Sunday, May 9, 2010

MINYAK KASTOR (TERMAHAL DI DUNIA)

Minyak kastor antara yang termahal di dunia

Minyak kastor yang dihasilkan daripada biji kastor digunakan dalam lebih 3,000 produk hiliran seperti minyak pelincir bagi kapal terbang, jet dan kereta lumba.

Produk itu juga digunakan untuk menghasilkan cat, dakwat, kosmetik dan plastik selain digunakan dalam pertanian, pembungkusan dan farmaseutikal.

Pengurus Perniagaan FarmBond Resources Sdn Bhd, Zaini Zam Keman berkata, pokok kastor adalah spesies Euphorbiaceae serta ahli tunggal dalam gen Ricinus dan Subtribus Ricininae.

"Bijinya seperti buah getah tetapi lebih kecil iaitu sebesar syiling 10 sen.

"India adalah pengeluar terbesar biji kastor di dunia sejak 120 tahun dahulu sementara China pengeluar kedua terbesar dan pengeluarannya dikawal kerajaan China; sementara Thailand turut tersenarai antara pengeluar terbesar dunia sejak pokok kastor mula ditanam di negara itu 30 tahun dahulu," katanya.

Berdasarkan pasaran komoditi dunia pada 21 November 2009, harga sekilogram minyak kelapa sawit RM2.21 (AS$0.69), minyak kacang soya RM2.40 (AS$0.75) dan minyak kastor RM4.29 (AS$1.34).

"Anggaran pengeluaran dunia bagi biji kastor adalah 1.5 juta tan setahun dan sekitar 60 peratus daripada hasil keluaran ini dari India; selebihnya dari China dan Brazil.

"Dalam pasaran global, minyak kastor adalah satu daripada minyak termahal dengan harga semasa RM1,000 untuk setan biji kastor," katanya.

Zaini berkata, peladang di Malaysia wajar mengambil peluang mengusahakan pokok kastor.

3 comments: