarga Orang Asli sekali gus mampu mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan selain melonjakkan pendapatan isi rumah miskin tegar daripada RM350 kepada RM1,500 sebulan.


TERNAKAN BIRI-BIRI BERI PENDAPATAN LUMAYAN

Oleh Abu Bakar Al Sidek
Berita Harian, 21 Apr 2008

Alwi mula kerjaya dengan lapan baka kacukan Thailand kini miliki 1,000 ternakan

BAGAN DATOH: Alwi Rasni, 42, tidak menduga niat awalnya sekadar mencuba nasib akhirnya menjadi kenyataan dan kini menjadi usahawan ternakan biri-biri yang berjaya di kawasan Parlimen Bagan Datoh sejak lapan tahun lalu.

Semuanya bermula apabila tertarik hati melihat jiran di kampungnya memelihara biri-biri yang dikurniakan Jabatan Haiwan Daerah Hilir Perak dan dilepaskan di kawasan kebun kelapa.

"Saya kemudian membeli lapan biri-biri baka ekor panjang kacukanThailand iaitu seekor jantan dan tujuh betina daripada penduduk kampung," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Siput, Sungai Batang dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, selepas tujuh bulan, semua biri-biri betina itu melahirkan anak dan jumlahnya bertambah mencecah 1,000 dalam tempoh lapan tahun lalu.

Melihat ternakannya semakin membiak, beliau membina bangsal terbuka tempat berteduh haiwan itu daripada hujan dan panas yang dibina di bawah pokok kelapa di kawasan rumahnya.

Beliau berkata, menternak haiwan itu tidak sukar dan tidak banyak kerenah kerana biri-biri kacukan Thailand tahan lasak kepada panas dan hujan serta jarang diserang penyakit.

"Sebelah pagi hingga tengah hari biri-biri masih berehat dalam bangsal dan saya hanya sediakan air minuman saja. Sementara untuk makan semua biri-biri keluar makan rumput di kawasan berhampiran tali air kira-kira 300 meter jarak dari rumah saya," katanya.


Beliau berkata, rutin harian bermula jam 3 petang dengan biri-birinya keluar sendiri dari bangsal berpusu-pusu ke padang ragut berhampiran dan pulang ke bangsal menjelang waktu Maghrib.

"Saya hanya memantau dan melihat pergerakan biri-biri itu dari jauh saja," katanya yang menjadikan usaha itu sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sehubungan itu, Alwi terterima kasih kepada Jabatan Haiwan Daerah Hilir Perak kerana banyak memberi khidmat nasihat di samping membantu memperkenalkan ternakannya kepada penternak dan pelanggan baru.

Pada peringkat awal dulu beliau menjual biri-birinya berusia setahun yang beratnya antara 20 kilogram hingga 30 kilogram pada harga RM160 seekor.

"Tetapi berikutan harga ternakan itu semakin naik di pasaran, saya menjual RM300 dan RM350 seekor mengikut harga runcit daging RM15 sekilogram.

"Saya menjual biri-biri hidup dan tidak jual dagingnya kerana tidak ada masa menguruskannya," katanya yang setiap bulan menjual antara lima hingga l0 ekor kepada penduduk tempatan dan orang luar daerah Hilir Perak.

Beliau berkata, kebanyakan biri-birinya dijual kepada pelanggan untuk dibuat akikah, kenduri kahwin atau berkhatan termasuk pada musim perayaan Aidilfitiri dan Aidiladha.

"Tahun ini, saya berazam menjual sekurang-kurangnya 10 biri-biri setiap bulan," katanya.

Alwi berkata, berikutan padang ragut di kampung berkenaan tidak luas, beliau terpaksa mengehadkan ternakan sekitar 600 hingga 700 ekor pada satu masa.

"Saya memang bercita-cita menternak hingga 2,000 biri-biri tetapi kerana keadaan padang ragut tidak luas, hasrat itu terpaksa dilupakan," katanya.

Berkat ketabahan dan ketekunannya sebagai penternak, Alwi bersyukur kerana setakat ini sudah ada simpanan yang agak banyak dalam bank.

"Saya belum membuat sebarang perancangan dengan wang itu, tetapi kemungkinan besar menggunakannya untuk memperkembangkan kegiatan menternak biri-biri," katanya yang masih belum berumah tangga.

Beliau mengakui kerana belum puas lagi berjinak dengan haiwan ternakannya itu menyebabkannya
menangguhkan dulunya hasratnya untuk mencari teman hidup.

"lnsya Allah, kalau ada jodoh saya akan berkahwin juga tetapi belum tahu bila," katanya yang tinggal bersama ibunya berusia 65 tahun yang juga ibu tunggal.

Saturday, November 21, 2009

KAMBING KACUKAN PERTAMA DI DUNIA

DUA ekor anak kambing kacukan Boer dan Black Bengal. - Gambar Bernama

Kacukan Kambing Pertama Dunia Buka Pintu Baru Untuk Pasaran

Oleh Nor Adila Ali

TANAH MERAH, 17 Dis (Bernama) -- Kacukan kambing 'Black Bengal' dan kambing 'Boer', yang pertama kali di dunia dan dilakukan di Malaysia, dijangka mampu membuka pintu baru untuk pasaran daging kambing yang lebih bermutu.

Dua ekor anak kambing kembar dilahirkan hasil kacukan baka Boer dan Black Bengal.

Walaupun kejayaan itu masih baru tetapi potensi pasaran untuk daging kambing sudah menjadi bukti apabila anak kambing yang dilahirkan itu seekor jantan dan seekor betina masing-masing mempunyai berat badan 1.5kg dan 1.4kg.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan berkata, di Malaysia hanya Kelantan sahaja mempunyai kambing spesies ini dan berjaya membuat kacukan tersebut.

Menurut beliau, kambing Black Bengal, yang hanya terdapat di Bangladesh, tidak pernah dibawa keluar dari negara itu dan ia dihadiahkan hanya kepada kerajaan negeri Kelantan.

CIRI-CIRI KAMBING BLACK BENGAL

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, kambing Black Bengal bersaiz kecil, berwarna hitam, berbulu pendek dan lembut.

Kambing jenis itu mempunyai tulang belakang yang lurus, berkaki pendek dan telinganya agak panjang.

"Ciri-ciri yang menarik pada baka kambing ini ialah sifat kesuburannya yang baik, bilangan kelahiran atau kadar kembar yang tinggi dan mudah menyesuaikan diri kepada persekitaran yang kurang subur.

"Sifatnya yang matang menyaksikan kambing betina mula melahirkan anak pada umur 12 bulan, dengan kelahiran sekurang-kurangnya tiga kali dalam dua tahun dan dengan purata bilangan anak sekelahiran sebanyak 2.2 ekor", kata Dr Mohd Zairi.

Bagaimanapun, katanya, berat anak kambing semasa kelahiran ialah antara 800gram dan 900gram.

"Kambing ini mudah dipelihara menggunakan rumput rumpai tempatan, walaupun tanpa makanan tambahan menjadikan kos pengeluaran yang paling minimum", katanya.

CIRI-CIRI KAMBING BOER

Manakala Kambing Boer, adalah hasil kacukan kambing dari Afrika Selatan dan kambing dipilih khas untuk daging di Australia.

Dengan ciri-ciri kadar tumbesaran yang tinggi dan kualiti daging yang baik, Kambing Boer mudah menyesuaikan diri pada persekitaran yang panas dan kering di samping mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap ancaman penyakit.

Kambing Boer biasanya mempunyai badan yang berwarna putih dan kepala serta leher berwarna coklat, serta mudah dipelihara, cepat membesar dan kadar kesuburan yang tinggi.

"Bagaimanapun kadar kelahiran bagi kambing itu tidak begitu tinggi iaitu sekadar 1.2 ekor setahun.

"Berat anak semasa dilahirkan ialah penjantan Boer dewasa boleh mencapai antara 110kg dan 130kg manakala betina dewasa antara 90kg dan 100kg," katanya.

PENGKACUKAN

Penolong Pegawai Veterinar, Normala Tukiban, yang terlibat dalam operasi pengkacukan itu, berkata dua ekor kambing Black Bengal telah dikacukkan menggunakan pejantan muda baka Boer secara tabii, iaitu seekor pada 10 Mei 2008 dan seekor lagi pada 26 Mei 2008.

Kesemua kambing betina Black Benggal itu diselaraskan berahinya menggunakan hormon dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR).

"Selepas beberapa minggu alat itu diletakkan di kemaluan kambing betina, ianya ditanggalkan dan kambing jantan Boer akan diletakkan dalam kandang dengan kambing betina untuk mengawan," katanya.

Setelah dikacukkan, pada 9 Okt 2008, seekor ibu Black Banggal telah melahirkan anak kembar seekor jantan dan seekor betina.

Normala berkata, kelahiran anak kembar dengan berat lahir yang tinggi membuktikan pengkacukan ini berpotensi.

"Sifat prolifik Black Bengal ditunjukkan dengan kelahiran anak kembar tersebut. Sifat Boer pula ditunjukkan dengan kadar pertumbuhan berat badan yang baik," katanya.

POTENSI PENGKACUKAN

Dr Mohd Zairi berkata, satu daripada tujuan pengkacukan antara baka ternakan ialah untuk mendapatkan kecergasan kacukan (hybrid vigour) iaitu penonjolan sifat yang lebih baik oleh mana-mana sifat dari kedua-dua baka ternakan berkenaan.

Katanya, dalam pengkacukan baka Boer dan Black Bengal, sifat ini ditunjukkan pada berat kelahiran anak yang lebih tinggi berbanding dengan baka Black Bengal yang biasa, iaitu 1.4 kilogram sehingga 1.5 kilogram berbanding dengan 0.8 kilogram sehingga 0.9 kilogram.



"Begitu juga dengan kadar pertumbuhan anak kacukan setinggi 50 gram sehingga 80 gram sehari berbanding dengan 35 gram sehingga 40 gram pada berat baka Black Bengal," katanya.

Potensi baik ini telah mendorong projek untuk mengembangkan lagi pengkacukan kedua jenis kambing menggunakan lebih banyak betina Black Bengal.

Hasil dari pengkacukan lebih lanjut menggunakan ternakan yang lebih banyak akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang prestasi sebenar projek ini.

Pengkacukan secara permanian beradas juga dalam pelaksanaan sebagai langkah jangka panjang kerana program sedemikian akan memerlukan perancangan dan penyediaan kepakaran teknikal serta belanjawan yang agak tinggi.

Kaedah ini dijangka dapat mengatasi masalah pengkacukan menggunakan baka kambing pejantan Black Bengal kepada kambing betina Boer kerana kambing jantan itu mempunyai ketinggian rendah menyebabkan sukar untuk mengawan.

--BERNAMA

BAKA-BAKA KAMBING


Alpines

Negara asal: Alps.
Besar dan baka susu yang lebih tinggi dan kurus. Tinggi betina di bonggol <>




Anglo-Nubian

Negara asal: England
Kacukan antara kambing British & African-Indian . Pelbagai guna - untuk daging, susu dan kulit. Agak besar. Tinggi betina di bahagian bonggol sekurang-kurang 30" & berat 135 lbs atau lebih, jantan sekurang-kurangnya 35" & dan berat 175 lbs. Berwajah "Aristocratic" . Kepala yang ketara - profil diantara mata dan muncung berbentuk konveks. Terlalu panjang (memanjang sehingga 1" sehingga hujung muncung di bahagian muka), telinga yang lebar dan berjuntai di sisi kepala dan terkeluar ke hadapan dengan hujungnya berbentuk bulat, dan ini menyerupai bentuk lonceng. Mempunyai hidung Roman. Bulu yang halus dan bersinar. Bulu kambing jantan lebih pendik terutamanya dibahagian belakang dan paha. Biasanya berwarna hitam, merah atau "tan", dan ianya bercampur dengan warna putih . Bukan pengeluar susu yang banyak walaupun umbing susu yang besar dan kadang-kadang berayun-ayun jika dibandingkan dengan baka Swiss. Musim membiak lebih lama jika dibandingkan dengan baka Swiss , berkemungkinana mengeluar susu sepanjang tahun. Baka yang terbaik untuk cuaca panas. Digunakan untuk program meningkatkan pengeluaran susu dan daging kambing tempatan di negara tropikal .




Angora

Negara asal: Angora district, Asia Minor.
Mempunyai ciri-ciri yang paling bernilai jika dibandingkan dengan kambing dari "mohair clipped". Purata anggaran berat 5.3 lbs selepas mengetam bulu. Biasanya mengetam bulu dua kali setahun. Panjang "staple" diantara 12-15 cm. Terbahagi kepada 2 jenis: - ringlet (mengeluarkan "finest mohair") & flat (kerinting & lebih besar & tebal).
Jantan & betina bertanduk - tanduk jantan berlengkung ke belakang dan jauh dari kepala & kadang-kadang panjang sehingga 2-3" , manakala betina bertanduk pendik (jarang lebih dari 9-10") & selalunya kecil. Telinga berat dan melentok ke bawah. Kecil - berat jantan diantara 180-225 lbs selepas 5 tahun & betina 70-110 lbs. Bahagian belakang lurus, tulang rusuk "sprung", bentuk badan "deep" & sekata dalam. Dada bidang, kaki lurus, bahagian belakang yang membentuk dengan baik. Boleh meragut dengan baik - berkebolehan untuk mendapat makanan yang terletak di tempat tinggi dengan berdiri menggunakan kaki belakang. Bukan jenis yang cepat membiak jika dibandingkan dengan kambing jenis lain- jarang beranak kembar, Jenis yang paling lembut - mudah mudarat dari serangan parasit dalaman. Terlampau lembut atau lemah semasa beranak. Selepas bulu di ketam perlu elakkan sejuk, basah dan hujan.- ribut boleh menyebabkan kematian semasa beranak atau mengetam bulu.




Boer

Baka asli dengan campuran kambing dari European, Angora & Indian . Bertanduk dengan telinga yang bergelong. Berbagai warna dan corak. Dianggap sebagai kambing pedaging. Berat jantan diantara 110-135 kg; betina diantara 90-100 kg. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian > 200 g/hari. Cepat matang - biasanya 6 bulan untuk jantan & 10-12 bulan betina. Purata kadar ovulasi 1.7 telur/anak. Biasanya kadar beranak 200% . Memanjangkan tempoh musim beranak - 3 kali beranak dalam masa 2 tahun. Kadar bercerai susu 160%. Boleh meragut - impek terhad kepada rumput atas( grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.




British Alpine

Negara asal: Great Britain.
Tinggi dan kurus. Hitam dengan tompokan putih. Bulu pendik, halus dan berkilat, jantan selalunya berbulu panjang. Berkebolehan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca. Pengeluaran menurun di kawasan yang tinggi kadar kelembapan. Menghasilkan susu yang baik dengan purata kadar lemak of 4%. Boleh memanjangkan tempoh laktasi.




Saanen

Negara asal: Saanen Valley, Switzerland
Pengeluar susu yang terbaik - dengan pengeluaran 3-4% lemak susu. Bersaiz sederhana dan ada yang besar. Anggaran berat badan 65 kg dengan tulang yang berceranggah dan bertenaga serta sihat. Betina perlu mempunyai ciri feminin & tidak kasar Berwarna putih atau krim cerah dan kadang-kadang ada tompokan . Berbulu pendik dan halus, kadang-kadang berjambul di bahagian tulang belakang dan peha. Telinga tegang, dan menghala ke depan. Muka lurus. Sensitif terhadap cahaya matahari, lebih produktif dalam keadaan sejuk. Tempat berteduh perlu disediakan.




Toggenburg

Negara asal: Toggenburg Valley, Switzerland
Baka tenusu yang tertua. Terkenal dengan pembentukan umbing susu yang terbaik dan dengan pengeluaran susu yang tinggi (ujian purata lemak 3.7%). Bersaiz sederhana, tegap, bertenaga & sentiasa "alert". Kecil daripada baka Alpine. Berat jantan sekurang-kurangnya 55 kg. Berbulu pendik atau sederhana panjang, lembut halus & rata. Berbagai warna dari "light fawn" ke perang gelap dengan tanda putih yang ketara: telinga berwarna putih dengan tompokan gelap di bahagian tengah, dua jaluran putih di muka dari mata hingga ke muncung, kaki belakang berwarna putih dari pergelangan kaki hingga tapak, kaki depan berwarna putih dari lutut hingga ke bawah, segi tiga putih di kedua-dua belah ekor. Lebih prestasi baik di tempat sejuk

JUTAWAN TERNAKAN



Ladang kambing milik syarikat Cosmopal Sdn. Bhd. yang terletak di Kampung Serating, Marang, Terengganu.
- Gambar ZUHAYATI YAZID

Zainudin bakal ‘jutawan’ kambingOleh ZUHAYATI YAZID - Utusan Malaysia

MARANG 8 Julai - Siapa sangka kawasan seluas 60 hektar yang dahulunya terbiar kini bertukar menjadi sebuah ladang kambing. Ternakan baka-baka tempatan yang 90 peratus untuk pasaran negara itu sekali gus akan menjadikan pengusahanya bakal jutawan.

Sebelum dibangunkan, kawasan yang terletak 60 kilometer daripada bandar Kuala Terengganu ini dipenuhi semak-samun yang tidak memberi faedah kepada masyarakat setempat.

Namun, hasil usaha Zainudin Zakaria, 50-an, yang menganggap ternakan kambing baka adalah perusahaan yang menguntungkan serta mampu memberi pulangan hasil yang cepat, kawasan itu bertukar menjadi ladang kambing dalam tempoh lapan tahun sahaja.

Melalui syarikatnya, Cosmopal Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada November 2000, Zainudin kini merupakan satu-satu pengimport, pengedar dan juga penternak kambing baka terbesar di kawasan Pantai Timur.
Berbekalkan prinsip jangan kalah sebelum berjuang, beliau sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat antarabangsa demi mencurahkan bakti kepada bidang ternakan kambing baka.

”Sebelum saya berhenti kerja, saya membuat kajian tentang kebaikan dan kelebihan penternakan kambing.
Malah saya juga membuat lawatan ke luar negara untuk melihat sendiri kelebihan bidang ternakan ini,” kata Zainudin ketika ditemui di ladang kambingnya yang terletak di Serating di sini, baru-baru ini.

Selepas dua tahun membuat kajian, beliau nekad membuka ladang kambing berbekalkan modal RM100,000 untuk membeli keperluan dan alatan. Malah, beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur sanggup pulang ke kampung hanya semata-mata untuk menternak kambing. ”Saya lihat prospek ternakan ini sangat luas dan ia mampu memberi pendapatan lumayan, hanya usaha dan kerajinan sahaja yang perlu ada,” katanya.
Ditanya apakah pengalaman semasa mula-mula menceburi bidang ini, bapa kepada lima cahayamata ini memberitahu, pada awalnya perasaan takut timbul. Malah kata-kata kurang enak daripada rakan-rakan juga menyebabkannya rasa serba-salah. Namun beliau nekad untuk meneruskan perjuangan. ”Biarlah apa orang hendak kata, yang pasti kita tahu siapa diri kita dan tahap kemampuan diri kita,” ujarnya. Katanya, dia bersyukur mempunyai isteri dan anak-anak yang sering memberi dorongan dan semangat kepada dirinya.

Bermula dengan beberapa ekor kambing jenis Jamnapari yang dibeli dari Indonesia serta sebuah reban, kini Zainudin mempunyai enam buah reban untuk menempatkan semua kambingnya.

Beliau menyasarkan untuk membiak 10,000 ekor kambing dalam jangka masa yang terdekat ini.
”Pada tahun 2007, saya hanya mempunyai 3,000 ekor kambing tetapi setiap tahun haiwan ini semakin berkembang biak,” ujarnya.

Menceritakan pengalaman menternak kambing baka, beliau memberitahu, ia bukan perkara yang sukar.
Malah kambing merupakan binatang yang manja, katanya.

Jelasnya, kambing juga seperti manusia yang perlu dilayan dengan baik dan biasanya haiwan ini dilepaskan selepas dua minggu dikurung di dalam reban dan apabila sampai tempohnya ia akan pulang sendiri ke reban.
Beliau mengupah lebih 10 pekerja untuk membantu memberi makanan kepada ternakan kambingnya.
”Kambing-kambing juga turut dimandikan dan syampu supaya kelihatan bersih dan segar,” katanya.
Beliau bersyukur kerana ladangnya itu mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

”Setiap bulan, seorang pegawai dari jabatan ini akan membuat lawatan ke ladang saya untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan haiwan ternakan ini,” katanya yang turut membuat lawatan ke luar negara untuk mendapat nasihat dan panduan.

Zainudin memberitahu, selain menjalankan penternakan kambing, beliau juga menjalankan pelbagai aktiviti sampingan bagi memaksimumkan pendapatan di samping membantu masyarakat setempat yang berpendapatan rendah.

”Selain menjalankan penternakan kambing, ladang ini juga menghasilkan baja organik daripada najis atau tinja kambing yang dicampurkan ramuan lain untuk dijadikan baja organik.

”Kerja-kerja membungkus baja saya serahkan kepada golongan orang kurang upaya yang menginap berhampiran ladang ini,” jelasnya yang mengitar semula bulu kambing untuk dijadikan aksesori.
Beliau juga merancang membuka kilang memproses barangan daripada kulit kambing antaranya jaket, beg tangan dan pelbagai aksesori lain.





JOHOR

ARKIB : 08/07/2008

Ternakan kambing boer mampu jana pendapatan

RASHID Elias melihat sebahagian daripada kambing boer yang diternaknya di projek ternakan kambing miliknya di Kampung Tengah, Sunagi Terap, Muar baru-baru ini.

MUAR 7 Julai – Selain mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu, Rashid Elias, 38, turut mengusahakan ternakan kambing boer yang pada asalnya bermula dengan sejumlah 24 ekor tetapi kini meningkat kepada lebih 50 ekor.

Menurutnya, kambing boer yang berasal dari Australia itu diternak bagi mendapatkan baka serta dagingnya dijual kepada penternak-penternak tempatan di daerah ini.

Bagi memastikan projek ternakan itu membuahkan hasil yang lumayan, Rashid sanggup membina sebuah bangsal khas dengan modal sebanyak RM50,000, bersebelahan rumah projek tanaman cendawan tiram beliau.

“Saya tidak senang duduk apabila hanya menjalankan satu kerja dan mendapati ternakan kambing boer juga memberikan peluang pendapatan yang secara tidak langsung mampu menjana ekonomi diri dan syarikat,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kelebihan menternak kambing boer ialah permintaan terhadap dagingnya tinggi kerana ia kurang mengandungi bahan kolestrol berbanding kambing jenis lain manakala proses tumbesaran ternakan itu pula agak cepat.

Menurutnya, setiap baka kambing boer itu mula dijual seawal usianya empat bulan, manakala tempoh jangka hayat haiwan ternakan itu pula antara empat hingga lima tahun.

Meskipun perlu berbelanja agak besar bagi proses penjagaan haiwan ini termasuk makanan yang terpilih serta rawatan suntikan khas setiap tahun, kambing boer pernah diberi sokongan oleh kerajaan agar ia diternak secara meluas di negara ini.

“Baka kambing ini saya peroleh menerusi kenalan di Australia dan dia banyak membantu saya mengimport haiwan ini yang dikategorikan sebagai berdarah penuh atau baka jati boer,” jelasnya.


TERNAK KAMBING DALAM DUSUN



Mohd. Salleh Omar menyasarkan bilangan kambingnya akan bertambah sehingga lebih 200 ekor menjelang hujung tahun ini dengan khidmat nasihat MARDI.

Saranan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) agar Mohd Salleh Omar, 69, menternak kambing Boer di dusun buah-buahannya pada 2006 tidak disia-siakan begitu saja. "Ketika itu hasil dusun dengan harga durian yang tidak begitu memuaskan ditambah dengan saingan dengan durian dari Thailand menyebabkan saya terfikir untuk melakukan sesuatu untuk meningkatkan produktiviti dusun," katanya semasa ditemui di ladang ternakan kambing SF Farm di Mukim Naga Lilit, Padang Serai, Kedah, baru-baru ini.

Pada 2006, tanah dusun yang mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan mula dihuni 27 ekor kambing kacukan Boer yang 25 daripadanya berjantina betina yang diperoleh daripada MARDI.

Atas nasihat MARDI, Salleh memilih menternak kambing untuk dijadikan baka memandangkan negara kekurangan baka kambing.

"Ketika itu saya teringat saranan kerajaan menjadikan pertanian sebagai perniagaan," katanya yang amat aktif menjalankan ladang integrasi.

Di dusun buah-buahan seluas 12 ekar tanah pusaka, Salleh mendirikan kandang seluas 100 kaki x 24 kaki bagi memuatkan lebih 100 ekor kambing.

Kini beliau merancang membina satu lagi kandang seluas 100 kaki x 30 kaki bagi menampung bilangan ternakannya yang semakin bertambah.

Dalam masa tidak sampai dua tahun dengan pengurusan yang betul, ternakan Salleh telah bertambah kepada 121 ekor kambing tanpa mengira ternakan yang telah dijual.

"Saya menyasarkan dengan pengurusan yang betul dan khidmat nasihat yang berterusan daripada MARDI, pada penghujung tahun ini bilangan kambing akan bertambah sehingga lebih 200 ekor," katanya yang mempunyai dua orang pekerja bagi membantunya di dusun.

Kambing, kata Salleh, cepat membiak iaitu tiga kali beranak dalam masa dua tahun dan biasanya seekor induk boleh menghasilkan dua ekor anak.

Rancak bercerita mengenai ternakannya, beliau berkata kadar mortaliti atau kematian anak-anak kambingnya tidak sampai 20 peratus.

"Dengan khidmat nasihat serta bimbingan yang diberikan oleh pihak MARDI terutama Pegawai Penyelidik di Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Dr. Mohmad Mustafa, kini saya boleh menjaga kambing-kambing saya dengan baik," katanya yang mengikut segala nasihat yang diberikan.

Kini bermula jam 8.00 pagi Salleh memulakan rutin hariannya dengan memberi kambing makan rumput dan pelepah jagung yang diambil daripada kawasan berhampiran.

Sebelah petang pula kambing akan dilepaskan selama dua hingga tiga jam sehari di sekitar dusun untuk mencari makanan sendiri seperti di habitat asal mereka di Afrika Selatan.

"Setiap hari kambing akan dilepaskan selama dua jam sehari sebagai satu senaman serta mengekalkan kelakuan kambing sebagai pemakan daun tidak seperti biri-biri yang memakan rumput," katanya.

Kambing yang dilepaskan biasanya akan lebih sihat dan cergas, kurang berpenyakit serta lebih sesuai dijadikan baka.

Apabila kambing kembali ke kandang sekitar jam 5.00 petang, kambing akan diberikan makanan dalam bentuk palet selain air dan garam.

Bagaimanapun Salleh berkata, selain pengurusan ternakan, kebersihan kandang juga penting bagi mengelakkan kambing terkena jangkitan penyakit.

"Setiap hari kandang perlu dibersihkan dan setiap minggu perlu dicuci bagi mengelakkan perebakan dan jangkitan penyakit.

"Najis yang menimbun di bawah kandang akan dikumpulkan dan diproses untuk dijadikan baja yang boleh digunakan pada dusun atau dijual," katanya.

Salleh berkata, setelah menguruskan ladang integrasi lebih setahun bukan saja kambing yang mengeluarkan hasil malah produktiviti dusunnya turut meningkat.

"Jika dulu hasil dusun tidak seberapa tetapi kini saya bukan saja ternakan saya mengeluarkan hasil tetapi pendapatan hasil dusun semakin meningkat.

"Kini saya dapat mengurangkan kos pembajaan kimia dan hanya menggunakan baja organik hasil najis atau tinja kambing," katanya.

Penternakan bagi tujuan baka, Salleh mengambil kira pemakanan dan penjagaan yang insentif bagi kenaikan berat badan ternakannya sehingga lebih 200 gram (g) sehari.

Dengan bantuan MARDI, Salleh berusaha melakukan saringan pemilihan bagi Boer terpilih untuk diternak sebagai baka terbaik.

Selain kambing, Salleh juga menternak ayam, itik dan angsa sebagai pendapatan tambahan hasil dusun.

Justeru Salleh bukan saja mendapat pendapatan daripada kambing dan dusun tetapi juga baja hasil tinja kambing.


JOHOR

ARKIB : 20/10/2008

Sanggup korban kerjaya kerana kambing boer




Friday, November 20, 2009

Wednesday, November 18, 2009

EFFECTIVE MICROORGANISM (EM)

ARKIB : 05/12/2008
Teknologi EM bisnes anak Felda
Oleh LAUPA JUNUSlaupa.junus@utusan.com.my


Mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup merupakan impian semua orang, meskipun adakalanya terpaksa mengharungi liku-liku cabaran yang menghampiri puncak putus asa.
Mengubah nasib perlu dilakukan dengan pelbagai cara, namun tidak semua mampu melakukannya dalam masa singkat, manakala kegigihan, masa dan sedikit nasib atau tuah mungkin boleh membantu.
Senario itu barangkali sesuai untuk menceritakan bagaimana seorang anak warga Felda, Azmi Sahar yang berjaya memajukan syarikatnya, Bio Vision Resources yang mengedarkan produk penggalak tanaman berdasarkan teknologi mikroorganisme berguna (EM).
Syarikat yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor ini menjadi platform bagi Azmi membuktikan bagaimana anak Felda sepertinya ingin menyumbang dan membuat jasa kepada program tanah rancangan tempatnya membesar.
Azmi diperkenalkan kepada produk tersebut semasa sedang mencongak apakah yang beliau boleh lakukan untuk Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, kira-kira tiga tahun lalu.
Produk baja cecair itu diperkenalkan kepadanya oleh seorang rakan dan beliau pula mencadangkan penggunaannya kepada seorang rakan lain.
“Saya mulanya tidak tahu apakah usaha untuk menambah pendapatan tetapi apabila diperkenalkan dengan baja ini, segala kepayahan terpaksa diharungi untuk memperkenalkannya kepada orang lain.
“Ini termasuk mempromosikannya dari rumah ke rumah dan ramai memberi kata-kata sinis bahawa, mereka (pengguna) telah banyak mencuba baja seumpamanya tetapi tidak berhasil,’’ ujar beliau ketika ditemui di Sekinchan, Selangor, baru-baru ini.
Beliau berkata, baja cecair tersebut menggunakan bakteria asid laktik dengan campuran yis atau ragi dan sejenis bakteria lain yang masing-masing mempunyai peranan untuk tumbesar tumbuhan.
Teknologi baja EM diperkenalkan oleh seorang profesor dari Kolej Pertanian University of Ryukyus, Jepun, Dr . Teruo Higa yang menekankan ciri-ciri pertanian organik.
Antara ciri kebaikan teknologi tersebut, ialah menggalakkan pertumbuhan, pembesaran, penghasilan dan kemasakan buah.
Teknologi baja seumpama itu juga mampu meningkatkan kapasiti fotosintesis pokok, menambah kebolehan bahan organik sebagai baja, meningkatkan ketahanan tumbuhan terhadap penyakit, memperbaiki keadaan fizikal tanah.
Menurut Azmi, sebagai permulaan ketika itu, baja berkenaan digunakan pada kelapa sawit dan juga tanaman sayuran.
Selepas mendapat maklum balas positif, beliau melangkah setapak lagi apabila menjadi pengedar kecil-kecilan dan bagi mencapai matlamat itu, Azmi membuat pelaburan awal RM5,000.
Hasratnya ketika itu ialah, menjadi anak Felda seakan tidak bermakna apa-apa tanpa membuat sumbangan.
Maka, dengan menjadikan baja sebagai bahan produk perniagaan, Azmi berpendapat, ia kenapa pada masa dan tempatnya.
Apatah lagi dengan kelulusan hingga setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azmi perlu mengerah tulang empat keratnya dengan keringat dan satu ketika, air matanya tertumpah mengenangkan saat-saat kepayahan membuat promosi.
Namun, bagi membuktikan generasi kedua Felda sepertinya mampu berjaya, segalanya diharungi dengan tabah.
Dalam tempoh beberapa bulan, beliau mampu memperoleh kira-kira 500 pengguna di sekitar Perak dan Selangor yang kebanyakannya pekebun kecil sawit.
Selain itu, terdapat kalangan pengguna produk tersebut merupakan penanam-penanam sayur dan buah-buahan.
Jenis tanaman yang sesuai untuk menggunakan baja tersebut termasuk tanaman komoditi, buah-buahan seperti betik, rambutan, jambu, lima buah naga dan pisang.
Beliau juga mengesyorkannya untuk tanaman lain seeperti tomato, tembikai dan semua sayuran berdaun, bunga serta padi.
Menurut salah seorang pengguna dari Sekinchan , Mohd. Salim Kaim, 59, beliau telah mencuba baja organik tersebut sejak beberapa bulan lepas ke atas pokok pisang dan kunyit di halaman rumahnya.
“Saya dapati ada perbezaan apabila melihat pokok pisang tersebut iaitu tandannya semakin panjang dan pokok lebih tinggi,’’ katanya
Seorang lagi pengguna, Azman Sahudin,44, dari Sungai Manik, Perak mencuba baja tersebut pada pokok kelapa dan mendapati ia sudah berbuah walaupun sebelum ini tidak ada tanda-tanda akan mengeluarkan hasil.
Dengan maklum balas positif itu, Azmi semakin yakin, beliau mampu menjadikannya baja tersebut sebagai produk yang boleh dibanggakan.
Malah , beliau bercadang meningkatkan jaringan pemasaran dengan membuka lebih banyak outlet yang pada masa ini terdapat di Keratong, Kerteh, Jeli, Seremban dan Sekinchan selain di Kota Tinggi.
Beliau juga telah menghantar sampel ke Kalimantan, Indonesia untuk dicuba oleh pengguna di sana.
Lebih penting bagi bapa kepada lima anak ini, beliau berharap akan dapat mempromosikan baja tersebut di kalangan peneroka Felda dengan bantuan dan sokongan daripada pengurusan syarikat tanah rancangan itu.
Bagaiamanapun, beliau perlu meningkatkan pengeluaran dari 30 tan sebulan kepada sekurang-kurangnya 80 tan sebulan untuk mencapai sasaran tersebut.
Azmi juga akan menjalankan kajian lanjut mengenai kemungkinan baja tersebut dikeluarkan dalam bentuk serbuk.
Pada masa sama, produk tersebut yang telah pun menjalani analisis di Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh membantu sektor pertanian ke arah lebih sihat dan mesra alam.
Ketika ini baja tersebut dikeluarkan dalam bentuk cecair isipadu satu liter berharga RM200 sebotol dan 10 liter berharga RM200.
Beliau bertuah kerana dengan moto ingin Membasahkan Bumi Malaysia dengan Baja Organik itu, Azmi mendapat sokongan daripada pekerjanya di semua peringkat termasuk menjualnya dari rumah ke rumah.
Mereka yang berminat boleh menghubungi 07-8838251 atau 017-7566550 atau emel di contact@biovisionresources.com



ARKIB : 27/04/2008
Menjamu selera depan kandang kambing

BATU PAHAT 26 April - Menjamu selera di hadapan kandang kambing?
Mungkin ramai yang akan menolak pelawaan itu kerana ia nyata bukan 'lokasi' sesuai untuk menjamu selera.
Namun orang ramai yang melawat ladang buah naga atau lebih popular dengan panggilan buah pitaya milik usahawan tani, Abdul Khalid Baba di Kampung Chamek, Kluang dekat sini, akan dijemput untuk menjamu selera di hadapan sebuah kandang kambing.
Situasi ini boleh dianggap 'istimewa' kerana tetamu dijemput menikmati hidangan di hadapan kandang yang mempunyai 86 ekor kambing Boer.
Antara yang turut dijemput menikmati hidangan di situ ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd. Aziz Kaprawi dan Pengarah Pertanian Johor, Adnan Mat Kassim ketika mengadakan lawatan ke ladang berkenaan baru-baru ini.
Menurut Pegawai Pertanian Kluang, Samat Mohd. Yusuf, lokasi itu sengaja dipilih untuk menjamu selera bukan bertujuan menghina tetamu, sebaliknya untuk membuktikan keberkesanan kaedah Efektif Mikroorganisma (EM) yang dipopularkan dalam sektor pertanian di Johor sejak dua tahun lalu.
Katanya, kaedah itu amat baik untuk digunakan dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan kerana mampu mengurangkan kos serta meningkatkan hasil kepada 20 peratus.
"Yang penting penggunaan kaedah EM mampu mewujudkan alam sekitar yang sihat dan bersih.
"Ternakan kambing dan ladang buah pitaya milik Abdul Khalid ini menggunakan kaedah EM dan sebab itulah ia bersih dan langsung tidak berbau hingga kita boleh menikmati hidangan tanpa rasa jijik dan risau akan dikerumuni lalat," katanya.
Menurutnya, walaupun telah terbukti berkesan masih ramai petani merasa ragu-ragu dan enggan menggunakan kaedah berkenaan.
Beliau berkata, kaedah yang sedang dipopularkan J-Biotec tersebut sebenarnya lebih murah dan mampu memperbaiki keadaan tanah dan keadaan sekeliling termasuk mutu air parit dan sungai.
Katanya, ia murah kerana ia tidak menggunakan racun dan baja kimia, tetapi memadai dengan baja organik serta kompos yang boleh dihasilkan daripada najis ternakan, buah-buahan dan sayuran yang rosak dan dibuang di ladang itu.


Bokashi EM

PengenalanBahan asas baja organik, baik dalam bentuk kompos maupun baja kandang dapat berasal dari hasil pertanian, seperti jerami, dan sekam padi, kulit kacang tanah, hampas tebu, batang jagung, dan bahan tumbuhan hijau yang lain. Bahan buangan/tinja ternakan yang banyak dimanfaatkan adalah tinja lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik.
Bokashi adalah suatu kata dalam bahasa Jepun yang bererti “bahan organik yang telah difermentasikan”. Baja bokashi dibuat dengan melalui proses fermentasi bahan-bahan organik (dedak, hampas kelapa, tepung ikan, dsb) dengan EM (Efektif Microorganism). Biasanya bokashi didapati dalam bentuk serbuk atau butiran. Bokashi sudah digunakan para petani Jepun dalam memperbaiki tanah secara tradisional untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam tanah dan meningkatkan persediaan unsur bagi tanaman. Secara tradisional bokashi dibuat dengan cara menfermentasikan bahan organic seperti dedak dengan tanah dari hutan atau gunung yang mengandungi berbagai jenis mikroorganisma.
Kini lebih dikenali sebagai Bokashi EM iaitu bokashi dengan bahan organik yang difermentasikan dengan mikroorganisma efektif, bukan dengan tanah dari hutan atau gunung. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi adalah suatu kultur campuran berbagai mikroorganisme yang bermanfaat (terutama bakteria fotosintetik dan bakteria asid laktik, ragi dan actinomycetes) dan dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob tanah. Penggunaan EM dalam pembuatan bokashi selain dapat memperbaiki strukutur dan kualiti tanah juga bermanfaat memperbaiki pertumbuhan serta jumlah dan mutu hasil tanaman.
Idea tentang penggunaan mikroorganisma efektif ini dikembangkan oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun. Teruo telah menemui mikroorganisma yang dapat hidup secara bersama dalam kultur campuran dan secara fisiologi dapat bergabung satu dengan yang lain. Menurutnya, bila kultur ini dimasukkan dalam persekitaran semulajadi, maka pengaruh baik masing-masing akan lebih berlipat ganda secara sinergik. Menurutnya juga, kultur EM tidak mengandungi mikroorganisma yang telah dimodifikasi secara genetik, tetapi kultur ini merupakan campuran berbagai spesies mikrob yang terdapat dalam persekitaran semulajadi dunia.Bokashi dalam Pertumbuhan dan penghasilan Tanaman
Pada prinsipnya, peranan baja bokashi hampir sama dengan baja organik lainnya seperti kompos, namun bokashi EM pengaruhnya dipercepatkan dengan adanya penambahan mikroorganisma efektif (EM). Bokashi dapat digunakan 3-14 hari setelah perlakuan (fermentasi). Kebaikan penggunaan Bokashi ialah untuk meningkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman meskipun bahan organiknya belum terurai seperti pada kompos. Bila bokashi dimasukan ke dalam tanah, bahan organiknya dapat digunakan sebagai substrat oleh mikroorganisma efektif untuk berkembangbiak dalam tanah, sekaligus sebagai tambahan persediaan unsur bagi tanaman.
EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi sangat berguna sekali dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah, juga dapat menyekat pertumbuhan hama dan penyakit yang merugikan tanaman. Dengan demikian penggunaan bokasi EM baik secara langsung maupun tidak, sangat memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman pertanian termasuk padi , buahan dan sayuran.

Kesan Penggunaan bokasi EM dalam pertanian:



  • Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada

  • Aktiviti hama dan penyakit/patogen dapat dikurang atau dihapuskan

  • Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dll.

  • pengikatan Nitrogen- Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.


Penggunaan baja bokashi merangkumi prinsip ekologi berikut:



  • mineral, penambahan dan baja dari hasil usaha tani.

  • Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat aliran panas, udara dan air dengan cara mengelola iklim mikro, pengelolaan air

  • Memperbaiki struktur tanah sehingga menguntungkan pertumbuhan tanaman terutama pengelolaan bahan organik dan meningkatkan kehidupan biologi tanah

  • mengoptimunkan bahansedia dan keseimbangan unsur mineral tanah, melalui pengikatan nitrogen, penyerapan dan pencegahan hakisanMengurangkan kehilangan hasil tani akibat hama dan penyakit dengan melaksanakan usaha pencegahan melalui perlakuan yang mesra alam

ARKIB : 12/09/2008
Pengusaha ternakan diwajibkan guna teknologi EM
MELAKA 11 Sept. - Kerajaan negeri akan mewajibkan kesemua pengusaha ladang ternakan ayam, itik dan puyuh menggunakan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) dalam tempoh setahun dari sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, penggunaan teknologi EM itu bagi mengatasi masalah pencemaran hasil kegiatan ternakan tersebut.
Menurut beliau, kira-kira 175 pengusaha berkenaan sama ada berskala besar atau kecil akan menggunakan teknologi tersebut secara berperingkat-peringkat mulai bulan depan.
''Teknologi ini telah pun digunakan sekarang tetapi tidak menyeluruh dan bermula setahun dari sekarang, kita akan mewajibkan penggunaannya dalam industri penternakan.
''Penggunaan teknologi mesra alam ini akan dijadikan salah satu syarat wajib untuk memperbaharui lesen bagi memastikan semua penternak menggunakannya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
NajisTambah beliau, jika ia berjalan lancar, Melaka akan menjadi negeri kedua yang mewajibkan penggunaan teknologi EM dalam usaha mengatasi pencemaran bau busuk serta pembiakan lalat disebabkan najis ternakan.
Sebelum ini, penggunaan teknologi EM telah diwajibkan oleh kerajaan Johor sejak tahun 2005.
Mohamad Hidhir berkata, keberkesanan teknologi EM telah terbukti dapat mengatasi pencemaran bau ternakan di Johor dan pada masa yang sama berjaya meningkatkan produktiviti ternakan.
''Respons yang diterima daripada penternak yang telah menggunakan teknologi ini, ladang ternakan mereka tidak lagi berbau busuk atau dicemari lalat.
''Hasil ternakan mereka juga semakin sihat dan selamat dikendalikan kerana tidak mengandungi bahan kimia," jelas beliau.
Tambah beliau, penggunaannya cukup mudah iaitu mencampurkannya dengan makanan ternakan atau untuk mencuci kawasan kandang dengan skala satu liter cecair EM bagi setiap 100 liter air.
Katanya, penggunaan teknologi itu juga menjimatkan kos kerana harga bagi setiap botol cecair EM sebanyak lima liter dijual pada harga RM25 sahaja.


EM


EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario.


Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar. Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.


EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani.


EM juga digunakan dalam; Dalam Rumah
Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
Membantu menghalau serangga
Membasuh lantai


Pertanian
Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
Sebagai baja untuk tanaman
Memulih tanah yang· bermasalah
Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos


Lonkang/Sungai
Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk


Penggunaan EM pada pokok Gaharu :


# Mempercepatkan pertumbuhan


# Mengawal serangga perosak semasa anak pokok masih kecil


# Anti Kulat


# Mengawal selia kesuburan tanah.


PROSES MENGAKTIFKAN EM-


Bahan-Bahan Yang Diperlukan :


i. EM-1


ii. Gula Merah / Molases


iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )


iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup


- 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih


Langkah 1 Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya.Nisbah Bancuhan a sisa kimia.


Langkah 2 Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.


Langkah 3 Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.


Langkah 4 Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.


Langkah 5 Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.


Langkah 6 Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).


Nisbah campuran EMAS :


Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan


1:100/200 bagi tujuan nyah bau.


EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.


ARKIB : 03/10/2008

Teknologi EM hilangkan bau busuk ternakan