POKOK
ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE
Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)
Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan
Ketinggian pokok: 15-20 meter
Buah
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE
Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)
Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan
Ketinggian pokok: 15-20 meter
Buah
- •
Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
- Pokok
ini cepat membesar
- Hidup
di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
- Namanya
di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan
40 jenis penyakit.
- Di
India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok
sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala
penyakit’ dll.
- Pokok
ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau
tanah berpasir.
- Di
India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
- Di
Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
- Di
kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka
bertelur pada daun pokok ini.
- Orang
orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.
Kegunaan sebagai makanan
- Bunga
di masukkan kedalam masakan kari
- Di
India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
- Pucuk
muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar
Khasiat perubatan
- Daun
, buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
- Daun
mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
- Atikulat(antifungal),
- Ubat
kencing manis (antidiabetic)
- Anti-kuman/bacteria
( antibacterial)
- Anti
–virus ( antiviral),
- Anti
kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
- Ubat
tahan sakit (Sedative)
- Digunakan
didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
- Ubat
jerawat (acne treatment)
- Pesakit
cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
- Turunkan
suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk
ubati demam panas.
- Ubat
sakit ‘scabies”
- Astringent
- Daun
untuk ubati kudis
- Mengikut
dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk
ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
- Minyak
mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
- Minyak
mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
- Minyak
mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
- Boleh
menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya
akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari
mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan
generasi(kepompong) serangga itu.
- Berbanding
dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk
jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
- Daun
digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
- Asap
dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
- Untuk
membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan
cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda
boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
- Daun
pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
- Pokok
teduhan/ teduhan yang luas
- Tempat
kurang hujan
- Pokok
tepi jalan (roadside planting)
- Tanah
berpasir
- Tepi
laut
Kandungan
kimia
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)
AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)
AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.
Pohon
neem, mambu atau margosa sinonim dengan kehidupan masyarakat India di seluruh
dunia. Walaupun asalnya pohon ini terdapat di negara-negara Asia dan Afrika,
kini ia juga ditanam di negara-negara barat.
Pohon neem dikenali dengan
pelbagai nama di seluruh dunia. Di Pakistan, ia dipanggil nimmi dan limbo
manakala di Burma pula digelar tamaka atau tama. Nama lazim di Indonesia adalah
mindi dan mimbo sementara di Thailand dipanggil kwinin.
Di Jerman, namanya niem atau
nim manakala di Perancis pula dikenali sebagai azadirac dan margousier. Sebutan
neem pula lazim digunakan di Australia, Papua New Guinea, Fiji, Amerika dan
Britain.
Dalam teks purana klasik di
India, neem atau margosa disebut sebagai nimba. Istilah ini berasal daripada
frasa Bahasa Sanskrit “nimbati swastyamdadati” yang bermakna “memberi kesihatan
yang sempurna”.
Pemberian gelaran itu sendiri
sudah membuktikan betapa neem diberi kedudukan tinggi dalam budaya masyarakat
India sejak zaman dahulu. Dalam Bahasa Tamil, ia dikenali sebagai veeppilai
atau veembu.
Daun, buah serta kulit pokok
neem telah digunakan sebagai bahan perubatan dalam budaya India sejak sekitar
tahun 2500 Sebelum Masehi. Apa yang menarik dan menakjubkan adalah bahawa
catatan perubatan yang dilakukan pada waktu itu dapat dibuktikan secara
saintifik menggunakan ilmu perubatan moden.
Dalam budaya kaum India, setiap
keluarga digalakkan menanam pohon neem di perkarangan rumah. Biasanya amalan
ini dikatakan sebagai tugas suci dan dikaitkan dengan amalan agama tetapi
sebenarnya ini berkaitan dengan amalan perubatan.
Penduduk Benua Kecil India
sejak zaman dahulu menyedari kegunaan pohon neem sebagai pencegah pelbagai
penyakit. Buah, biji, minyak, daun, akar serta kulit pohon neem mempunyai
kepentingan perubatan ayurvedic yang dipelopori masyarakat India.
Antara penyakit yang terbukti
dapat diubati menggunakan produk berasaskan pohon neem adalah ruam panas, luka,
demam kuning, penyakit kulit, ulser perut serta demam campak. Ubat moden
daripada produk pohon neem juga digunakan bagi penyakit barah dan malaria.
Jika seseorang terkena demam
campak, dia biasanya digalakkan tidur di atas tikar yang dialas dengan daun
neem. Daun neem juga akan digantung di pintu masuk rumah sebagai “notis” kepada
pengunjung bahawa terdapat individu yang terkena demam campak dalam keluarga
berkenaan.
Daun itu juga digantung untuk
meningkatkan kandungan kimia daun neem dalam udara persekitaran; khususnya jika
tidak terdapat pohon neem di perkarangan rumah terbabit.
Terbukti secara
saintifik
Saya pernah menulis makalah ringkas berhubung perkara ini
dan disiarkan di majalah Dewan Budaya pada Jun 2004. Seterusnya, saya
menggunakan fakta berkaitan kehebatan neem dalam cerpen “Segenggam Daun
Margosa” (Dewan Kosmik, Jun 2007).
Dalam upacara keagamaan Hindu,
daun neem digunakan secara meluas. Misalnya, untuk menghalau penyakit atau jika
seseorang dirasuk.
Sebenarnya, penggunaan daum
neem memang mampu “menghalau” penyakit dan ini sudah terbukti secara saintifik.
Bezanya, upacara “menghalau” hantu dilakukan sebagai upacara keagamaan dan
bukan upacara perubatan.
Apabila ada kematian dalam
masyarakat India, kaum lelaki yang pulang dari tanah perkuburan selepas jenazah
disempurnakan (dibakar atau dikebumikan) akan meletakkan daun neem dalam mulut
sebagai tanda berdukacita.
Perbuatan ini dapat dijelaskan
dengan amat mudah kerana rasa daun neem amat pahit dan sesuai dengan
“kepahitan” yang dirasakan berikutan kematian itu.
Pada pagi sambutan tahun baru
pula, daun neem dikisar bersama-sama buah mangga yang ranum untuk dijadikan jus
di mana amalan meminum jus ini dikatakan baik untuk kesihatan.
Malah, kajian saintifik sudah
membuktikan bahawa kandungan kimia dalam daun neem berupaya mengeluarkan sisa
toksik serta membersihkan darah di dalam tubuh.
Kulit pohon neem pula digunakan
untuk membuat ubat bagi mengatasi masalah kelesuan, batuk, demam, hilang selera
makan, muntah dan penyakit kulit. Malah, seperti yang sudah dinyatakan, setiap
bahagian pada pohon neem mempunyai pelbagai kegunaan dari segi perubatan
tradisional dan moden.
Tidak hairanlah bahawa dalam
kitab Veda, pohon neem turut digelar “sarva roga nivarini” iaitu “ubat bagi
segala penyakit”. Malah, dalam budaya kaum India, pohon neem diberi kedudukan
lebih tinggi berbanding pohon kalpavriksha iaitu sejenis pokok mitos dalam
purana yang dikatakan mampu memenuhi segala permintaan pemiliknya.
Pohon neem biasa ditanah di
perkarangan kuil. Kaum India juga digalakkan menanam pohon ini di perkarangan
rumah. Rasional amalan ini adalah kerana kandungan perubatan pada daun, bunga
dan kulit pohon neem turut terdapat dalam udara di sekitar pohon berkenaan.
Udara persekitaran akan bebas
daripada bakteria, fungus dan sisa toksik. Maka, penghuni rumah serta
pengunjung kuil akan sama-sama mendapat manfaat perubatan secara tidak langsung
sambil menghidu udara segar, nyaman dan bersih.
Sekiranya anda berkunjung ke
bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam cuba perhatikan pohon-pohon
neem yang ditanam di sekitar tempat letak kereta dan tepi tasik.
Pohon neem yang berdaun hijau
sepanjang tahun serta rendang dan lebat juga menjadikan ia antara tempat paling
praktikal untuk berteduh pada cuaca panas. Maka, bertambahlah peluang bagi
individu yang berteduh di bawah pohon itu mendapat “khidmat perubatan percuma”
secara semula jadi!
Produk kecantikan
Secara tradisional, masyarakat India juga sering
mencampurkan daun neem yang kering bersama-sama beras dan bijirin lain yang
disimpan. Perbuatan ini menjamin bijirin tadi daripada serangga perosak kerana
daun neem secara semula jadi mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai
agen penghalau serangga perosak.
Perlu dinyatakan bahawa
kandungan kimia pada daun neem tidak membunuh serangga tetapi sebaliknya
menghalau serangga perosak. Hakikat ini sudah diuji oleh pengkaji serangga
perosak dan dibuktikan pula secara saintifik.
Minyak daripada biji neem pula
sudah dibuktikan mampu mengatasi masalah gigitan nyamuk. Minyak ini perlu
dicampurkan dengan minyak kelapa dan disapu pada bahagian kulit yang terdedah.
Hasilnya, gigitan nyamuk boleh
dihindar kerana kandungan kimia dalam minyak biji neem secara semula jadi
merupakan agen penghalau nyamuk.
Satu lagi teknik tradisional
kaum India yang boleh digunakan untuk menghalau nyamuk adalah dengan mencampurkan
sedikit minyak biji neem ke dalam pelita minyak. Apabila pelita itu dinyalakan,
masalah nyamuk akan dapat diatasi.
Dalam kalangan masyarakat
India, pohon neem dianggap sebagai legenda yang hidup atau “a living legend”
berikutan sumbangan dan peranannya dalam kehidupan seharian. Pohon neem tidak
boleh dipisahkan daripada kehidupan masyarakat India walau di mana mereka
berada.
Pohon neem menjadi semacam
rakan dan pelindung yang boleh sentiasa diharapkan. Malah, terdapat banyak
tempat di Benua Kecil India yang diberi nama berasaskan pohon neem. Antara nama
kawasan yang lazim adalah Neemuch, Neemrana, Nemawar, Nimbahera, Udagir dan
Limbgoan.
Di India sendiri, pohon neem
diberi pelbagai nama tempatan. Di Assam dan Bengal, ia digelar nim atau neem
manakala di Gujarat pula dipanggil limda, limbado dan nimuri.
Nama lazim di Kerala pula
adalah aryaveppu, veppu dan vepe; bakam dan mahaneem di Punjab; neemro di
Rajastan; veembu, veppam, taruka dan veepachettu di Tamil Nadu; serta nimbanuv,
vepa, yeppa dan taruka di Andra Pradesh.
Neem ternyata mendapat
kedudukan istimewa dalam segala aspek kehidupan masyarakat India termasuk
bidang sains, budaya, perubatan, astrologi, agama, mitologi dan purana.
Pelbagai produk kecantikan,
kesihatan dan perubatan berasaskan neem turut dihasilkan secara komersial untuk
pasaran antarabangsa supaya keistimewaan neem dapat dinikmati oleh orang ramai
walau di mana mereka berada.
Namun, sayangnya, generasi muda
semakin kurang menyedari atau diberi pendedahan mengenai kehebatan neem. Semoga
paparan di atas membuka mata orang ramai terhadap “pusaka” yang sudah kita
miliki sejak zaman-berzaman.
pokok ni biasa ditanam dimana? (kawasan dimalaysia)
ReplyDeleteSaya ada jual anak pokok semambu rm10 satu, fahmi 0128295251
ReplyDeleteada poslaju ke kuching tak?sya nak beli
Deleteemel sya di baybeeserfreseebyab@gmail.com kalau ada pos ke kuching..tq
DeleteSaya mmpuyai pekerja nepal dan mereka kata sgt bagus untk kesihatan. Saya makan daunnye namun sgt pahit. Jadi saya nk cari ubat, herba atau alternatif lain untuk dimkan atau diminum
ReplyDeleteM.r. Sheqal, encik boleh layari laman web dyomherbs.com dan juga facebook dyomherbs bagi mendapatkan produk DYom Neem. Terima kasih. :)
DeleteAssalamualaikum salam sejahtera warga group📢
ReplyDelete💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570