Wednesday, July 24, 2013
Monday, July 15, 2013
DORPER
Sunday, April 18, 2010
BIRI-BIRI DORPER & DAMARA
| Bebiri Dorper | |||
| | |||
| Asal Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian. Ciri - Ciri
Jantan : 45-60kg (100-130lb) Betina : 40-50kg (90-110lb) Umur Matang Jantan : 5 bulan Betina : 11-15 bulan Jantan Betina Nisbah 1 Jantan : 20 – 30 betina Tempoh Bunting 149 hari – 155 hari
|
Monday, March 8, 2010
TERNAKAN BIRI-BIRI JANA PENDAPATAN LUMAYAN
ARKIB : 10/02/2010
Ternak bebiri menguntungkan
utusanmelaka@utusan.com.my
| |
| MOHAMMAD Tahir Bujal bersama kacukan bebiri dari baka bermutu tinggi yang turut diternak di kampung Tengah, Paya Dalam, Melaka. |
MELAKA 9 Feb. – Siapa sangka bermula daripada memelihara 20 ekor kambing dan biri-biri pelbagai baka, kini pengusahanya, Kapten (B) Mohammad Tahir Bujal, 50, mampu bergelar penternak kambing terbesar di negeri ini.
Beliau yang kini memiliki 200 ekor kambing dan biri-biri menjadi antara penternak yang terkenal di kawasan tersebut.
Bertempat di Lot 215, Batu 10, Kampung Tengah, Paya Dalam bersebelahan Lebuh AMJ di sini, usaha Mohammad Tahir bermula hampir dua tahun lalu sebaik bersara daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bersandarkan sebidang tanah seluas 0.8 hektar milik isterinya, Sabariyah Md. Yasin, dia memulakan aktiviti penternakan dengan modal kecil.
Berbekalkan kesungguhannya dalam bidang itu, dia telah membuktikan anak kelahiran Melaka mampu menjadi penternak berjaya.
Menurut Mohammad Tahir, dia memulakan kegiatan itu dengan modal RM30,000 dan dengan sandaran itu dia telah membeli lebihan kayu yang terbuang untuk dijadikan reban kambing.
‘‘Saya mula merangkak dalam bidang ini secara kecil-kecilan setelah mendapat kursus sebelum bersara di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kluang, Johor.
‘‘Dengan kemahiran yang ada itu, saya yakin mampu mengendalikan segala permasalahan ternakan kambing dan bebiri sendiri termasuk bidang pemakanan serta ubat-ubatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut Mohammad Tahir, dia memilih ternakan kambing dan biri-biri kerana mampu meraih hasil yang cepat selain ia mudah diternak berbanding haiwan ternakan lain.
‘‘Namun, saya lebih menumpukan ternakan bebiri kerana ia lebih menguntungkan dan mendapat tempat berbanding kambing,” kata beliau.
Menceritakan mengenai kelebihan menternak biri-biri, Mohammad Tahir berkata, haiwan itu sudah boleh dijual apabila usianya mencecah setahun.
‘‘Selain itu, permintaan orang ramai tinggi terhadap bebiri kerana ia sesuai dibuat korban dan akikah.
‘‘Tambahan pula ternakannya lebih mudah serta sosialnya lebih baik kerana haiwan jenis ini boleh berkawan dengan semua jenis kambing,” katanya.
Bercakap mengenai soal makanan pula, ia adalah mudah kerana biri-biri boleh diberi pelbagai jenis makanan.
‘‘Sebenarnya tempoh matang untuk bebiri ialah enam bulan dan boleh dijual untuk daging kerana tumbesarannya cepat biarpun tanpa makanan segera.
‘‘Selain kambing tempatan, bebiri yang diternak adalah dari jenis Babados iaitu antara baka terbaik, Malin dan Siam Ekor Panjang,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan sokongan menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka.
‘‘Setahun yang lalu, saya mendapat bantuan dari segi persediaan reban kambing yang bersaiz 20 kaki panjang dan 50 kaki lebar.
‘‘Bantuan ini telah banyak mendorong dan menjadi pembakar semangat saya untuk terus memajukan diri dalam bidang ini,” katanya yang mempunyai enam orang anak.
Biarpun masih terlalu jauh untuknya mendabik dada, bagi Mohammad Tahir, dia meletakkan harapan yang sangat besar sebagai penternak berjaya.
‘‘Jika sebelum ini, saya hanya bersandarkan kepada pasaran tempatan tetapi hari ini, saya berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga dengan menembusi pasaran luar.
‘‘Mana ada perusahaan yang tidak dilanda masalah. Saya menghadapi masalah modal dan juga kekurangan dari segi keperluan untuk menjual ternakan ke pasaran luar.
‘‘Bekalan yang tidak cukup juga menjadi masalah bagi memastikan ternakan dalam keadaan baik, justeru saya bercadang untuk memohon bantuan baka agar bagi melebarkan lagi usaha saya ini,” katanya lagi.
Bagi yang ingin mendapatkan bekalan kambing dan biri-biri boleh hubungi Mohammad Tahir di talian 019-7973470.
Friday, January 22, 2010
Sunday, December 27, 2009
RATU BIRI-BIRI KELANTAN
ARKIB : 15/11/2008
'Bertewah' ratu biri-biri popular
| |
| Serlahan tanduk dan pengurusan bulu yang rapi menjadikan seekor biri-biri dilihat cantik.- Gambar TOREK SULONG |
PASIR PUTEH 14 Nov. - Orang Kelantan dikatakan gemar bertanding atau 'bertewah' - suatu pengenalan sikap yang tidak lekang dalam kehidupan masyarakat yang masih kuat dengan pengaruh tradisinya.
Mereka mempertandingkan apa sahaja untuk menilai kehebatan atau kelebihan milik mereka termasuklah haiwan peliharaan yang diukur bukan sahaja dari segi kemerduan, keunikan suara tetapi juga kekuatan fizikal, kecantikan rupa, kesegakan dan gaya.
Justeru, sering didengar pertandingan burung ketitir dan candik, ayam serama dan cengkerik di samping ikan sepilar (ikan pelaga).
Sejak beberapa tahun lalu, kerap pula diadakan ratu cantik haiwan dengan lembu, biri-biri dan kambing dipertaruhkan.
Pertandingan mungkin dilakukan secara berkumpulan atau terbuka kepada umum, di pekarangan rumah atau di padang sekolah dengan tawaran hadiah mungkin sekadar kipas, seterika atau dapur gas.
Pertandingan ratu cantik biri-biri kini kembali popular dianjurkan di Kelantan sebagai kegiatan sampingan penternak haiwan berkenaan memperagakan keunikan ternakan masing-masing, sebagai suatu acara pelengkap yang menghiburkan.
Mereka diundang oleh pelbagai pihak penganjur termasuk jabatan kerajaan dan sekolah untuk memeriahkan sesuatu majlis sambutan. Selalunya penyertaan tidak mengecewakan.
Pada masa sama, acara ini boleh menjadi penggalak kepada penternak supaya menghasilkan baka biri-biri yang baik dan boleh dijual dengan harga yang tinggi.
Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterina Kelantan, Zaimin Mohd. Daud, yang sering dijemput mengadili pertandingan itu di negeri ini berkata, ia turut mencambah minat orang ramai untuk membela biri-biri sama ada sebagai hobi, projek sara diri mahupun secara komersial.
Katanya, penganjuran pertandingan yang memperagakan kekemasan biri-biri dan keunikannya akan turut memperkenalkan beberapa jenis baka biri-biri di negara ini termasuk dari jenis baka tempatan dan import.
"Ini termasuk baka Malin, Eksotik, Dorset Horn, Polled Dorset, Wiltshire dan kacukan lain yang menyerlahkan keunikan tubuh badan, bulu, telinga dan tanduk," katanya.
Zaimin berkata, pertandingan yang dianjurkan memberi penilaian terhadap tiga kriteria iaitu membabitkan ciri-ciri sistem pembiakan, ciri-ciri luaran am dan ciri-ciri bebiri itu sendiri termasuk keunikan dan kebersihan badan.
"Haiwan yang dipertandingkan diberi perhatian khusus oleh pemiliknya termasuk makan minum, menguruskan kesihatan, proses pembesaran serta pembiakan," katanya.
Beliau berkata, semua biri-biri yang menyertai pertandingan memiliki surat beranak yang dikeluarkan oleh veterinar dan nama-nama tertentu yang diberikan oleh pemilik masing-masing.
Nama-nama glamor biri-biri yang sudah mula terkenal dengan kehebatannya termasuklah Awe Donde, Siti Payung, Jenny, Cindai, Castello, Siti Ara, Minah dan Hitler.
Zaimin berkata, sepanjang pertandingan, orang ramai berpeluang melihat lebih dekat keunikan yang dimiliki oleh haiwan berkenaan terutama bulu badannya yang sudah digunting, didandan dan ubah suai bersama serlahan tanduk yang pelbagai bentuk.
Paling menarik, tambah beliau, pemilik biri-biri sanggup menyediakan mesin pencukur bulu yang mahal dan berus gigi khas untuk menampilkan kecantikan haiwan itu termasuk giginya.
Beliau berkata, tiga kriteria penilaian itu melibatkan markah yang berdasarkan ciri-ciri luaran am dan ciri-ciri bebiri yang masing-masing berjumlah 30 peratus manakala ciri-ciri sistem pembiakan pula berjumlah 40 peratus.
Bagi ciri-ciri luaran am, ia berdasarkan badan biri-biri yang sihat, tegap, tidak cacat, selain bulu badannya yang kemas, bersih dan berkilat termasuk skor badan, cara berdiri, cara berjalan termasuk tingkah lakunya seperti jinak, aktif serta mudah dikendalikan.
Zaimin berkata, pemilik akan memperoleh markah yang lebih tinggi sekiranya biri-biri mereka itu memiliki tanduk bulat dan melengkung ke bawah serta berwarna gelap ditambah pula dengan serlahan telinga lebar, lembut, saiz sederhana serta melampai ke bawah.
"Ini termasuk penilaian serlahan badan yang berwarna putih, telinga serta kepala merah coklat, berekor perang kemerahan dan berpigmen di bahagian ventral.
Ciri-ciri sistem pembiakan pula menyumbang 40 peratus dikira berdasarkan testis normal, saiz yang sama serta seimbang; 'scrotum' normal, tidak terlalu labuh; 'prepuse' normal dan ukur lilit scrotum," katanya.
Beliau berkata, walaupun hadiah yang disediakan bukan satu jumlah yang besar, pertandingan ini tetap menarik penyertaan ramai pemilik yang berniat untuk menonjolkan termakan mereka.
''Ia turut menjadikan medan pertandingan sebagai tempat bertukar pendapat berkaitan kaedah menternak dan penjagaan, selain sebagai lokasi terbaik mengiklankan baka biri-biri yang diternak untuk dijual," ujarnya.
Pertandingan biri-biri cantik berbeza dengan pertandingan haiwan lain kerana satu tarikan utamanya ialah gelagat haiwan itu ketika diperagakan oleh pemilik.
"Kadangkala pertandingan menjadi lebih menggamatkan apabila biri-biri yang ditambat oleh pemiliknya mencari peluang berlaga kepala dengan biri-biri lain.
"Sebab itu, pemilik menambat biri-biri masing-masing agak jauh iaitu lebih kurang 20 meter jaraknya bagi mengelak kejadian itu berlaku," katanya.
Sunday, December 13, 2009
RATU BIRI-BIRI
DUNIA
Lenggok ratu biri-biri Arab Saudi
LAIN padang lain belalang. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan program ratu cantik di Arab Saudi yang menjadikan kambing biri-biri sebagai bahan pertandingan.
Keadaan itu berbeza sama sekali dengan pertandingan ratu cantik yang kerap diadakan di beberapa negara Arab seperti Lebanon tetapi ia tetap menarik, sekurang-kurangnya kepada para penternak dan penggiat industri makanan.
Malah, pertandingan ratu cantik biri-biri itu menawarkan peluang keemasan kepada para penternak tempatan untuk menjalankan urusniaga selain menjadi satu wadah hiburan di sebuah negara yang kurang aktiviti bercorak rekreasi.
Pada masa sama, acara unik itu bertindak sebagai penggalak kepada penternak di Arab Saudi supaya menghasilkan baka biri-biri yang baik dan penggemar haiwan.
Hakikat itu diakui sendiri oleh pembeli-pembeli yang menghadiri acara tersebut.
Menurut mereka, kualiti biri-biri Arab Saudi yang disebut Nejdi semakin meningkat sejak sedekad lalu hasil daripada perhatian yang diberikan untuk membiak haiwan tersebut.
| |
| SEORANG penton merakam gambar biri-biri yang menyertai pertandingan ratu biri-biri di Banban, Arab Saudi Khamis lalu. |
"Biri-biri Nejdi hari ini jauh lebih cantik berbanding 10 tahun lalu," kata seorang penonton berusia 37 tahun dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Salem al-Ghannami.
Sejak beberapa tahun, pertandingan ratu cantik melibatkan unta dan kambing selain biri-biri merupakan simbol cara hidup kaum Baduwi dan diadakan di serata Arab Saudi.
Namun, acara tersebut dilaporkan menimbulkan keresahan kerabat diraja Arab Saudi selepas ia bertukar tegang apabila dijadikan medan penentu untuk mengetahui kabilah atau puak mana yang memiliki baka ternakan paling cantik.
Acara yang berlangsung pada Khamis lalu itu bertindak tidak menyenaraikan nama kabilah yang memiliki haiwan tersebut.
Ia dihadiri oleh kira-kira 4,000 lelaki di sebuah kawasan padang pasir yang dilitupi beratus-ratus helai permaidani di utara bandar raya Riyadh.
Mereka duduk di barisan kerusi mengelilingi sebuah pentas peragaan kecil yang diliputi hamparan karpet merah.
Udara sekitar kawasan itu diselubungi bau najis haiwan ketika biri-biri betina dan jantan dipertontonkan selepas satu pertunjukan bunga api dan pertandingan sajak biri-biri terbaik diadakan.
Penganjur acara berkenaan, Faisal al-Saadoun berkata, peminat-peminat haiwan ternakan tahu memilih baka biri-biri yang cantik.
"Seperti juga manusia, biri-biri tidak sepatutnya memiliki lemak pada bahagian tertentu, kata seorang ahli perniagaan dan penggemar haiwan itu, al-Saadoun .
| |
| SALAH seekor biri-biri yang memenangi pertandingan ratu biri-biri di Banban, Arab Saudi Khamis lalu. |
"Haiwan-haiwan itu juga perlu tinggi," tambahnya. Katanya, biri-biri betina dewasa boleh dijual pada harga antara AS$5,300 dan AS$8,000 (RM17,800 dan RM28,475) tetapi harga untuk biri-biri jantan dewasa yang baik boleh meningkat hingga berkali ganda.
"Biri-biri jantan lebih mahal kerana dapat menghasilkan hingga 100 anak setahun berbanding biri-biri betina," katanya.
Al-Saadoun memiliki seekor biri-biri jantan berusia tiga tahun daripada baka Burgan atau petir dalam bahasa Arab.
Haiwan itu ditatang sama seperti sebuah telaga minyak kerana ia paling diminati di kalangan penggemar biri-biri dan tidak hairan harganya pula melebihi AS$2.1 juta (RM7.4 juta).
Daripada 10 finalis, lapan merupakan baka Burgan termasuk biri-biri jantan dan betina mendapat tempat pertama.
Seorang peserta, Al-Ghannami yang memiliki 200 ekor biri-biri termasuk dua Burqan memberitahu, kalangan pembiak sanggup membayar berjuta-juta riyal untuk seekor biri-biri cantik.
"Saya mahu mengumpul biri-biri daripada baka terbaik," kata al-Ghannami yang bekerja di Kementerian Dalam Negeri UAE.
"Saya menganggapnya sebagai satu hobi. Saya tidak mengumpul biri-biri kerana wang," jelasnya.
Ketika jam menghampiri detik tengah malam, seorang pembiak tempatan berusia 31 tahun, Fahd al-Jinahi, berjalan keluar sambil membawa beliannya, seekor biri-biri jantan baka Burqan yang diperoleh dengan harga AS$120,650 (RM429,447).
Apabila ditanya kenapa dia memilih biri-biri itu, jawab Fahd: "Saya tertarik dengan bentuk dagu biri-biri itu. Lehernya jinjang dan berbulu lebat dan panjang sehingga meliputi badannya." - AP
ARKIB : 08/05/2009
Biri-biri pelengkap kambing
nisa.sulaiman@utusan.com.my
| |
| Biri-biri Dorper dipelihara di bawah pokok kelapa di Stesen Mardi, Sungai Baging, Kuantan, Pahang. |
Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.
Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.
Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.
Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.
Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.
Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.
Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.
Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.
Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.
"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.
"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.
Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.
Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.
Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.
Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.
''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.
"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.
Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.
Beza
"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.
Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.
Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.
Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.
Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.
Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.
Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..
Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.
Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.
Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.
"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.
Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.
Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.
Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.
Pengenalan Baka Dorper
l Baka Dorper berasal dari Afrika Selatan telah dibangunkan dalam tahun 1900 hasil gabungan baka biri-biri Parsi dan Dorset.
l Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia.
l Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.
l Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi).
l Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai
l Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan
l Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun
l Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari.
l Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan
l Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi
l Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan
l Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran
l Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.
l Pada masa ini terdapat 220 ekor Dorper tulen di negara ini dan MARDI sedang meningkatkan mutu baka sedia ada di Stesen MARDI, Kluang.
Di stesen MARDI Sungai Baging peningkatan genetik baka Dorper telah dilaksanakan melalui natural mating dan kaedah permanian beradas. Dijangka industri Dorper akan berkembang memandangkan bilangan import daging terus meningkat.
DORPER & WHITE DORPER
Dorper dan white Dorper di biak adalah untuk tujuan pedagingan. Kadar pembesaran yang yang cepat. Anak Dorper dan White Dorper boleh mencapai keberatan 35-40kg dalam masa umur 4-5 bulan. Daya tahan yg baik dalam berbagai-bagai jenis cuca, sama ada panas dan lembab.

Dorset Horn Ram
Dorper Ram
White Dorper RamTiada perbezaan diantara Dorper dan white Dorper. Perbezan yang ada hanya warna di kepala.
Ketika ini Dorper adalah baka biri-biri pedaging terulung di dunia. Di Afrika Selatan terdapat lebih lima juta ekor baka Dorper.Baka ini dipilih kerana dijangka berupaya menyesuaikan diri dengan iklim tempatan, kadar kenaikan berat badan tinggi, kadar kembar tinggi, pengeluaran susu yang banyak serta karkas berkualiti (nisbah daging kepada tulang yang tinggi). Baka ini mudah dipelihara dan tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai. Ia dapat menggunakan makanan (pastura dan dedak secara optimum) dengan kadar kematian rendah dan imun terhadap penyakit dengan kadar kesuburan tinggi dan banyak anak dapat dipasarkan. Baka yang menarik dan popular dari jenis pedaging dengan kesuburan yang tinggi dan berupaya untuk musim pembiakan yang panjang sepanjang tahun. Baka ini sangat subur dengan kadar bunting yang tinggi dan pejantan boleh dikahwinkan dengan lebih 30 induk betina dalam masa 40 hingga 60 hari. Kadar kelahiran boleh dijadualkan setiap lapan bulan (tiga kelahiran dalam masa dua tahun) dengan kadar kembar yang tinggi. Dengan pengurusan yang baik kadar kelahiran lebih 150 peratus dapat dihasilkan. Induk betina mempunyai ciri keibuan yang baik dan dengan penghasilan susu yang tinggi dapat memelihara anak dengan baik sehingga cerai susu dengan peratus cerai susu yang tinggi. Kadar kenaikan badan yang tinggi. Dengan pemakanan yang baik anak baka tulen Dorper boleh mencapai berat badan 30 hingga 35 kilogram (kg) dalam masa tiga hingga empat bulan. Mempunyai kualiti karkas yang baik dengan pertumbuhan lemak dalam daging yang serata menjadikan karkas mencapai Gred Super di pasaran.
Walaupun baka Dorper pada asalnya dibangunkan untuk dipelihara di kawasan panas dan kering di Afrika Selatan namun ia didapati sesuai dipelihara di pelbagai iklim dengan pemakanan yang pelbagai di dalam beberapa sistem pemeliharaan sama ada sistem intensif, semi-intensif atau bebas baik dalam kawasan padang pasir, tropika atau lembap.
Dorper
Overview: The Dorper is a South African mutton breed developed in the 1930's from the Dorset Horn and Blackheaded Persian. The breed was developed for the arid extensive regions of South Africa. One of the most fertile of sheep breeds that is hornless with good body length and a short light covering of hair and wool. The breed has the characteristic black head (Dorper) as well as white heads (White Dorper). Furthermore the breed shows exceptional adaptability, hardiness, reproduction rates and growth (reaching 36 kg [~80 lbs] at three and a half to four months) as well as good mothering abilities.
The Dorper breed was developed through the crossing of the Blackhead Persian ewe with the Dorset Horn and this resulted in the birth of some white Dorper lambs. The difference in color is therefor merely a matter of preference for each breeder. Black-headed breeders constitute about 85% of the members of the Dorper Sheep Breeders' Society of South Africa.
The Dorper breed is now numerically the second largest breed in South Africa and has spread to many countries throughout the world.
Mutton Production: The Dorper is primarily a mutton sheep and meets these requirements exceptionally well. The Dorper has a long breeding season which is not seasonally limited. A good manager can organize his program so that lambs can be dropped at any time of the year. The breed is fertile and the percentage of ewes that become pregnant in one mating season is relatively high. Lambing intervals can be eight months. Consequently under good forage conditions and with good management the Dorper ewe can lamb three times in two years. A lambing percentage of 150% can be reached under good conditions while in exceptional cases even 180% can be attained. Under extensive conditions a lambing percentage of 100% can be expected. In a flock containing a large number of maiden ewes, the lambing percentage will be in the region of 120% as these ewes usually drop single lambs. If it is assumed that the lambing percentage is 150% and that management is at such a level that ewes can lamb about three times in two years, a Dorper ewe will produce 2.25 lambs on an annual basis.
The Dorper lamb grows rapidly and attains a high weaning weight which again is an economically important characteristic in the breeding of mutton sheep. A live weight of about 36 kg can be reached by the Dorper lamb at the age of 3- 4 months. This ensures a high quality carcass of approximately 16 kg. This is associated with the inherent growth potential of the Dorper lamb and its ability to graze at an early age.
According to Dr Q P Campbell in "Make Money with Mutton Sheep", the average daily gain of Dorpers under extensive conditions was from 81 g to 91 g per day. During a phase D2 growth test at Tweedie, the average daily gain was 160 g per day in the test while the average daily gain per day of age was 203 g per day.
The Dorper is well adapted to a variety of climatic and grazing conditions. Originally this breed was developed for the more arid areas of the Republic but today they are widely spread throughout all the provinces. The Dorper does well in various range and feeding conditions and reacts very favorably under intensive feeding conditions.
The Dorper is hardy and can thrive under range conditions where other breeds can barely exist and the ewe can raise a lamb of reasonable quality under fairly severe conditions. As a strong and non-selective grazer the Dorper can advantageously be incorporated into a well planned range management system.
The Dorper is an easy care breed which requires a minimum of labor. Its skin covering which is a mixture of hair and wool, will drop off if not shorn to keep it tidy. The Dorper has a thick skin which is highly prized and protects the sheep under harsh climatic conditions.
The Dorper skin is the most sought after sheepskin in the world and is marketed under the name of Cape Glovers. The skin comprises a high percentage of the income (20%) of the total carcass value.Dorset
Dorsets Horned and Polled
The exact history of the Dorset sheep is found wanting for some positive record of origin. History does tell us that centuries ago, Spain wished to conquer England, and possibly during this time, the Merino sheep were brought into Southwest England and were crossed with the Horned Sheep of Wales, which produced a desirable all-purpose sheep which met the needs of that time. Thus began a breed of sheep which spread over Dorset, Somerset, Devon, and most of Wales and were called Horned Dorsets. In the USA they are called Dorset.Dorsets in America, in a publication called Sheep Industry in the United States, written by Ezra Carmen, H, A. Heath, and John Minton, all of whom were Oregon pioneers living in the Salem, OR area, we learn of Dorsets being in Oregon in 1860. These shipments were brought to the West Coast from England by the Hudson Bay Shipping Company and the first Dorsets were brought over for Mr. Richard Scott of Milwaukee, OR, in 1860. The first Dorsets on the East Coast were brought from England in 1885 and exhibited at the American Fat Stock Show in Chicago. Other early importers between 1887 and 1891 were: William Daley, Lockport, NY; E. F. Bowditch, Framingham, MA; T. S. Cooper, Coopersburg, PA; J, L. Henderson & Son, Washington, PA, and Tranquility Farms, Allamuchy, NJ.
Polled Dorsets originated at North Carolina State College, Raleigh, NC, and were apparently the result of a mutation which occurred in the purebred Horned Dorset flock at the college. After careful research and testing were done to assure that the Polled Dorset carried the same characteristics as the Horned Dorsets and were able to propagate these traits, the new strain was accepted into U.S. registry in 1956.
Both horned and polled Dorsets are an all white sheep of medium size having good body length and muscle conformation to produce a desirable carcass. The fleece is very white, strong, close and free from dark fiber. Dorset fleeces average five to nine pounds (2.25-4 kg) in the ewes with a yield of between 50% and 70%. The staple length ranges from 2.5 to 4 inches (6-10 cm) with a numeric count of 46's-58's. The fiber diameter will range from 33.0 to 27.0 microns.
Dorset ewes weigh from 150 to 200 pounds at maturity, some in show condition may very well exceed this weight, Dorset rams weigh from 225 to 275 pounds at maturity. Dorsets are one of the few breeds that carry the "out-of-season" breeding characteristic. The ewes are good mothers, good milkers and multiple births are not uncommon. Dorsets work well in commercial situations both in the ewe flock and from a terminal sire aspect.
The number of Polled Dorsets now in the country far exceeds the number of Horned Dorsets; however, this is not just the case in the USA; but is true also in other countries where Dorsets are popular. This is true simply because of the personal preference of the sheep producers.
Dorsets have grown in popularity to become the number-one white faced breed in the United States. Their numbers also make them the second largest breed in total numbers in the USA, ranking below only the Suffolk breed.
The official registry office for Dorset Sheep in the United States (both Horned and Polled) is called the Continental Dorset Club. The organization is governed by an elected Board of 6 Dorset Breeders from various parts of the country - giving all areas a representative on the Board. A National Show & Sale and Annual Meeting are held each year, and an International Dorset Show and a National Junior Dorset Show are held annually at the North American Livestock Exposition. Our organization has many activities involving our youth as we believe they are the future of the sheep industry.
Reference:
Continental Dorset Club, Debra Hopkins, PO Box 506, North Scituate, Rhode Island 02857-0506 (401) 647-4676 Who's Who in U.S. Sheep Breeds(poster), American Sheep Industry Assn., Inc.; 6911 S. Yosemite St. Suite 200; Englewood, CO 80112-1414 Phone: (303) 771-3500 FAX: (303) 771-8200Dorset Down
The Dorset Down originated in England around 1800 by mating Southdown rams with the large Hampshire Down (Hampshire), Berkshire and Wiltshire ewes. The breed was introduced to Australia in 1937, but has not gained great popularity.
The Dorset Down is a quick maturing, robust breed. Its main role is as a terminal sire for prime lamb production. Number, and hence selection potential, are small
Wednesday, December 9, 2009
PANDUAN TERNAK BIRI-BIRI
Baka Bebiri
Baka bebiri di negara ini adalah terhad. Kebanyakannya adalah jenis tempatan. Jenis eksotik telah diimport untuk tujuan pembiakan dengan jenis tempatan ini. Pada keseluruhanya, baka bebiri dibahagikan kepada dua:
2.Baka Eksotik
c. Wiltshire
d. Baka Kacukan
Baka Asli Ternpatan (Malin)
| ||||||
|
DORSET HORN

| Jantan | Betina |
| 60 - 110 kg. | 40 - 70 kg. |
- baka adalah dari jenis yang berbulu pendek Badannya besar dan gempal.
- bulu berwarna putih dan kulit berwarna merah jambu. Jenis ini bertanduk, jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
- baka ini didapati boleh menyesuai diri pada iklim panas. Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
- baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
Berat Dewasa |
| Jantan 25 - 30 kg |
| Betina 15 - 25 kg |
- jenis yang berbulu sederhana panjang.
- Badannya besar dan gempal.
- Bulu berwarna putih serta pendek dan kulit berwarna merah jambu.
- bertanduk, lebih-lebih lagi yang jantan dimana tanduk jika panjang akan membuat lingkaran di kepala.
- boleh menyesuai diri pada iklim panas.
- Pada tempat asalnya, ia kerap membiak serta sering melahirkan anak kembar 2 atau 3.
- baka jantan digunakan untuk dibiakkan dengan baka tempatan dan hasilnya adalah sangat menggalakkan.
| Jantan | Betina |
| 40 - 100 kg. | 40 - 80 kg. |
- Baka jenis ini mempunyai bulu yang sedikit dan ia seakan-akan menyerupai kambing.
- la mempunyai tanduk dan kadar pembesaran dan saiz adalah sederhana.
- Pemeliharaannya adalah untuk daging
- Walaupun bilangannya di Malaysia sedikit, baka ini telah menunjukkan prestasi yang baik.
| Jantan | Betina |
| 20 - 50 kg. | 20 - 40 kg |
- Dari segi pembiakan, baka-baka kacukan telah dapat membiak sepanjang tahun dan prestasi pertumbuhannya puia adalah lebih baik jika dibandingkan dengan yang tempatan.
- Kebanyakan dari jenis ini adalah hasil dari kacukan baka ternpatan dengan baka Dorset dan Wiltshire. Saiz badan adalah lebih besar dari bebiri tempatan.
- Rupanya mirip jenis exotic.
- Bulunya adalah lebih panjang dan gebu dari jenis baka ternpatan tetapi pendek dari baka exotic.
PEMILIHAN BAKA
| Baka atau keturunan | Bentuk badan dan pengamatan |
| Berat anak semasa dilahirkan hendaklah tinggi. | Badan besar dan padat terutama pada bahagian rusuk dan punggung. |
| Kadar kenaikan berat badan yang cepat. | Badan lurus dan tidak melentuk ke bawah, kaki tegap, lurus dan selari. |
| Berat badan pada umur 1 tahun lebih dari 20 kg. | Bulu teratur dan kemas, tiada tanda-tanda najis dibahagian ekor. |
| Keluaran susu yang banyak. | Ambing susu terletak dengan baik dan mempunyai cantuman yang padat dengan badan. |
| Jarak antara kelahiran yang singkat - kurang dari 8 bulan. | Untuk menentukan bebiri mempunyai daging yang padat cara perabaan hendaklah dibuat, - Bahagian tulang belakang mempunyai daging yang banyak. |
| umur tidak melebihi 1 1/2 tahun Umur bebiri boleh diketahui dari tuan punya atau secara anggaran mengikut pertumbuhan gigi. | |
| Tentukan juga bebiri tidak mempunyai kudis atau parasit kulit dan bulu. Ini dapat dipastikan dengan membuka bulu yang tebal sehingga menampakkan kulit bebiri. |
PENGURUSAN TERNAKAN
- Lahir hingga 3 bulan
- Anak bebiri yang baru lahir dikurung bersama ibunya selama 2 minggu.
- Ibu bebiri beserta anak-anaknya tidak akan dilepas meragut selama 4 - 6 minggu
- Selepas cerai susu hingga dewasa
- Selepas cerai susu (umur 3-4 bulan), anak bebiri dipisahkan dari ibu.
- Penjagaan bebirl dewasa
- Setiap ekor diperiksa gigi, kaki dan ambingnya.
- Pemberian ubat cacing dan penyemburan ubat kutu dibuat mengikut jadual.
- Penjagaan dalam Penggemukan
- Faktor yang penting ialah makanan yang bermutu.
- Anak bebiri boleh digemukan bila telah meningkat 3 - 4 bulan.
- Penggemukan ini memerlukap empat hingga lapan bulan dimana berat badan mencapai antara 20 - 35 kg.
- Pemberian Tanda (Tagging) Pengenalan
- Perawatan Kuku
- Pencukuran Bulu Bebiri
SISTEM BERKURUNG
- Sistem ini pada amnya tidak digalakkan
- Sistem ini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragutan
- Sistem ini boleh dibuat untuk projek penggemukan, menggunakan rumput potong atau makanan lain
- Untuk pengurusan ternakan yang sakit dan yang baru lahir sehingga 2 minggu ke 2 bulan
- Ternakan bergerak bebas untuk meragut pada bila-bila masa.
- Bebiri boleh merayau dan merosakkan tanaman orang
- Risiko kehilangan adalah tinggi
- Dilakukan dengan melepaskan bebiri pada siang hari dan mengurungnya di dalam kandang pada waktu malam
- Sistem pemeliharaan ini adalah baik kerana pengawasan terhadap kesihatan ternakan dapat dibuat setiap hari sebelum melepas atau ketika mengurung ternakan itu kembali
Keperluan dan Manfaat Makanan
Pada umumnya makanan diperlukan untuk pembesaran, pembiakan, pengeluaran susu dan kesihatan. Makanan bermutu tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan anak bebiri dan juga kualiti daging bebiri yang disembelih akan lebih baik. Makanan juga mempengaruhi sistern reproduksi ternakan.
Klasifikasi Makanan
| Zat Pemakanan | Keterangan |
| Protin | pembinaan otot-otot dan proses pemulihan tisu-tisu badan. la juga adalah mustahak untuk pertumbuhan dan pengeluaran susu. |
| Karbohidrat (Kanji) dan Lemak | memberi tenaga, pertumbuhan dan pengeluaran susu. Kekurangannya akan menyebabkan kadar pertumbuhan bebiri terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu dan juga boleh menyebabkan kematian. serta ketahanan melawan parasit dan penyakit juga menurun. |
| Garam Galian diperolehi dalam 2 bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang diberi biasanya mengandungi 1% TCP (Tricalcium phosphate) 1% garam biasa, 0.5% "trace minerals" dan 0.5% batu kapur. Garam galian akan mengambil tempat jagung 3 - 5% dari peratus makanan tambahan | untuk pertumbuhan tulang, gigi, pembentukan cecair badan dan juga bagi menjamin kesihatan ternakan. contoh- kalsium, fosforan, natrium, magnesium, chlorine, sulphur, kuprum, kobalt dan selenium. Keperluan/ekor = 7 ke 14 gm. garam setiap hari. |
| Vitamin biasanya dicampurkan dalam makanan tambahan atau pun dalam garam galian | diperlukan dalam kuantiti yang kecil, vitamin penting dalam mengaturkan proses-proses badan bagi menjamin pertumbuhan, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan ternakan. Vitamin B dan C dapat dibina sendiri dalarn badan ternakan, hanya vitamin-vitamin A, D dan E patut diberi penekanan. |
| Serabut kasar | la memenuhi ruang dalam perut dan akan menggalakkan dan mencepatkan aktiviti bakteria untuk menghadarn makanan tersebut dan selanjutnya akan meningkatkan daya kecekapan penghadaman |
| Air | mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, ibu bebiri yang mengeluarkan susu. Jumlah air yang diminum bergantung kepada suhu udara, kelembapan udara, jenis bahan makanan dan juga peringkat umur dan kumpulan ternakan. Purata keperluan- sebanyak 3 - 4 bahagian berat bahan kering yang dimakan. Contohnya jika seekor ternakan mernerlukan 4 kilo berat kering makanan sehari biasa ia memerlukan 12 - 16 liter air sehari. Cara yang baik dan praktikal untuk memenuhi keperluan air bagi semua ternakan di ladang adalah dengan memastikan air bersih sentiasa ada |
Pada umumnya jika zat-zat ini tidak mencukupi pertumbuhan bebiri akan terjejas, pengeluaran susu akan berkurangan dan ternakan akan mudah dijangkiti penyakit.
JENIS BAHAN MAKANAN
Bahan makanan yang diberikan pada ternakan bebiri dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Makanan Hijauan
Rumput, kekacang dan tumbuhan lain adalah bahan hijauan yang biasa dan penting di dalam pemakanan bebiri. Tumbuhan ini pada umur yang sesuai, bukan sahaja mempunyaj nilai pemakanan dan zat yang tinggi tetapi mengandungi bahan serabut mentah yang penting bagi pengeluaran susu yang lemak. Kandungan bahan serabut dan isipadu yang besar dapat merangsang perut besar agar menjadi lebih cekap dalarn penghadaman.
Kawasan-kawasan yang mudah dan baik untuk mendapatkan makanan hijauan ini adalah di estet-estet dan kebun-kebun getah, kelapa sawit, kelapa dan pokok jati. Jika kerja merumput tidak dijalankan, pertumbuhan rumput rumpai yang tebal di antara pokok-pokok ini akan dapat dijadikan makanan untuk ternakan bebiri.
Tumbuhan ini terdiri dari rumput rumpai asli dan kekacang yang diperkenalkan sebagai penutup bumi. Kira-kira 60 - 70% daripada tumbuhan di dalam kebun-kebun ini boleh dimakan oleh ternakan dan nilai zat makanannya adalah setanding dengan rumput pastura yang ditanam. Jenis rumpai asli yang lebih digemari oleh bebiri ialah rumput melala, rumput Israel (Asystasia) selaput tunggul, pengorak, rumput kerbau dan rumput pait. Kebanyakan daripada kekacang penutup bumi juga digemari, melainkan jenis Calopogoniurn caeruleum yang biasanya diragut akhir sekali.
Dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini sebagai makanan ternakan bebiri, kadar muatan bebiri di dalam sesuatu kawasan perlulah diambil perhatian supaya dapat mengelakkan daripada ragutan berlebihan. Oleh kerana pengeluaran bahan hijauan dan bahan kering daripada tumbuhan ini dijangka rendah, kemampuan menampung bilangan ternakan juga adalah terhad.
Bagi bahan hijauan basah seperti rumput atau kekacang, seekor bebiri dewasa memerlukan di antara 8 - 10% dari berat badan, setiap hari atau bagi bahan kering diantara 2.5 - 3% dari berat badannya. Sebagai garis panduan kadar penampungan yang disyorkan adalah diantara 3 - 7 ekor bebiri dewasa sehektar bergantung kepada kesuburan tumbuhan rumput rumpai di bawah tanaman-tanaman tersebut.
Makanan Tambahan
Dalam pemeliharaan bebiri makanan tambahan hendaklah dihadkan kepada 6 - 10% dari jumlah berat makanan ternakan tersebut. la hanya diperlukan untuk bebiri seperti berikut sahaja.
- Bebiri betina yang sedang bunting
- Bebiri betina yang sedang menyusu
- Anak bebiri betina untuk digemukkan
- Pejantan baka yang sering digunakan
- Anak bebiri yang baru dicerai susu
Makanan tambahan biasanya berbentuk campuran tepung atau until. Until-until konsentret ini boleh diperolehi daripada kilang-kilang atau peniaga-peniaga makanan ternakan manakala tepung konsentret boleh dibuat sendiri. Sebagai panduan, makanan tambahan boleh dibuat dengan campuran jagung dan bahan-bahan sampingan pertanian yang lain seperti berikut
Contoh I
- 50% atau 2 bahagian jagung
- 25% atau 1 bahagian sekam/dedak padi
- 25% atau 1 bahagian sekam/dedak gandurn.
Contoh II
- 80% atau 4 bahagian jagung
- 20% atau 1 bahagian dedak kacang soya
Contoh III
- 60% atau 6 bahagian jagung
- 20% atau 2 bahagian dedak kacang soya
- 20% atau 2 bahagian sekam dedak gandum atau padi
Di dalam membuat makanan tambahan, kos bahan-bahan mentah hendaklah diambil perhatian dan tidaklah perlu mengikut contoh bahan-bahan yang tersebut di atas. Bahan-bahan sampingan pertanian tempatan seperti hampas ubi kayu, hampas sagu, sagu kering, kulit koko, palpa kopi, hampas membuat arak, baja tinja ayam, kulit nenas, tahi gula dan hampas tauhu boleh digunakan bagi maksud ini. Sebagai contoh bahan-bahan yang diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang rendah hendaklah diberi keutamaan. Secara keseluruhannya yang penting dalam pemakanan ialah jumlah makanan yang akan dimakan oleh ternakan hendaklah dapat memenuhi keperluan pemakanan mengikut peringkat-peringkat umur dan pertumbuhan ternakan tersebut.
Seperkara yang perlu juga ditegaskan ialah bahan-bahan yang mempunyai kandungan kuprum hendaklah dielakkan dalam pembuatan makanan tambahan ini. Sebagai contoh hampas isirong palma dan dedak kopra yang mana kedua-duanya mempunyai kandungan kuprum lebih daripada 20 p.p.m. (bahagian dalam sejuta) adalah tidak sesuai dimakan oleh ternakan bebiri untuk jangka panjang.
KAWALAN KESIHATAN
Penjagaan kesihatan bebiri adalah satu perkara yang amat penting dan perlu difahami oleh setiap penternak. Bebiri yang tidak sihat akan merugikan para penternak dari segi berikut:
- ternakan senang mendapat penyakit
- ternakan yang sakit pada amnya tidak akan membiak
- ternakan kurang selera makan dan produktiviti menurun
- kematian akan meningkat
- kos perubatan akan meningkat
- prestasi akan menurun dan merugikan oenternak
Oleh kerana itu para penternak perlu mengetahui tanda-tanda penyakit dan cara-cara pencegahan dan pengawalannya. Mencegah lebih baik dari mengubati. Apabila ternakan telah sakit peluang untuk sembuh adalah tipis dan produktiviti akan menurun. Bagi para penternak yang baru, mengenal penyakit tertentu mungkin sukar tetapi apa yang patut diketahui adalah perbezaan antara ternakan sakit dan sihat. Pada amnya tanda-tanda Keadaan tersebut bolehlah dibezakan seperti berikut.
| Bebiri Sihat | Bebiri Sakit |
| Kelihatan segak, cergas dan aktif | Monyok dan kelihatan tidak bermaya |
| Bulu kernas, teratur dan lebih bersih. | Bulu kusut, kering dan mudah gugur |
| Berselera makan. | Tidak mahu makan |
| Sentiasa berada dalam kumpulan dan berdamping dengan ternakan lain. | Mengasingkan diri dan selalu ketinggalan dari kumpulan |
| Mata, hidung dan mulut bersih. | Mata, hidung dan mulut berair atau berhingus |
| Tahi keras, bulat dan kurang berbau. | Tahi tidak bulat / terlalu cair |
| Gempal dan tegap | Badan kurus kering |
Penyakit yang sering dihidapi oleh bebiri.
| Penyakit-penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan segera untuk tindakan |
PEMBIAKAN
Umur Dewasa Bebiri
Bebiri akan mula membiak apabila mencapai umur 6 - 9 bulan Kematangan bebiri itu bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Faktor | Keterangan |
| Baka bebiri | Baka yang kecil seperti baka bebiri tempatan lebih cepat matang dari jenis besar |
| Keadaan makanan | Bebiri yang mendapat makanan yang cukup dan berkualiti baik akan mencapai kedewasaan lebih cepat. |
| Keadaan sekeilling | Bebiri yang berasal dari negara tropika lebih cepat dewasa jika dibandingkan dengan bebiri di negara-negara dingin. |
Kedewasaan bebiri dari segi tubuh badan akan dicapai pada 1- 2 tahun. Umur yang baik bagi membiakkan bebiri betina pada peringkat 15 bulan dan yang jantan 18 bulan.
Sifat Reproduksi
- Kitaran berahi/jarak berahi: 15 - 20 hari secara purata 17 hari
- Lama berahi : 20 - 42 jam atau purata 30 jam
Tanda-tanda berahi
- Gelisah dan mengembek
- Nafsu makan berkurang
- Suka memanjat bebiri lain
- Kerap berdamping dengan bebiri jantan
- Kemaluan membengkak dan kemerah-merahan
- Keluar cairan/lendir dari kemaluan
- Suka mengoyang-goyangkan ekor
- Rela dirinya dipanjat dan dikahwini
Jangka masa bunting
144 - 152 hari atau purata 148 hari(lebih kurang 5 bulan)
Jarak kelahiran
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada bebiri tempatan di Malaysia adalah 6-8 bulan. Dengan kadar kelahiran kernbar sebanyak 10 - 20% adalah dijangka purata bilangan anak yang boleh dliperolehi dalam setahun ialah 1.4 - 1.5 ekor anak untuk seekor ibu (ataupun 3 ekor anak dalam masa 2 tahun).
