Monday, August 19, 2013

KHASIAT DAUN LAKSAMANA (SEMAMBU/NEEM)


Pokok semambu mempunyai khasiat yang sangat besar pada kesihatan. Ia adalah herba yang sangat terkenal di Negara India. Semambu telah digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda dan homeopati.
Semambu mengandungi anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Serbuk daun semambu sangat berkesan dan melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia adalah sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terbakar.
Pokok semambu, gambar dari wikimedia
image
Pokok semambu, gambar dari wikimedia
image
Minyak semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut untuk melegakan kesakitan daripada rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang.
Daun semambu juga boleh melegakan masalah penghadaman, penawar sembelit dan memulihkan fungsi usus. Ia juga berkesan memperbaiki kualiti darah dan menyahkan toksik dalam darah, meningkatkan sistem imun, mengawal paras gula dalam darah dan mengekalkan badan bebas penyakit.

Pokok Semambu (Neem), daun saya gunakan untuk de-worming atau pencegahan cacing untuk ternakan, Kulit nya saya gunakan untuk sebagai boaster anti biotik bagi ternakan dan sebagai bahan untuk pembuatan penghalau serangga. Minyak Semambu juga saya gunakan sebagai penghalau serangga, harganya mahal tetapi berbaloi . Kernel Semambu juga boleh digunakan sebagai baja tanamam saya berpeluang menyaksikannya digunakan dibendang padi di Selatan India, hanya diletakan dilaluan air dan bermacam lagi keguaan untuk tanaman.

Dalam bidang perubataan Semambu banyak digunaakan sebagai ubat samada diminum atau disapu DLL. seperti yang saya ingat semasa kecil jika dijangkiti Demam Campak dan sewaktu dengannya. Daun Semambu dibuat sebagai alas tidur dan dimandi setelah sembuh dari campak.

No comments:

Post a Comment