Saturday, January 30, 2010

RAJA KAYU

RENCANA UTAMA

Hikmat kayu penunduk

Raja kayu putih dicari artis dan ahli politik.


BIARPUN saiznya jauh lebih kecil daripada pokok-pokok hutan yang lain, belum ada yang menyangkal fungsi raja kayu putih sebagai penawar dan penunduk.


BAGI sesetengah pengumpul barangan mistik, raja kayu putih adalah antara yang menjadi dambaan lantaran kesukaran untuk menemuinya apatah lagi memilikinya.

Diberi gelaran ‘Raja Segala Kayu’ oleh orang tua-tua, nilai mistik kayu yang memiliki diameter sekitar 12 sentimeter (sm) ini dikatakan mujarab sebagai pendinding, penunduk, pelaris, pengasih dan berbagai lagi.

Ironinya, walaupun sukar didapati dan mungkin dijual pada harga mahal, bagi orang yang obses, wang bukanlah penghalang.

“Banyak orang membeli raja kayu putih ini. Ia dijadikan loket, mata cincin atau disimpan di dalam dompet. Mereka mendakwa ia berkesan sebagai penawar, pendinding dan penunduk.

“Sehebat nama yang diberikan kepadanya, pemilik kayu ini akan dilihat sebagai seorang yang disegani dan berwibawa. Sebab itulah ia dikatakan mempunyai kuasa penunduk.

“Selain penggemar barangan mistik dan ahli perniagaan, artis dan ahli politik juga ada yang datang berkehendakkan kayu ini, terutama menjelang pilihan raya,” ujar pengumpul koleksi barangan mistik, Azman Abdul Aziz, 39.

Pokok raja kayu putih dikatakan hanya tumbuh di kawasan pergunungan seperti Gunung Ledang di Johor.

Jelas Azman, ada pendapat mengatakan apabila pokok raja kayu putih hendak tumbuh, pokok di sekelilingnya akan mati. Bila pokok tersebut sebesar pokok getah, pokok di sekelilingnya akan tunduk kepadanya.

Raja segala penawar

“Tapi saya tidak berapa setuju dengan kenyataan tersebut kerana seorang sahabat saya ada menanam pokok itu tetapi pokok di sekelilingnya lebih subur malah kayu-kayu berkhasiat dalam simpanan saya akan bertambah auranya apabila sebatang raja kayu putih disimpan bersamanya,” kata Azman.

Dek kerana khasiat dan kehebatannya, untuk mencari raja kayu putih tidak mudah. Bukan calang-calang orang boleh mengambilnya.

“Daripada pengalaman seorang guru, dia memberitahu jika yang mengambil kayu itu orang biasa, ada yang tidak berjumpa jalan pulang, bertemu dengan haiwan yang digeruni dan tidak kurang pula diganggu makhluk alam ghaib.

“Sungguhpun raja kayu putih dikatakan kayu paling hebat khasiatnya, tetapi ia tetap ada kelemahan iaitu api.


KULIT kayu yang dibakar akan mengeluarkan aroma lembut dan mengasyikkan.


“Menurut cerita orang yang ahli dalam bidang ini, kayu ini mampu memberi aura panas kepada pemakainya.

“Sebab itu, ramai pendekar zaman dulu menjadikan kayu ini hulu senjata kerana percaya ia dapat menaikkan semangat bertempur dan menggerunkan pihak lawan apatah lagi jika dicampurkan dengan teras kayu kemuning hitam,” jelasnya.

Memiliki daun yang tidak bertulang dan berurat, kayu yang mampu ditembusi cahaya lampu suluh pada ketebalan 2 sm itu lebih nyata khasiatnya dari sudut perubatan.

Menurut Azman, kayu yang amat bermutu itu telah terbukti boleh mengubati luka-luka luaran, sakit kulit, gout, sengal dan melancarkan perjalanan darah.

Damar minyak

Malah debu kayu itu, jika digosok pada kulit, ia juga mampu meresap ke dalam tubuh. Kepingan kayu yang telah dipotong-potong turut dapat membantu mengeringkan darah pada luka terbuka.

Sementara itu, damar putih yang terhasil daripada kulit kayu itu berupaya mengubati bisa-bisa kecil seperti gigitan lipan.

“Seorang guru pernah mengajar saya bahawa air rebusan teras raja kayu putih jika diberi minum kepada orang yang degil, insya-Allah hatinya akan lembut.

“Jika seseorang itu ketagihan alkohol, perokok atau penghidap batuk berdarah, mereka juga boleh dirawat dengan meminum air rebusan kayu itu,” ujarnya.

Mahu menjelaskan kepada umum mengenai empunya status ‘Raja Kayu’, terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Kayu yang dikatakan lebih berkhasiat ialah raja kayu putih manakala raja kayu merah sering menjadi kekeliruan umum.

“Raja kayu merah dan pokok damar minyak mempunyai banyak persamaan dari segi warna dan damar yang dihasilkan.

“Namun, bagi kayu damar minyak, ia akan mengeluarkan minyak atau damar berwarna kehitaman dan keras disertai bau kemenyan.

“Tetapi bagi ‘Raja Kayu’, damarnya tidak keras dan berbau lebih lembut seakan-akan minyak angin kayu putih tanpa perlu dibakar,” jelasnya.

Friday, January 29, 2010

DARAH BELANGKAS RM 17500

Darah belangkas RM17,500 seliter
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
Berita Harian, 2 Jul 2007


KOTA BHARU: Harga darah belangkas yang mencecah RM17,500 seliter ekoran permintaan tinggi oleh industri farmaseutikal dunia, mendorong pengembangan usaha memelihara hidupan akuakultur itu di negeri ini.

Pengerusi Koperasi Industri Desa Islam Kelantan Berhad (KIDIKB), Datuk Dr Ilias Hussain, berkata KIDIKB akan mewujudkan sebuah makmal pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta pemasaran belangkas.

Katanya, makmal dengan kos kira-kira RM10 juta itu akan turut membabitkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terutama dalam bidang R&D.

"Belangkas mempunyai potensi pasaran besar terutama dalam bidang perubatan menerusi pengambilan darahnya yang bernilai tinggi, mencapai harga RM17,500 seliter.

"Ekoran itu, kita berusaha mengembangkan usaha ini menerusi penyediaan sebuah makmal serta kerjasama dengan UMT bagi membolehkan produk belangkas dipasarkan pada masa depan," katanya selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KIDIKB dengan UMT yang disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, di sini, semalam.

Pada majlis itu, UMT diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan Ilias mewakili KIDIKB. Menerusi kerjasama itu, UMT akan membuat penyelidikan bagi menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar menggunakan kaedah bioteknologi.
Bagi penghasilan di Sabah dan Sarawak, pengusaha memerlukan 45 ekor bagi menghasilkan satu liter


darah, manakala di Semenanjung memerlukan 115 ekor belangkas bagi jumlah darah sama.

Ketika ini, belangkas liar dijual pada harga RM5 seekor dan dua daripada tiga spesies belangkas yang ada di dunia, mudah ditemui di sekitar perairan negara ini.

Kajian UMT setakat ini mendapati darah biru pada belangkas di negara ini mempunyai bahan bioaktif yang boleh digunakan bagi mengesan bakteria berbahaya, tetapi potensi itu memerlukan kajian lanjut.

Ilias berkata, berdasarkan perkembangan itu, industri belangkas mampu menjadi sumber pendapatan sampingan lumayan kepada nelayan yang terbabit dengannya.

Katanya, pada peringkat permulaan, kira-kira 500 nelayan sekitar pantai Kelantan seperti Bachok dan Tok Bali terbabit dalam ternakan belangkas dengan masing-masing menternak 500 ekor.

"Mereka terbabit dalam industri ini dijangka menikmati pulangan minimum sehingga RM1,200 sebulan bagi setiap musim penuaian,” katanya.

“Setiap peserta akan diberi 500 ekor belangkas untuk dipelihara. Selain nilai komersial daripada segi perniagaan, projek ini secara tidak langsung membantu golongan memerlukan ini menambah pendapatan untuk membaiki taraf hidup mereka,” katanya.

TERNAKAN BELANGKAS

GHOST

HORIZON

Mewah dan berkuasa

Selepas dua dekad ‘menghilangkan diri, kenderaan mewah Rolls-Royce Ghost dari United Kingdom (UK) kembali memeriahkan pasaran kereta di Malaysia.


BAHAGIAN hadapan Ghost tetap mengekalkan rekaan signatur sebuah Rolls-Royce yang sangat mewah.


ANDA ada lebih RM2.6 juta untuk dibelanjakan? Jika ya, tawaran terbaru daripada Rolls-Royce Motor Cars mungkin boleh ditimbangkan.

Memulakan kempennya menerusi model yang diberi nama Ghost, jenama kenderaan mewah itu sekali lagi tampil untuk menambah keterujaan kepada golongan hartawan Malaysia.

Beribu pejabat di Goodwood, West Sussex, United Kingdom, Rolls-Royce sudah lama memenuhi ekspektasi dan keperluan super mewah golongan selebriti di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Berbanding rangkaian model Phantom, Ghost merupakan model yang lebih kecil dan dinamik. Namun, ia tetap dikenali sebagai sebuah Rolls-Royce yang mencapai aspek modenisme baru dan kekal dengan ciri-ciri kemewahannya.

Kereta itu menjadi model pertama dalam siri produk Rolls-Royce yang bakal ditawarkan di Malaysia. Model-model lain daripada keluarga Phantom seperti Phantom, Phantom Extended Wheelbase (salun empat pintu), Phantom Drophead Coupé (convertible) dan Phantom Coupé (fixed roof) akan menemui para peminatnya sepanjang tahun ini.

Menurut Pengarah Serantau Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, Colin Kelly, Ghost menampilkan reka bentuk yang mampu meluaskan lagi tarikan terhadap produk keluaran Rolls-Royce Motor Cars.

Ghost menggabungkan proses penambahbaikan, teknologi baru dan gaya kontemporari. Model itu juga memiliki semua lambang kejayaan model-model Rolls-Royce terdahulu. Ia menggunakan kayu terbaik, material kulit dan mengaplikasikan standard pengilangan yang tiada bezanya dengan model Phantom.

"Ghost memangkin minat memberangsangkan di Malaysia. Saya yakin kereta ini akan berjaya di Malaysia dengan gabungan unik ciri dinamiknya," kata Pengarah Urusan Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, Datuk Michael Ong yang bernaung di bawah pengedaran Quill Motorcars Sdn. Bhd.

Keselesaan Kelas Pertama

Michael optimis pihaknya akan menerima tempahan di antara lapan hingga sepuluh unit menjelang akhir tahun ini. Namun, Ghost dibina berdasarkan kepada permintaan.

"Saya menjangkakan Ghost akan memperoleh pemintaan kukuh di Malaysia. Selain mampu menarik kelompok pembeli lebih besar yang mungkin tidak pernah mengambil perhatian terhadap jenama Rolls-Royce sebelum ini," tambah Pengurus Besar bagi Utara dan Timur Asia Pasifik Rolls-Royce Motor Cars, Brenda Pek. Ruang dalaman Ghost menyerlahkan pelbagai reka bentuk yang menjadi identiti kepada

Rolls-Royce.


RUANG kabin yang sarat dengan teknologi terkini.


Misalnya suis-suis berbentuk biola tradisional dan corong udara yang kelihatan seperti bebola mata. Karpet lantainya yang tebal itu pula diperbuat daripada bulu kambing untuk menikmati rasa mewah yang sebenar.

Terselit di pintu hadapan ialah payung yang disalut dengan material Teflon. Sementara pintu-pintunya pula membuktikan keunikan Rolls-Royce kerana ia boleh dibuka pada bukaan 83 darjah.

Ruang kabinnya dilimpahi dengan cahaya semula jadi yang boleh ditingkatkan melalui bumbung suria (secara opsyen). Bumbung tersebut bermula dari bahagian hadapan sehinggalah ke seksyen belakang.

Pendingin hawa empat zon automatik, ciri pengedaran udara automatik, penghalang penumpatan udara dan kompensasi solar, tempat duduk individu atau lounge (hadir dengan ciri urutan secara pilihan) menawarkan keselesaan terbaik buat setiap penumpangnya.

Meja yang dibalut dengan kulit terbaik dan kemasan kayunya dipadankan dengan ruang kabin Ghost. Ia turut menempatkan dua unit skrin LCD bersaiz 23 sentimeter (sm) di bahagian belakang tempat duduk hadapan. Sistem audio yang ada pada Ghost mampu menjana 600 watt bunyi menerusi amplifier 10 saluran dan 16 buah pembesar suara, termasuklah dua subwoofers yang dipasang di bahagian lantai.

Input USB dan auxiliary membolehkannya berintegrasi dengan alat audio luar, sementara cakera padat 12.5 GB membenarkan penyimpanan fail-fail muzik daripada USD atau pemain cakera padat dibuat.

Bergerak di atas sistem suspensi udara sofistikated pada kempat-empat rodanya, Ghost mampu mengenal pasti 'keperluan' walaupun yang paling kecil. Misalnya, ia berupaya mengesan pergerakan penumpang belakang pada satu bahagian tempat duduk, seterusnya disesuaikan sewajarnya. Fungsi angkat dan turun pula dapat menaikkan atau menurunkan Ghost sehingga 25 milimeter (mm).

Memiliki pelbagai ciri bantuan pilihan menjadikan Ghost sebuah kenderaan yang paling fokus kepada pemandu dalam rangkaian model Rolls-Royce Motor Cars. Ia merangkumi kamera yang memberi paparan di bahagian belakang, sisi hadapan dan atas.

Prestasi terbaik


PINTU dengan bukaan 83 darjah memudahkan penumpang untuk keluar masuk.


Kamera pemandangan waktu malam (Night Vision camera), paparan head-up (Head-up Display), amaran penukaran laluan (Lane Departure Warning), bantuan lampu tinggi (High Beam Assistance), adaptif (Adaptive), lampu utama berhaluan (directional headlights) dan kawalan aktif Cruise Control dengan ciri brek Stop & Go Active Brake Intervention turut dipasang. Sementara Optional Comfort Entry membolehkan akses lebih mudah ke dalam kereta. Ia membuka kunci pada pintu apabila kunci saku berada pada jarak 1.5 meter.

Ghost merupakan kenderaan Rolls-Royce paling berkuasa pernah dibina sehingga kini. Ia mampu memberikan prestasi mengikut cara Rolls-Royce sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Sumber kepada kuasa dinamiknya terletak pada enjin V12 dengan pendesak turbo berkembar bersesaran 6.6 liter. Enjin itu dipadankan bersama kotak gear automatik ZF lapan kelajuan.

Janaan kuasa puncaknya mencecah 563bhp / 420kW / 570PS @ 5,250rpm yang digabungkan dengan tork maksimum 780Nm / 575lb ft pada hanya putaran enjin 1,500 rpm. Hasilnya, Ghost berupaya mencapai kelajuan dari 0 ke 100km/h dalam tempoh hanya 4.9 saat. Selain mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 250km/j.

Enjin baru itu juga meletakkan Rolls-Royce Motor Cars pada posisi peneraju secara signifikan dalam aspek pengeluaran gas CO2 (317g/km) dan penjimatan bahan api (gabungan pengunaan: 13.6 l/100km).

Sistem keselamatan elektronik memastikan Ghost berada dalam keadaan stabil atas apa jua bentuk permukaan jalan. Ia termasuklah Anti-Roll Stabilisation, kawalan brek dinamik (Dynamic Brake Control), kawalan kestabilan dinamik (Dynamic Stability Control), kawalan kuasa tarikan dinamik (Dynamic Traction Control) serta kawalan brek ketika membelok (Cornering Brake Control).

Produksi Ghost sudah bermula di Goodwood. Kereta pelanggan pertama di Malaysia dijangka dapat dihantar pada suku kedua 2010. Bagi memenuhi jangkaan permintaan, Rolls-Royce Motor Cars telah meningkatkan kapasiti pengilangannya sebanyak 50 peratus.

Baru-baru ini, Rolls-Royce Motor Cars mengumumkan hasil jualan memberangsangkan bagi 2009. Sebanyak 1.002 unit kereta berjaya dijual dalam tempoh tersebut.

BAJA CACING DR WORM

VARIA

Graduan tauke baja cacing

Dilahirkan menerusi program mencungkil bakat keusahawanan USM, dua graduan universiti itu kini sudah enam bulan menjadi usahawan baja cacing.


NAIB CANSELOR USM, Dzulkifli (tengah) menunjukkan produk baja organik Dr. Worm hasil penyelidikan Pusat Pengajian Sains Hayat USM bersama dua graduan yang memasarkan produk tersebut iaitu Abdul Hadi (kiri) dan Sharifah (dua daripada kanan).


BERGELAR usahawan baja cacing tidak membuatkan mereka rendah diri. Sebaliknya ia memberi semangat baru kepada dua graduan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini apabila mereka menolak kerja makan gaji.

Yakin bekerja sendiri memberikan lebih kepuasan walaupun sedar ada risiko menanti, Abdul Hadi Abu Osman dan rakannya, Sharifah Rabitah Sareh Hashim membulatkan tekad untuk menceburi bidang keusahawanan.

Sejak enam bulan lalu, mereka giat mempromosikan produk baja organik jenama Dr. Worm yang dilakukan melalui kerjasama Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat (PPSH) dan Sanggar Sains USM.

Abdul Hadi, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, bertanggungjawab dalam aspek pemasaran dan pembungkusan manakala Sharifah, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi, bertindak sebagai pengawal produk.

Menurut Abdul Hadi, produk baja organik daripada cacing tanah itu adalah hasil kajian para penyelidik yang juga pensyarah PPSH dan dipasarkan menerusi syarikat My Agrotech yang ditubuhkan pusat pengajian itu.

"Ia baja organik berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan mengambil kira faktor kualiti, biologi dan alam sekitar hasil penyelidikan para pensyarah USM.


HASNAH menunjukkan segumpal cacing tanah yang diternak.


"Baja organik ini cuma berharga RM4 sekilogram berbanding produk sama di pasaran iaitu RM7 sekilogram. Bagaimanapun, kualiti Dr. Worm tetap terjamin.

"Dalam masa terdekat, baja Dr. Worm yang diproses secara organik di Pendang dan Padang Serai, Kedah ini akan dibekalkan ke beberapa syarikat pertanian selain dijual di pasaran terbuka

"Ketika ini ia di peringkat akhir untuk pengeluaran dengan kapasiti kira-kira 20 tan metrik sebulan tetapi jumlah ini boleh ditingkatkan mengikut permintaan pasaran," ujarnya.

Abdul Hadi dan Sharifah Rabitah dilahirkan menerusi program Student Entrepreneurship Development Initiative Agenda atau SEDIA, iaitu program mencungkil bakat keusahawanan di kalangan graduan USM oleh universiti tersebut.

Menerusi kerjasama itu, SEDIA mengetengahkan produk inovasi pensyarah (menerusi penghasilan baja cacing) manakala proses pemasaran dilakukan para graduan sekali gus menghasilkan satu penjenamaan produk yang baik.

Program selama enam bulan itu bermula sejak Julai 2009 dan berakhir Disember tahun lalu meliputi program bimbingan usahawan dan kelas produk sebelum peserta memulakan projek perniagaan pilihan masing-masing.


HAMPAS tebu digunakan untuk pembiakan cacing.


Ia pendekatan kreatif USM bagi mewujudkan pekerjaan baru melalui bidang keusahawanan.

Bagi projek My Agrotech itu, kedua-dua pelajar terbabit dibimbing oleh Profesor Madya Dr. Hasnah Md. Jais yang terbabit sepenuhnya dalam penyelidikan baja Dr. Worm yang sesuai bagi semua kegunaan pertanian.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang penyediaan baja bio, penggunaan berkaitan cacing tanah dan penghasilan vermikas berkata, faktor kualiti tinggi membezakan baja Dr. Worm dengan produk seumpamanya di pasaran.

"Dr. Worm bukan bertujuan menyaingi produk lain, tetapi sebagai universiti penyelidikan berteraskan sains, kita bertanggungjawab memberikan sesuatu kepada masyarakat melalui hasil penyelidikan," katanya.

Thursday, January 28, 2010

TO MAKE COMPOST TEA

Compost tea is easily made by soaking or steeping compost in water. The resulting compost tea is used for either a foliar application (sprayed on the leaves) or applied to the soil.

We all know that compost is a wonderful addition to soil and helps our gardens grow better. You and your garden plants can benefit even more by using compost tea.

By using compost tea to replace chemical-based fertilizers, pesticides, and fungicides, you can garden safer and be more protective of the environment. Compost tea:

  • Increases plant growth
  • Provides nutrients to plants and soil
  • Provides beneficial organisms
  • Helps to supress diseases
  • Replaces toxic garden chemicals
equipment and ingredients to make compost tea

Supplies needed:

  • 2 - 5 gallon buckets
  • 1 gallon mature compost
  • 1 aquarium pump
  • 1 gang valve (to divide the air supply into several streams)
  • 4 gallons of water
  • 3 feet + of aquarium hose
  • unsulfured molasses
connect tubing to valves
Attach 3 separate pieces of hose at least 12" long to the gang valve.
put tubing into pail
Place the gang valve onto the bucket and make sure the hoses reach the bottom of the bucket.

compost added to pail
Add your finished compost and make sure the ends of the hoses are covered.
water added to pail
Add the water, filling the bucket to within 6 inches of the top. (If you are using water from a public water source, run the pump and bubble air through the water for at least an hour before adding the water to the compost. This allows any chlorine to evaporate. Chlorine can kill beneficial organisms in the tea.)
molases poured into pail
Add 1 once of unsulfured molasses to provide a food source for the beneficial microorganisms.
air bubbling through mixture
Turn on the aquarium pump and let the mixture brew for 2-3 days. Stir the brew occasionally to help mix the compost and separate the microorganisms from the solid compost particles.

pouring tea through strainer

After brewing the mixture, you need to strain the tea. Use cheesecloth and strain the tea/compost mixture into another bucket. (You can put the compost solids back into the compost pile or in the garden.)

The tea should smell sweet and earthy. If it smells bad, do not use it on your plants, but dump the mixture back into your compost pile.

pouring tea into watering can
Apply the compost tea to your flower and vegetable plants immediately. The beneficial microbes will begin to die shortly after the air source is removed.
watering garden plants with compost tea
You can sprinkle the compost tea onto the foliage and the soil around each plant. The tea will provide nutrients and an energy boost to your garden plants. You can apply compost tea every two weeks to your garden.

Sunday, January 24, 2010

Saturday, January 23, 2010

COMPOST

COMPOST TEA

COMPOST TEA

COMPOST TEA RECIPE

Making compost tea is simple. All you'll need are a few items to create the appropriate "brewing" atmosphere, mature compost, and a few other ingredients. You can also purchase a ready-made compost tea kit from gardensalive.com. You'll need roughly 1 quart tea per 1,000 square feet.

Tools and Materials
About 2 gallons mature compost
About 3 gallons water (it's important that there is no chlorine in the water)
1 ounce unsulfured molasses
5-gallon bucket
An aquarium pump that can run three air stones (this helps aerate the brew to add oxygen that microbes need to multiply)
Gang valve
Three bubblers (also called air stones, or the tubing that "bubbles" the air)

Compost Tea How-To
1. Half fill the bucket with compost and then add water (unfiltered water contains chlorine, which will kill the bacteria you are trying to build up). Attach each end of three pieces of the tubing to the pump and to the gang valve. Assemble the aquarium pump so that the three bubblers are buried at the bottom of the compost.

2. Add some unsulfured molasses, which feeds and helps beneficial bacteria to grow. Stir several times a day.

3. After three days, strain the compost using a pillowcase or tea towel into another bucket. This should leave about 2 1/2 gallons of tea, which can be sprayed onto plant leaves or applied to the soil. Either way, it will help protect the plants from disease and increase the amount of nutrients in the soil. It can also be regularly sprayed across your lawn to enrich the soil for grass growth.

BUAH AJAIB

Buah herba

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my


Sweet berry sesuai ditanam di laman kediaman.

Rasa manis buah ajaib melekat pada lidah untuk tempoh sehingga tiga jam

SEJAK kebelakangan ini, ramai yang beralih mengambil makanan tambahan daripada herba kerana dijamin selamat dan tidak memberikan kesan sampingan. Pelbagai herba baru muncul di pasaran walaupun tumbuhan berkenaan sebenarnya sudah lama wujud dan dijadikan ramuan sebagai makanan kesihatan.

Sweet berry yang digelar buah ajaib atau "miracles berry" yang berasal dari Afrika Selatan adalah antara herba yang semakin mendapat tempat.

Mendapat nama daripada keunikan rasa buahnya yang manis serta bertahan selama dua hingga tiga jam selepas memakannya. Sebarang makanan atau minuman yang masam, jika dimakan dalam tempoh dua hingga tiga jam akan berasa manis kerana rasa manis "sweet berry" ini melekat pada lidah.

Pokok yang dikategorikan sebagai tumbuhan liar ini mempunyai daun yang lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya bersaiz kecil seperti biji kopi, namun sedikit lonjong, dan biasanya bertukar warna merah apabila matang.

Tinggi pokok boleh mencecah sehingga 6.1 meter dan ia ditemui hidup meliar di kawasan hutan di benua Afrika iaitu di Ghana dan Nigeria.

Buah Sweet berry kecil seperti biji kopi.

Pokok ini mula didokumenkan pengkaji Chevalier des Marchais yang melakukan kajian mengenai tumbuhan di barat benua Afrika. Dalam kajiannya itu, Marchais mendapati masyarakat setempat selalu mengunyah buah ajaib sebelum makan hidangan mereka.

Selepas diselidiki, beliau mendapati buah berkenaan meninggalkan rasa manis dan ia kekal sehingga tiga empat jam walaupun selepas memakan makanan masam.

Buah ajaib mempunyai rasa yang manis namun kandungan gulanya tidak memudaratkan kesihatan. Gulanya mengandungi protein miraculin yang merangsang deria rasa manis pada lidah, ia dapat mengubah rasa masam walaupun rasa cuka sekalipun.

Pokok ini mudah untuk ditanam dan sesuai dengan cuaca di negara ini. Buah ajaib memerlukan air dan matahari yang banyak sepanjang tahun.

Kadar pH tanah yang sesuai bagi penanaman pokok ini ialah 4.5 hingga 5.8, dan pokok sukakan tanah yang sedikit lembap dan biasanya akan berbuah selepas setahun ditanam.

Pokok ‘sweet berry’ mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Contohnya daunnya digunakan untuk mengubati sakit gigi, manakala untuk penghidap kencing manis, mereka perlu memakan tiga helai daunnya setiap hari dan dipercayai boleh mengurangkan kadar gula yang tinggi dalam darah.

Selain itu, dikatakan daun buah ajaib sesuai dimakan apabila tidak sedap badan seperti hendak demam. Rasa daunnya agak pahit dan sedikit pedas.

Selain mujarab dan mempunyai banyak khasiat, pokok ini sesuai dijadikan bonsai dan pokok pagaran bagi menghias kediaman.

Oleh kerana ia mempunyai khasiat yang banyak, harga pokok sweet berry yang sedang berbuah lebat mencecah RM500, manakala anak pokok biasanya dijual pada harga RM20 hingga RM80 bergantung kepada saiz.

Fakta:

  • Nama: Miracle Berry, Miracle Fruit, Sweet Berry

  • Nama Saintifik: Synsepalum dulcificum

  • Buah ini menjadi isu hangat dalam industri makanan di Amerika Syarikat pada 1970 apabila ada usaha mahu menjadikannya bahan gula gantian, malah sehingga kini Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat hanya melabelkan sweet berry sebagai makanan tambahan bukannya gula.

  • Di Jepun buah ini popular di kalangan pesakit diabetis dan mereka yang mengikut program penurunan berat badan.

  • Selain dimakan, buah ini boleh didapati dalam bentuk yang dikeringkan dan diproses menjadi pil yang lebih mudah disimpan. Buah ajaib kering sangat popular untuk jualan melalui internet.
  • Friday, January 22, 2010

    BIRI-BIRI MANX LOAGHTAN

    RUMPUT KERING (HAY)

    HAY
    (RUMPUT KERING)
    square bales hay


    square
    bales hay
    Timothy

    square
    bales hay


    round bales hay


    round bales hay


    local round bales hay






    Rumput kering ialah rumput yang diotong dan dijemur hingga kandungan airnya dalam lingkungan 12 - 14 %. Rumput kering ini boleh disimpan beberapa lama dan dikekalkan mutunya.
    Pengunaan jentera untuk memotong dan membuat rumput kering telah lama dijalankan di ladang- ladang ternakan. Cara ini agak sukar dipraktikkan dikawasan penternak kecil kerana kawasan yang kecil dan tidak setempat. Oleh yang demikian pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mengalakkan penternak-penternak menanam rumput secara kecilan (homeplot) dan jika terdapat hasil rumput berlebihan, penternak-penternak disyorkan membuat rumput kering sendiri dengan menjemurnya mengunakan cahaya suria.


    Faedah rumput kering (Hay)

    • Menyediakan makanan yang berkualiti dan bahan kering yang terjamin kesediaanya

    • Boleh disimpan lama sekiranya disimpan ditempat yang sesuai

    • Senang diangkut dan digunakan.



    Untuk membuat rumput kering yang berkualiti, rumput yang digunakan mestilah:-

    • Segar dan bebas dari rumpai

    • Di potong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbunga)

    • Hendaklah dikeringkan (kandungan air 12-14 %)

    Jadual Nilai Pemakanan Rumput Segar dan Silaj

    Jenis Rumput

    Jumlah Nutrien Terhadam

    Protein Kasar (%)

    Kehadaman Protein Kasar (%)

    Rumput Napier Segar 53.3 8.7 60.5
    Silaj Rumput Napier 52.8 7.2 41.0
    Rumput Guinea Segar 50.8 9.0 51.7
    Silaj Rumput Guinea 45.8 5.7 32.3



    Purata bahan kering dan nilai analisis proksimat rumput kering yang disimpan untuk beberapa jangkat waktu

    Jangka waktu penyimpan(bulan) Bahan Kering % Protein Kasar % Gentian Kasar % Lemak Kasar % Jumlah Abu % Ekstrak Tanpa 'N' %
    2 79.18 10.26 31.41 1.42 6.56 41.05
    4 74.45 10.48 34.85 1.16 9.08 43.93
    6 90.57 11.36 37.91 1.17 3.35 41.21
    8 90.57 10.56 35.01 0.97 8.01 45.45
    10 89.34 11.03 36.53 0.96 7.33 44.15
    12 87.34 9.20 33.08 1.02 7.01 49.69

    Sunday, January 17, 2010

    PEKASAM KELI

    UTARA

    ARKIB : 24/02/2009

    Pekasam keli untung berganda


    PEKERJA mengisi ikan keli pekasam ke dalam bungkusan sebelum dipasarkan. - UTUSAN/FAIZAL ABU HASSAN


    ARAU 23 Feb. - 'Bakti disemai, bukti dituai'. Pepatah ini elok benar dipadankan dengan Pertubuhan Peladang Kawasan A1 (PPK A1), Guar Sanji, di sini.

    Apa tidaknya, bakti yang ditabur oleh PPK itu kepada seluruh ahlinya menerusi projek ikan pekasam ternyata telah membuahkan hasil.

    Mulai tahun 2006, PPK A1 melancarkan projek pekasam ikan talapia dan mulai Januari lalu pula maju setapak lagi dengan projek terkini sempena azam baru tahun 2009.

    Kali ini, pekasam ikan keli pula yang dijuruskan setelah mendapati projek perintisnya iaitu pekasam talapia ternyata membawa pulangan berganda.

    Projek ini terbukti bukan sahaja memberi 'wang saku' atau pendapatan sampingan kepada keluarga PPK, tetapi membuka satu lagi industri hiliran berasaskan bahan mentah tempatan di kawasan itu sendiri.

    Pegawai Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Hasfa Azian Zakaria memberitahu, projek pekasam ikan keli itu bertujuan membantu ahli PPK A1 menokok pendapatan bulanan.

    Projek itu katanya, dibuat selaras dengan matlamat PPK A1 yang memberi tumpuan kepada industri asas tani yang menjadikan ikan sebagai bahan mentah utama.

    Di bawah projek tersebut, beliau menyatakan, sehingga kini pihaknya memproses kira-kira 100 hingga 200 kilogram ikan keli seminggu untuk pekasam.

    ''Bekalan ikan dibeli daripada tiga penternak yang terdiri daripada ahli PPK ini sendiri," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.

    Beliau memberi contoh, "Kami membelanjakan RM900 untuk menghasilkan 60 kilogram pekasam ikan keli yang dijual RM20 sekilogram."

    Hasfa Azian memberitahu lagi, setelah ditolak perbelanjaan berkaitan, PPK A1 mencatat keuntungan RM300 bagi setiap 100 kilogram ikan keli mentah.

    Kata beliau lagi, selain pekasam ikan keli, pihaknya juga menghasilkan serunding ikan yang sama dan meraih keuntungan RM300 bagi setiap 100 kilogram ikan.

    Beliau menyatakan, projek industri hiliran itu benar-benar berjaya kerana keuntungan diterima secara terus oleh keluarga PPK itu sendiri.

    ''Ini kerana, bekalan ikan kami peroleh daripada penternak yang terdiri daripada ahli PPK A1. Kerja-kerja menghasilkan pekasam dan serunding itu pula dibuat oleh isteri dan anak ahli PPK ini sendiri," ujarnya.

    Pendek kata, bermula dari bahan mentah, kemudian ke peringkat memproses dan memasarkannya, ia dilaksanakan tanpa khidmat orang tengah.

    Wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia turut dihidangkan dengan juadah pekasam ikan keli semasa membuat liputan berita ini.

    Hidangan yang disajikan berupa pulut yang dimakan bersama kelapa parut dan ikan keli pekasam goreng.

    Rasanya selazat makanan yang cukup popular di Kelantan iaitu 'pulut ikan kering' (PIK).

    Apabila Hasfa Azian ditanya berhubung resipi pekasam ikan keli itu pula, beliau secara berseloroh mengaitkannya dengan lagu Siti Nurhaliza iaitu Biarlah Rahsia.

    HASIL LUMAYAN

    SELATAN

    ARKIB : 30/06/2009

    Hasil udang galah ditingkat


    Yunus Rahmat (kanan) bersama penternak menyaksikan hasil tuaian Projek Ternakan Udang Galah Kolam Kelompok, Kampung Gunung Pasir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID


    KUALA PILAH 29 Jun - Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan pengeluaran udang galah sehingga 200 tan metrik pada hujung tahun ini dalam usaha memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar negara.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha itu selari dengan matlamat meningkatkan sehingga 20 peratus produktiviti bagi setiap sektor di negeri ini.

    "Bagi meningkatkan hasil udang galah, di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kerajaan merancang mewujudkan satu atau tiga pusat pembenihan udang galah bagi setiap daerah bagi memenuhi permintaan udang," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Projek Ternakan Udang Galah Kolam Kelompok, Kampung Gunung Pasir di sini, baru-baru ini.

    Tambahnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Jabatan Perikanan negeri merekodkan kira-kira 150 tan metrik hasil udang galah.

    "Tiga buah daerah utama iaitu Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah merupakan kawasan yang mengeluarkan hasil udang yang tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan eksport," jelasnya.

    Beliau memberitahu, bidang ternakan udang galah semakin mendapat perhatian di kalangan penduduk kampung termasuk golongan belia sebagai salah satu sumber pendapatan yang menjanjikan hasil lumayan.

    "Harga pasaran udang galah pada masa kini ialah RM40 hingga RM50 satu kilogram.

    ''Jadi bukan sesuatu yang menghairankan jika penternak mampu meraih pendapatan yang lumayan daripadanya," katanya.

    Yunus berkata, bagi menarik minat penglibatan usahawan menjalankan ternakan udang galah, kerajaan memberi insentif RM1.58 setiap kilogram bagi satu tan metrik udang dikeluarkan.

    "Ini bermakna setiap 1 tan metrik penternak mendapat intensif sebanyak RM1,580.

    ''Kerajaan menerusi Jabatan Perikanan negeri juga memberi khidmat nasihat, kemahiran dan kursus asas menternak undang bagi meningkatkan pengetahuan penternak untuk menternak dengan cara betul," katanya.

    Friday, January 15, 2010

    PENJANA KEKAYAAN

    AGROBIZ

    ARKIB : 15/01/2010

    Industri tani penjana kekayaan


    Kejayaan Ahmat Termizi Dollah Kusni dan isterinya, Jamirah membuktikan industri asas tani melahirkan usahawan berjaya.


    Dengan hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu.

    Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah suatu perniagaan.

    Menurut Ahmat Termizi, beliau mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada tahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi.

    "Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika saya terpaksa menjadi pemandu lori," katanya ketika ditemui di kilang syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd di Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.

    Nasibnya mula berubah apabila beliau menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd pada tahun 1996.

    Ahmat Termizi, Pengarah Urusan syarikat itu, berkata, hari ini beliau mempunyai beberapa lagi anak syarikat iaitu Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn Bhd dan Gemba Marketing Sdn. Bhd.

    Pada tahun 2004 syarikat itu mendapat Sijil Amalan Baik Ladang (GAP) dari Jabatan Pertanian sekali gus membuka lembaran baru untuk terus berkembang dalam perusahaan kerepek ubi kayu.

    PENGALAMAN 20 TAHUN

    "Selepas 20 tahun saya bekerja keras, akhirnya saya berjaya menembusi pasaran luar dan hari ini hampir 20 peratus daripada keluaran kilang saya seperti kerepek ubi dipasarkan di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Dubai dan Vietnam," katanya.

    Ketika ini kilangnya, yang mempunyai kira-kira 20 pekerja tetap, mampu menghasilkan tiga tan kerepek ubi kayu sehari. Menurut Ahmat, buat masa ini jualan kerepek ubi kayunya dengan jenama Agro Chips mencecah RM5 juta setahun iaitu 80 peratus untuk pasaran tempatan manakala selebihnya untuk pasaran luar negara.

    TERNAK KAMBING

    Sementara itu seorang lagi pengusaha, Mahathir Talib, 35, yang terbabit dalam bidang ternakan kambing secara komersil di Kampung Ulu Melaka, Alor Gajah, Melaka berkata beliau yakin sektor pertanian boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan jika bijak menggunakan peluang yang disediakan kerajaan.

    Katanya potensi sektor penternakan sememangnya amat luas dan masih banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sektor itu.

    "Melihat kepada potensi ini saya nekad menubuhkan syarikat MP Livestock di Kampung Ulu Melaka Pindah yang mengusahakan penternakan kambing, bebiri, lembu dan kerbau," katanya ketika ditemui di ladangnya.

    Beliau berkata pada permulaan operasi beliau mempunyai 60 ekor baka betina dan lima ekor baka jantan daripada pelbagai jenis baka kambing seperti Jamnapari, Boer, Rubian, kampung (katjang), Sanean serta bebiri Barbados, Lonte dan Malin.

    Menurutnya ketika ini syarikatnya menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat pembekal baka kambing di Malaysia selain membekalkan daging kambing segar.

    Mahathir berkata hari ini kambing yang diternaknya berjumlah 400 ekor dan syarikatnya mampu membekalkan 800kg daging kambing segar setiap minggu.

    "Harga kambing ketika ini memang baik dan saya mampu menjual pada harga sekitar RM450 hingga RM1,800 seekor bergantung dengan berat dan baka kambing," katanya.

    Beliau kini mempunyai kandang bersaiz kira-kira 93 meter panjang and 10 meter lebar di Kampung Ulu Melaka Pindah.

    TIDAK PUTUS ASA

    Bagi Othman Abu Hassan, 50, dari Kampung Panchor, Durian Tunggal Melaka walaupun bidang penternakan merupakan satu kerja yang mencabar, beliau tidak pernah berputus asa kerana yakin bidang ini boleh menjadi sumber rezeki utama jika diusahakan dengan cara yang betul.

    Bermula awal tahun 2004 dengan modal RM1,000 Othman membeli empat ekor kambing kampung dan pada pertengahan tahun, beliau membeli lagi 15 ekor kambing kampung berharga RM3,000.

    Setahun kemudian beliau mula membeli lembu pula. Bermula dengan empat ekor dengan modal RM3,200, beliau menambahnya kepada 51 ekor dengan modal RM75,000.

    Kata Othman, cabaran utama dalam penternakan ialah masalah penyakit dan jika ia berlaku pastinya kerugian besar yang terpaksa ditanggung bila ternakan mati dalam jumlah yang besar.

    "Setakat ini saya mempunyai 140 ekor lembu manakala kambing berjumlah 170 ekor," katanya.

    Kebanyakan binatang ternakannya diberi makanan dedak yang dicampur dengan daun kelapa sawit, rumput, gula merah dan sagu rumbia, katanya.

    Wednesday, January 13, 2010

    KENALI KAMBING BRITISH ALPINE & ANGLO NUBIAN

    KAMBING BRITISH ALPINE

    KENALI KAMBING BRITISH ALPINE

    Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul. Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. British Alpine berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.Tinggi yang ideal adalah 83 sm untuk Doe dan 95 sm untuk Buck.


    KAMBING ANGLO NUBIAN

    KENALI ANGLO NUBIAN

    Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.

    Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu .

    Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

    KENALI KAMBING TOGGERNBURG

    KAMBING TOGGENBURG

    KENALI TOGGENBURG

    Toggenburg juga berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland.

    Kambing susu yang amat popular selepas Saanen terutama di Amerika Syarikat. Togs merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan 90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.

    KENALI KAMBING SAANEN

    KAMBING SAANEN

    KENALI KAMBING SAANEN (TENUSU)
    Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).

    Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.

    Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.

    KENALI KAMBING JAMNAPARI

    KAMBING JAMNAPARI

    KENALI JAMNAPARI

    Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena diMadhyaPradesh.

    Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah tulin (fullblood) *****a terdapat di 80 buah kampung di pinggiran Batpura dan Chakar Nagar di daerah Etawa. Jamnapari tulin (Fullblood) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah Jamna dan Chambal).

    Jamnapari bersaiz besar. Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan. Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.

    PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia . Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawahdan kambing Kacang.

    Jamnapari mula di impot ke Indonesia dari daerah Etawa, India sejak 1953. Tetapi dipercayai sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar 1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas – diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.

    Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan Kambing Jawa dan di namakan Kaplo (Kaploh), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando (Jawa Randu / Jawarandu) dll. yang merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging . Saiz nya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13 juta ekor populasi kambing (PE, Kacang, Kambing Jawa, Jawarandu, Kaplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica (Sulawesi), Kambing gembrong (Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian) dan 3 - 4 juta ekor bebiri/domba (Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung , Domba Ekor Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly )- Maklumat berdasarkan perbincangan penulis dengan Balai Penelitian Ternak , Bogor.

    Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat tahun 2000 , dianggarkan Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720 juta ekor keseluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa atau 8,783,890 ekor. Diluar Jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah ; Sumatera Utara ( 924,780 ekor), Lampung (747,806 ekor), Aceh ( 681,823 ekor), Sulawesi Selatan (522,267 ekor), dan Sumatera Selatan (493,057 ekor).

    PE banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo (Jateng), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Sleman (Yogyakarta). Kambing PE juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah.

    KENALI KAMBING KATJANG

    KAMBING KATJANG

    KENALI KAMBING KATJANG

    Kambing Kacang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.

    Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.

    Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar.

    Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).

    KENALI BOER

    KAMBING BOEER

    KENALI BOER

    Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.

    Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).

    Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehaziran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

    Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html

    Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi.

    Ringkasan Ciri-ciri Boer

    * Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika
    * Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu
    * Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah
    * Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher
    * Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.

    IKAN BERNILAI TINGGI

    SELATAN

    ARKIB : 12/01/2010

    Haruan bodoh bernilai tinggi


    IKAN ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan biasa.


    MELAKA 11 Jan. - Setiap kali mendengar nama ikan ketutu pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut.

    Mungkin ada antara anak muda kini yang langsung tidak mengetahui kewujudan ikan itu yang nama saintifiknya ialah marbled goby.

    Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

    Namun begitu di sebalik bentuk fizikalnya yang 'menggerunkan', ketutu merupakan salah satu ikan ternakan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

    Menyedari perkara ini, Aquaculture Technology Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menternak ikan ketutu dan sejak beroperasi tiga tahun lalu, syarikat tersebut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai kolam ternakan ikan ketutu terbesar di negeri ini.

    Memiliki sebanyak tujuh buah kolam utama yang terletak di Tiang Dua, Jasin di sini, Aquaculture Technology merupakan anak angkat kepada Jabatan Perikanan negeri telah menternak lebih daripada 1,000 ekor ikan tersebut.

    Pengusahanya, Ng Swee Lui berkata, sejak bergiat dalam ternakan ikan ketutu, perusahaan tersebut terbukti mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalam negara malah luar negara.

    Setakat ini, katanya, ketutu ternakannya sudah berjaya menembusi pasaran Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan beberapa negara Eropah.

    ''Saya memulakan bidang ternakan ini sejak tiga tahun lalu dan di kawasan ini sahaja mengandungi tujuh buah kolam yang dibina dengan perbelanjaan sendiri berjumlah RM1.2 juta.

    ''Selain itu, saya turut memiliki 30 buah kolam ternakan ikan ketutu dan beberapa jenis ikan hiasan di sekitar Alor Gajah," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

    Kata Swee Lui, baru-baru ini pihaknya menerima permintaan dari luar negara yang mengharapkan bekalan sebanyak empat tan ketutu sebulan, namun malangnya pihaknya hanya mampu membekalkan dua tan sebulan.

    Menurutnya lagi, ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang 'pendiam' pada waktu siang namun aktif pada waktu malam.

    ''Ikan ini mampu membesar sehingga 50 sentimeter dan mencapai berat sehingga dua kilogram dalam masa dua tahun," katanya.

    Beliau berkata, ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai usia setahun dan harga pasarannya kini untuk setiap kilogram adalah sekitar RM80 hingga RM95.

    ''Di restoran, ia biasa dijual pada harga mencecah RM120 sekilogram dan kulitnya yang kehitaman serta berwarna sedikit coklat amat enak bagi masakan stim.

    ''Ia menjadi makanan utama bagi mereka yang menggemari makanan laut dan sehingga kini ikan ketutu mempunyai pasaran yang tinggi jika dijual di restoran makanan laut," katanya.

    Menceritakan pengalamannya sepanjang menternak ikan ketutu Swee Lui berkata, selain memerlukan modal yang tinggi, ikan berkenaan juga tidak terlepas daripada masalah seperti serangan penyakit.

    "Jika ada sesiapa yang berminat, perlu mendalami pengetahuan mengenai ikan ini sebelum memulakan ternakan.

    "Bukan mudah untuk menternak spesies ikan ini dan masalah yang besar ialah apabila ikan diserang penyakit.

    ''Saya banyak belajar daripada kesilapan sebelum berada pada tahap ini," katanya.

    TAMAN MARDI

    UTARA

    ARKIB : 08/12/2009

    Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi dinaik taraf


    Hassim Mat melihat buah anggur yang menjadi tarikan baru kepada pelancong tempatan di Taman Agro Teknologi Mardi di Langkawi, semalam. - BERNAMA


    LANGKAWI 7 Dis. - Taman Agro Teknologi Mardi Langkawi, merupakan antara produk pelancongan yang sedang dinaik taraf bagi projek pembangunan prasarana pelancongan di pulau peranginan itu.

    Pengurus Stesen Mardi Langkawi, Hassim Mat berkata, menara tinjau, dewan terbuka, pembangunan hutan tropika untuk tarikan ekopelancongan, pondok rehat serta laluan siar kaki adalah antara projek yang sedang dilaksanakan di taman berkenaan.

    "Taman itu mempunyai keluasan lebih 25 hektar mula dibangunkan sebagai stesen penyelidikan pada Ogos 1990 dan dikenali sebagai Taman Agro Teknologi pada Julai 2005," katanya di sini.

    Beliau berkata, pelancong yang berkunjung ke taman itu berpeluang melawat serta memetik sendiri buah-buahan yang ditanam Mardi.

    Kedatangan pelancong ke taman itu meningkat kepada 32,000 orang dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding 25,000 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu, katanya.

    Hassim berkata, pelancong luar negara seperti dari Eropah, Australia, India serta Timur Tengah adalah antara pengunjung asing yang mengunjungi taman itu.

    "Taman itu mempunyai visi untuk menjadi destinasi pelancongan teknologi pertanian yang tersohor dan bertaraf antarabangsa, selain itu menjadi pusat pembelajaran serta pemindahan teknologi pertanian, menggalakkan aktiviti agro pelancongan berasas teknologi.

    "Pada masa ini, taman itu turut dibangunkan sebagai destinasi agro pelancongan yang mempunyai lebih 20 jenis buah-buahan bermusim seperti rambutan, belimbing, jambu, nanas, durian, ciku, mangga, betik dan limau," katanya. - BERNAMA

    USAHAWAN UDANG GALAH

    SELATAN

    ARKIB : 10/04/2009

    Usahawan muda udang galah


    A. FADZIL Zainun (kiri) dan rakan-rakan kongsinya, Mohd. Radzi Yusoff (tengah), Syaiful Nazwan Izati (dua dari kanan) dan Azlan Azmin (kanan) menunjukkan udang galah yang baru dituai di kolam TrueAqua Enterprise, Kampung Ulu Bendul, Kuala Pilah, baru-baru ini. - UTUSAN/HUSSAINI AMRAN


    KUALA PILAH 9 April - Setiap insan yang bergelar siswazah pasti mengimpikan pekerjaan yang sesuai dengan tahap kelulusan masing-masing sama ada di sektor awam atau swasta.

    Bagi yang telah membina karier yang stabil, sudah tentu agak keberatan untuk meletakkan jawatan semata-mata kerana ingin menceburi bidang keusahawanan yang penuh cabaran dan risiko lebih-lebih lagi dalam suasana kelembapan ekonomi global.

    Namun, lain pula kisahnya empat anak muda lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang nekad meninggalkan pekerjaan masing-masing di sektor swasta untuk mengusahakan ternakan udang galah air tawar.

    Dengan modal permulaan sebanyak RM50,000 hasil simpanan sendiri, A. Fadzil Zainun, 30, Azlan Azmin, 30, Syaiful Nazwan Izati, 27, dan Mohd. Radzi Yusoff, 27, menubuhkan TrueAqua Enterprise pada Oktober 2007 bagi menguruskan tiga kolam ternakan udang galah di Kampung Ulu Bendul dekat sini.

    Kini sebanyak 10 kolam udang galah beroperasi di kawasan seluas 0.1 hektar manakala tujuh kolam lagi dalam proses penyediaan.

    Menurut Fadzil, pada mulanya dia berasa kurang selesa kerana terpaksa bergelumang dalam selut dan 'bertarung' dengan pacat yang sentiasa mencari peluang menghisap darah dari tubuhnya.

    ''Lama-kelamaan, alah bisa tegal biasa. Segala penat lelah hilang apabila melihat udang galah segar yang baru dituai dari kolam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Lulusan Sarjana Pengurusan Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) ini memberitahu, dia pernah bekerja selama lima tahun sebagai jurutera di sebuah syarikat automotif terkemuka di negara ini sebelum menceburi bidang penternakan udang galah.

    Fadzil yang merupakan anak jati Kampung Ulu Bendul menambah, kesemua kolam udang galah TrueAqua Enterprise disewa daripada penduduk setempat dengan kadar RM350 setahun bagi setiap kolam.

    Jelasnya, pada masa ini, kira-kira 500 kilogram udang galah dituai dari kolam TrueAqua Enterprise setiap bulan dengan anggaran nilai pasaran RM20,000.

    ''Sehingga kini, kolam milik TrueAqua Enterprise telah mengeluarkan kira-kira empat tan udang galah dan sebahagian besarnya dijual kepada pengusaha kolam pancing di sekitar negeri ini, Perak serta Johor.

    ''Kami menyasarkan pengeluaran udang galah sebanyak lima tan sebulan menjelang 2012 bagi membolehkan TrueAqua Enterprise mengembangkan sayap ke pasaran global," ujar Fadzil.

    Dalam pada itu, Azlan berkata, Jabatan Perikanan negeri memberi bantuan sebanyak RM30,000 kepada syarikatnya pada tahun lalu.

    Dia yang memiliki enam tahun pengalaman bekerja sebagai seorang jurutera di dua syarikat gergasi dalam bidang elektronik dan automotif menjelaskan, peruntukan berkenaan adalah untuk pembersihan parit buangan, pembelian peralatan, penyelenggaraan, makanan serta benih udang galah sebanyak 150,000 ekor.

    ''Di samping itu, TrueAqua Enterprise turut menerima khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan negeri," ujarnya yang juga pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

    Sementara itu, menurut Syaiful Nazwan, dia dan tiga rakan kongsi yang lain pernah hampir putus asa setelah banjir kilat melanda kawasan kolam ternakan udang galah TrueAqua Enterprise pada penghujung tahun 2007 dan mengakibatkan kerugian kira-kira RM30,000.

    Ujar lulusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, mereka berempat kemudian reda dengan bencana tersebut dan menguatkan semangat untuk bangkit semula.

    Dia yang pernah bekerja selama empat tahun di sebuah syarikat automotif berkata, selain semangat cekal pemilik-pemiliknya, sokongan padu daripada keluarga merupakan antara faktor lain yang banyak membantu TrueAqua Enterprise terus bertahan sehingga hari ini.