Pisang Raja Udang
Posted by: admin In: @Buah Nadir
Maaflah sebab dah beberapa hari tak menghantar artikel baru di Blog ini. Semalam saya baru sahaja pulang dari luar negeri. Tidaklah jauh. Negeri Perak Darul Ridzuan je.. Kali ini saya telah dapat mengenali lagi beberapa lagi jenis / spesis pisang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat apatah lagi kalau nak beli di kedai. Antara yang menarik untuk saya paparkan di sini ialah Pisang Raja Udang.
Pisang ini pada kebiasaanya akan berwarna merah hati apabila sudah hampir masak. Sempat juga saya ambil gambar pokok pisang ini sekali bersama buahnya. Kalau anda rujuk/ buat carian di google tentang pisang ini ada yang menyatakan Pisang ni mempunyai mitosnya yang tersendiri. Pisang ni dikatakan tidak boleh dimakan oleh orang keturunan Rawa kerana Putera Raja tersebut telah bersumpah bahawa seluruh keturunannya tidak boleh memakan buah atau menebang pokok pisang raja udang ini. Nak cerita memang panjang.. Anda boleh baca sendiri…
Isi dalamnya berwarna putih apabila masak dan rasanya sedap seakan-akan pisang berangan. Saya sendiri pun belum sempat rasa lagi pisang ini kerana masih lagi menunggu buah ini masak. Mungkin anda di sana pernah merasai pisang jenis ini, bolehlah cerita pengalaman anda..
Sebenarnya di Malaysia ini masih lagi banyak jenis pisang yang tidak diketahui dan kurang dipromosikan. Kebanyakkan antara kita terutama generasi baru hanya mengenali pisang berangan, pisang abu, pisang awak, pisang tanduk, pisang emas dan pisang goreng sahaja. Mungkin di kampung anda, ada pelbagai lagi jenis pisang yang jarang orang lain tahu. Harap dapat dikongsikan di sini…
No comments:
Post a Comment