Monday, August 26, 2013

POKOK NEEM @ LAKSAMANA @ SEMAMBU


POKOK ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE

Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)

Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan

Ketinggian pokok: 15-20 meter

Buah
  • • Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
  • Pokok ini cepat membesar
  • Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
  • Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
  • Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
  • Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
  • Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
  • Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
  • Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
  • Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.

Kegunaan sebagai makanan
  • Bunga di masukkan kedalam masakan kari
  • Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
  • Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar

Khasiat perubatan
  • Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
  • Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
  • Atikulat(antifungal),
  • Ubat kencing manis (antidiabetic)
  • Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)
  • Anti –virus ( antiviral),
  • Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
  • Ubat tahan sakit (Sedative)
  • Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
  • Ubat jerawat (acne treatment)
  • Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
  • Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.
  • Ubat sakit ‘scabies”
  • Astringent
  • Daun untuk ubati kudis
  • Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
  • Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
  • Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
  • Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
  • Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.
  • Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
  • Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
  • Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
  • Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
  • Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
  • Pokok teduhan/ teduhan yang luas
  • Tempat kurang hujan
  • Pokok tepi jalan (roadside planting)
  • Tanah berpasir
  • Tepi laut
Kandungan kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)

AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.

Pohon neem, mambu atau margosa sinonim dengan kehidupan masyarakat India di seluruh dunia. Walaupun asalnya pohon ini terdapat di negara-negara Asia dan Afrika, kini ia juga ditanam di negara-negara barat.
Pohon neem dikenali dengan pelbagai nama di seluruh dunia. Di Pakistan, ia dipanggil nimmi dan limbo manakala di Burma pula digelar tamaka atau tama. Nama lazim di Indonesia adalah mindi dan mimbo sementara di Thailand dipanggil kwinin.
Di Jerman, namanya niem atau nim manakala di Perancis pula dikenali sebagai azadirac dan margousier. Sebutan neem pula lazim digunakan di Australia, Papua New Guinea, Fiji, Amerika dan Britain.
Dalam teks purana klasik di India, neem atau margosa disebut sebagai nimba. Istilah ini berasal daripada frasa Bahasa Sanskrit “nimbati swastyamdadati” yang bermakna “memberi kesihatan yang sempurna”.
Pemberian gelaran itu sendiri sudah membuktikan betapa neem diberi kedudukan tinggi dalam budaya masyarakat India sejak zaman dahulu. Dalam Bahasa Tamil, ia dikenali sebagai veeppilai atau veembu.
Daun, buah serta kulit pokok neem telah digunakan sebagai bahan perubatan dalam budaya India sejak sekitar tahun 2500 Sebelum Masehi. Apa yang menarik dan menakjubkan adalah bahawa catatan perubatan yang dilakukan pada waktu itu dapat dibuktikan secara saintifik menggunakan ilmu perubatan moden.
Dalam budaya kaum India, setiap keluarga digalakkan menanam pohon neem di perkarangan rumah. Biasanya amalan ini dikatakan sebagai tugas suci dan dikaitkan dengan amalan agama tetapi sebenarnya ini berkaitan dengan amalan perubatan.
Penduduk Benua Kecil India sejak zaman dahulu menyedari kegunaan pohon neem sebagai pencegah pelbagai penyakit. Buah, biji, minyak, daun, akar serta kulit pohon neem mempunyai kepentingan perubatan ayurvedic yang dipelopori masyarakat India.
Antara penyakit yang terbukti dapat diubati menggunakan produk berasaskan pohon neem adalah ruam panas, luka, demam kuning, penyakit kulit, ulser perut serta demam campak. Ubat moden daripada produk pohon neem juga digunakan bagi penyakit barah dan malaria.
Jika seseorang terkena demam campak, dia biasanya digalakkan tidur di atas tikar yang dialas dengan daun neem. Daun neem juga akan digantung di pintu masuk rumah sebagai “notis” kepada pengunjung bahawa terdapat individu yang terkena demam campak dalam keluarga berkenaan.
Daun itu juga digantung untuk meningkatkan kandungan kimia daun neem dalam udara persekitaran; khususnya jika tidak terdapat pohon neem di perkarangan rumah terbabit.
Terbukti secara saintifik
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/03/FMT-Produk-300x218.jpgSaya pernah menulis makalah ringkas berhubung perkara ini dan disiarkan di majalah Dewan Budaya pada Jun 2004. Seterusnya, saya menggunakan fakta berkaitan kehebatan neem dalam cerpen “Segenggam Daun Margosa” (Dewan Kosmik, Jun 2007).
Dalam upacara keagamaan Hindu, daun neem digunakan secara meluas. Misalnya, untuk menghalau penyakit atau jika seseorang dirasuk.
Sebenarnya, penggunaan daum neem memang mampu “menghalau” penyakit dan ini sudah terbukti secara saintifik. Bezanya, upacara “menghalau” hantu dilakukan sebagai upacara keagamaan dan bukan upacara perubatan.
Apabila ada kematian dalam masyarakat India, kaum lelaki yang pulang dari tanah perkuburan selepas jenazah disempurnakan (dibakar atau dikebumikan) akan meletakkan daun neem dalam mulut sebagai tanda berdukacita.
Perbuatan ini dapat dijelaskan dengan amat mudah kerana rasa daun neem amat pahit dan sesuai dengan “kepahitan” yang dirasakan berikutan kematian itu.
Pada pagi sambutan tahun baru pula, daun neem dikisar bersama-sama buah mangga yang ranum untuk dijadikan jus di mana amalan meminum jus ini dikatakan baik untuk kesihatan.
Malah, kajian saintifik sudah membuktikan bahawa kandungan kimia dalam daun neem berupaya mengeluarkan sisa toksik serta membersihkan darah di dalam tubuh.
Kulit pohon neem pula digunakan untuk membuat ubat bagi mengatasi masalah kelesuan, batuk, demam, hilang selera makan, muntah dan penyakit kulit. Malah, seperti yang sudah dinyatakan, setiap bahagian pada pohon neem mempunyai pelbagai kegunaan dari segi perubatan tradisional dan moden.
Tidak hairanlah bahawa dalam kitab Veda, pohon neem turut digelar “sarva roga nivarini” iaitu “ubat bagi segala penyakit”. Malah, dalam budaya kaum India, pohon neem diberi kedudukan lebih tinggi berbanding pohon kalpavriksha iaitu sejenis pokok mitos dalam purana yang dikatakan mampu memenuhi segala permintaan pemiliknya.
Pohon neem biasa ditanah di perkarangan kuil. Kaum India juga digalakkan menanam pohon ini di perkarangan rumah. Rasional amalan ini adalah kerana kandungan perubatan pada daun, bunga dan kulit pohon neem turut terdapat dalam udara di sekitar pohon berkenaan.
Udara persekitaran akan bebas daripada bakteria, fungus dan sisa toksik. Maka, penghuni rumah serta pengunjung kuil akan sama-sama mendapat manfaat perubatan secara tidak langsung sambil menghidu udara segar, nyaman dan bersih.
Sekiranya anda berkunjung ke bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam cuba perhatikan pohon-pohon neem yang ditanam di sekitar tempat letak kereta dan tepi tasik.
Pohon neem yang berdaun hijau sepanjang tahun serta rendang dan lebat juga menjadikan ia antara tempat paling praktikal untuk berteduh pada cuaca panas. Maka, bertambahlah peluang bagi individu yang berteduh di bawah pohon itu mendapat “khidmat perubatan percuma” secara semula jadi!
Produk kecantikan
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2012/03/FMT-Cerpen-300x225.jpgSecara tradisional, masyarakat India juga sering mencampurkan daun neem yang kering bersama-sama beras dan bijirin lain yang disimpan. Perbuatan ini menjamin bijirin tadi daripada serangga perosak kerana daun neem secara semula jadi mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai agen penghalau serangga perosak.
Perlu dinyatakan bahawa kandungan kimia pada daun neem tidak membunuh serangga tetapi sebaliknya menghalau serangga perosak. Hakikat ini sudah diuji oleh pengkaji serangga perosak dan dibuktikan pula secara saintifik.
Minyak daripada biji neem pula sudah dibuktikan mampu mengatasi masalah gigitan nyamuk. Minyak ini perlu dicampurkan dengan minyak kelapa dan disapu pada bahagian kulit yang terdedah.
Hasilnya, gigitan nyamuk boleh dihindar kerana kandungan kimia dalam minyak biji neem secara semula jadi merupakan agen penghalau nyamuk.
Satu lagi teknik tradisional kaum India yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk adalah dengan mencampurkan sedikit minyak biji neem ke dalam pelita minyak. Apabila pelita itu dinyalakan, masalah nyamuk akan dapat diatasi.
Dalam kalangan masyarakat India, pohon neem dianggap sebagai legenda yang hidup atau “a living legend” berikutan sumbangan dan peranannya dalam kehidupan seharian. Pohon neem tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan masyarakat India walau di mana mereka berada.
Pohon neem menjadi semacam rakan dan pelindung yang boleh sentiasa diharapkan. Malah, terdapat banyak tempat di Benua Kecil India yang diberi nama berasaskan pohon neem. Antara nama kawasan yang lazim adalah Neemuch, Neemrana, Nemawar, Nimbahera, Udagir dan Limbgoan.
Di India sendiri, pohon neem diberi pelbagai nama tempatan. Di Assam dan Bengal, ia digelar nim atau neem manakala di Gujarat pula dipanggil limda, limbado dan nimuri.
Nama lazim di Kerala pula adalah aryaveppu, veppu dan vepe; bakam dan mahaneem di Punjab; neemro di Rajastan; veembu, veppam, taruka dan veepachettu di Tamil Nadu; serta nimbanuv, vepa, yeppa dan taruka di Andra Pradesh.
Neem ternyata mendapat kedudukan istimewa dalam segala aspek kehidupan masyarakat India termasuk bidang sains, budaya, perubatan, astrologi, agama, mitologi dan purana.
Pelbagai produk kecantikan, kesihatan dan perubatan berasaskan neem turut dihasilkan secara komersial untuk pasaran antarabangsa supaya keistimewaan neem dapat dinikmati oleh orang ramai walau di mana mereka berada.
Namun, sayangnya, generasi muda semakin kurang menyedari atau diberi pendedahan mengenai kehebatan neem. Semoga paparan di atas membuka mata orang ramai terhadap “pusaka” yang sudah kita miliki sejak zaman-berzaman.

4 comments:

  1. pokok ni biasa ditanam dimana? (kawasan dimalaysia)

    ReplyDelete
  2. Saya ada jual anak pokok semambu rm10 satu, fahmi 0128295251

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada poslaju ke kuching tak?sya nak beli

      Delete
    2. emel sya di baybeeserfreseebyab@gmail.com kalau ada pos ke kuching..tq

      Delete