Thursday, December 31, 2009

EM.1


Apa itu EM-1 ?

EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.

Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario. Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar.

Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.

EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.

EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.

Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar.

Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani. EM juga digunakan dalam;

Dalam Rumah


Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
Membantu menghalau serangga
Membasuh lantai

Pertanian

Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
Sebagai baja untuk tanaman
Memulih tanah yang· bermasalah
Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos

Lonkang/Sungai
Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk


Penggunaan EM pada pokok Gaharu :


# Mempercepatkan pertumbuhan
# Mengawal serangga perosak semasa anak pokok masih kecil
# Anti Kulat
# Mengawal selia kesuburan tanah.

PROSES MENGAKTIFKAN EM-1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :


i. EM-1
ii. Gula Merah / Molases
iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )
iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup

Nisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih

Langkah 1

Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.

Langkah 2

Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.

Langkah 3

Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.

Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.

Langkah 4

Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.

EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.

Langkah 5

Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.

Langkah 6

Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.

Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).

Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :

1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.

EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.

EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.


MyAgro-Vet Trading menawarkan 1 set Efektif Mikrob ( EM.1 ) berharga RM 38.00 yang mengandungi :

i. 1 liter EM.1
ii. 1 liter molases
iii. 1 unit botol penyukat 100 ml.
iv. Nota Penggunaan EM.1.
v. CD Panduan Aplikasi EM dalam Penternakan, Pertanian, Perikanan & Penjagaan Alam Sekitar

ATAU 1L EM-1 dengan harga RM25 sahaja.

Wednesday, December 30, 2009

PENGGUNA PROBAC @ EM

Penggunaannya mewujudkan pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) sesuai kepada semua kehidupan.

Probac / biotik @ Effective Microorganisms (EM) ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.

Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.

Fungsi dan kebaikan Bakteria

  • Mengikat nitrogen di atmosfera.
  • Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
  • Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
  • Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
  • Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
  • Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
  • Complexation of heavy metals to limit plant uptake
  • Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
  • Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah

Contoh: Kebaikan EM dalam bidang pertanian

  • Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
  • Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
  • Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
  • Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak

Berdasarkan kepada perkara-perkara diatas dan kesan kebaikan EM,hasil dan kualiti tanaman adalah bertambah baik.
EM bukan hanya untuk pertanian malahan lebih luas dari itu dan contoh diatas sekadar menyebutkan kebaikan EM dalam bidang pertanian.

JENIS KEKERAPAN KADAR
Rawatan biji benih Rendam sehari sebelum tanam 1:10000
Rawatan bau 2x seminggu 1:50
Rawatan tanah 4@8 rawatan setahun 5 gelen per ekar atau
465ml / 1000 kps 3
Semburan tanaman musim/tahunan (foliar spray) Setiap 2@6 minggu 1:500-750
Semburan tanaman pokok Setiap 2@6 minggu 1: 100 – 1: 250
Tanaman penutup bumi/turf Sebelum tanaman 3 gelen se ekar atau
1:100
Rumah kaca/tanaman pasu(potting) Tiap penyediaan 60ml/20kg tanah atau 1:250
Kompos Semasa penyediaan 1.5 gelen/30kps3
Pad penyejukan(closed system) Semasa penggunaan 1:1000
Semburan kandang/reban ternakan setiap 7@10hari 1:50-100
Minuman ternakan ayam setiap 7@10hari 1:200
Hidupan air/ikan (kolam) Mingguan/Sepusingan 1:7000 -10000
Tanaman cendawan Bancuhan media 1:500

Keterangan lebih lanjut tentang B EMS

EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.


EM dalam tasik, kolam, air pancuran dan akuarium.


Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.

Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.

Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM(probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM(probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik(sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang.Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.
EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.

Labels: air pancuran, akuarium, rawatan air, rawatan kolam, rawatan tasik


Konsep EM dan bagaimana EM bekerja

Konsep EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran.
Bakteria aerobik(oksigen),heterotropik(oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik(tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian(fermentation/oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik/heterotropik/anaerobik akan menghasilkanmolekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding kepada proses pembusukan(putrefaction) oleh bakteria heterotropik/anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya.
EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.


EM Activated Solution (EMAS)

Selain daripada buat sendiri, kebiasaan rakyat Malaysia membeli EM1 daripada pengedar-pengedar. Apa yang anda boleh lakukan ialah mencairkannya kepada Em activated solution ataupun EMAS. EMAS banyak sekali kegunaannya dalam kehidupan seharian.

dengan sebotol EM1, anda boleh menghasilkan 20L EMAS. tujuannya untuk memperbanyak populasi EM dan ia lebih menguntungkan pengguna.

Kaedahnya mudah, larutkan EM1 kedalam air dan tambahkan gula merah sama banyak dengan EM1. Formulanya ialah 1:1:18, yakni nisbah untuk 1liter EM1 : 1 liter molasses/gula merah : 18 liter air. Peram selama seminggu sebelum digunakan.

Cara penggunaannya amat mudah dan menguntungkan. Cuma larutkan 1:1000, iaitu 1 bahagian EMAS kepada setiap 1000 bahagian air. Boleh terus sembur kepada tumbuhan. atau diberi minum kepada ternakan. boleh spray pada tandas. atau mandikan haiwan peliharaan.

Untuk membuat insect repellant/EM5, tambahkan bahan aktif seperti halia, bawang, serai wangi, neem dalam 1:10. satu bhgn bahan aktif kepada setiap 10 bhgn EMAS.

APLIKASI EM DALAM TERNAKAN

Aplikasi EM Dalam Penternakan
Beberapa Cara Aplikasi BIOFAST/ EM Dalam Penternakan antara lain :
1. Air Minum
Campuran EM dengan konsentrasi ½ - 1% dalam air minum ternak, diberikan setiap hari. Hindari penggunaan antibiotika melalui minum agar EM tidak mati. Bersihkan bekas air minum dan tempat minum ternak setiap hari. Pathogen dalam saluran pencernaan dan ada pada tempat minum akan tertekan, ternak menjadi lebih sehat.

2. Makanan/Dedak
Semburkan EM pada makanan/Dedak yang segera akan diberikan, EM akan meresap dalam makanan/dedak dan masuk kesaluran pencernaan makanan bersama makanan.

3. Semburan Kandang
Sembur kandang, kotoran termasuk haiwan ternak perliharaan. Untuk menghindari bau busuk, menekan berbagai pathogen yang ada pada bulu dan kulit ternak, bulu atau kulit ternak akan lebih cerah dan bersih

4. Ubat Ternak
EM dapat dipergunakan untuk membuat Ubat ternak. Pada ternak ayam dan itik Ubat tenak dapat diberikan setiap hari dengan konsesntrasi 1 %, bila telah menggunakan Ubat ternak pemberian EM pada air minum tidak diperlukan lagi, peternak ayam dan itik membuat ubat sendiri dengan ramuan tradisional yang terdiri dari jahe, halia, kunyit, serai, bawang putih dan daun sirih. Bahan-bahan ini dipotong halus direndam/fermentasi dengan EM dan molase. Setelah seminggu ubat sudah siap dipakai. Bila diperhatikan dengan ubat ternak dari EM, kuning telur lebih tebal, bau amis berkurang sehingga sangat baik digunakan untuk telur asin. Orang - orang yang biasanya alergi telur, dengan telur EM tidak alergi lagi.

5. Silaj
Lembu, kerbau kambing telah biasa diberikan silaj larutan pada musim kemarau saat rumput juga sukar didapat. Em dapat digunakan sebagai probiotik pembuatan silaj, rumput kering, jerami, pohon jagung kering dan lain-lain dapat diolah menjadi makanan ternak dengan dipotong kecil-kecil terlebih dahulu, potongan rumput kering ini ditaruh dalam bekas drum atau tempat lain, ditaburi dedak halus dan disiram dengan EM sampai lembab dan dipadatkan. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar suasananya anaerob, setelah 5 hari adunan sudah berbau masam dan siap diberikan pada ternak. Kerana proses fermentasi, kandungan gizi silaj lebih tinggi dari asalnya dan dapat disimpan lebih lama untuk memenuhi seluruh bekas pada saat musim kemarau.

6.Dedak terpakai
Dedak terpakai dapat dilakukan pada peternakan ayam petelur, cara ini sangat membantu penternak pada saat harga telur menurun dan harga dedak naik. Pembuatanya cukup sederhana. Kotoran ayam dijemur kering, digiling dan dicampur dengan dedak, disiram dengan EM dan molase lalu difermentasikan dalam keadaan anaerob. Fermentasi hanya diperlukan 24 jam dan dedak ini dicampur dengan konsentrat lagi pada saat pemberian. kesan dapat dilihat sampai dengan 28 % dengan kesehatan dan produktifitas seperti semula.

Tuesday, December 29, 2009

GRADUAN UPM PETANI BERJAYA

Mohd. Shahrul lulusan UPM usahawan tani berjaya

Oleh OPAT RATTANACHOT
Utusan Malaysia, 13 Mei 2008

KULIM 12 Mei - Ketika rakan-rakan lain memilih kerja makan gaji selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), namun bagi Mohd. Shahrul Daud, dia lebih senang menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menceburi bidang usahawan tani.

Lulusan Diploma Pertanian yang berusia 25 tahun itu memilih untuk mengusahakan sembilan projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim.

Projek tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos.

Menurut Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.

''Saya menamatkan pengajian dari UPM pada tahun 2004. Apabila memikirkan ilmu yang dipelajari ketika menuntut di UPM, saya memberanikan diri berhenti kerja dan masuk ke bidang pertanian,'' katanya ketika ditemui di ladangnya, MND Agroternak Farm di Kampung Tok Rasul di sini hari ini.

Mohd. Shahrul memberitahu, bermodalkan duit gaji sebanyak RM2,400, dia mengambil keputusan membeli dua ekor lembu pedaging.

''Sekarang lembu pedaging daripada dua ekor, sudah bertambah kepada 45 ekor,'' katanya.


MOHD. Shahrul Daud bersama itik jawa dan lembu ternusu peliharaannya di Kampung Tok Rasul, Kulim, Kedah.

Katanya, tanpa berasa jemu, dia kemudian mencuba pula kaedah menternak lembu tenusu dan jumlahnya kini meningkat kepada 25 ekor.

''Dengan jumlah itu, ia cukup untuk menghasilkan 45 hingga 60 liter susu segar setiap hari, kini tidak pernah cukup kerana mendapat sambutan hangat dari restoran dan kedai-kedai sekitar kawasan ini,'' jelasnya.

Mohd. Shahrul yang pernah memenangi hadiah Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah 2007 dan Anugerah Belia Kedah 2007 (Wira Tani) berharap dapat menambah bekalan susu pada masa akan datang.

Sementara itu, Mohd. Shahrul turut menternak lebih 1,000 ekor itik jawa yang mampu menghasilkan telur kira-kira 750 butir sehari.

sultan kelantan

BERITA UTAMA

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan


Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.


KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.


Kelantan Royalty in news again
by Maria J.Dass and Alyaa Alhajri

PETALING JAYA, The Sun (Dec 28, 2009) : The Kelantan royalty is in the news again. A woman claiming to be the second wife of the Sultan of Kelantan Sultan Ismail Petra today alleged that she was prevented from visiting her husband who has been warded at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore since May 14.

In a signed statement faxed to the Press, Elia Suhana Ahmad said she and the Sultan were married on Dec 23, 2007 in the presence of family and palace officials, but things were kept under wraps for personal reasons.

Her wedding photograph, e-nikah card and documents from the religious department were e-mailed to theSun to prove their union.

Our call to a handphone number given in the statement was picked up by a man who claimed to be her spokesman but who refused to reveal his name. He said Elia Suhana was overseas and would only be back in “one or two days”.

Some photographers went to the address given in the statement but failed to meet her.

Her statement was issued in response to a Dec 21 report in the Malay Mail online titled “Police Ruckus in Royal Ward” which said palace police had helped her gain access to the Sultan.

Elia Suhana claimed that the Sultan’s consort, the Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid’s body guards had prevented her from visiting the Sultan.

The news report said royal guards sneaked “two unknown women” into the royal suite of the recovering Ruler at the hospital in the wee hours of the morning of Oct 8.

It also stated that some 20 royal guards, who are also police personnel, besieged the ward and allegedly insulted Tengku Anis.

Explaining what happened, Elia Suhana said: “My personal assistant and I went to visit the Sultan in the wee hours of that morning accompanied by palace police officials.

“The police report lodged by the Sultanah’s bodyguard — on orders of the prince Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry — stating that the police had brought in two female strangers into the ward is totally irrelevant,” she said.

“The Kelantan royalty generally knows of my existence, that I have no ill intention against the Sultan and that I have never ignored the palace officials,” Elia said.

She said police officers generally act on orders from their superiors and not individuals, thus their integrity in this matter should not be questioned unless those involved do not like the police’s methods of upholding justice.

The news report has put both the police and the Sultan in a bad light, she added.

Elia Suhana said: “As a lawful wife, it is my responsibility to be together with the Sultan, especially at a time when he is critically ill.

“Because of circumstances, I was unable to be with the Sultan throughout his stay at the hospital but managed to visit him a few times,” she said, adding that she chose to visit him at odd hours so as not to hurt the feelings of members of the royal family.

Elia Suhana said she had laid low up till now but had to go public because she had to clarify the news report.


I am Kelantan Sultan's second wife'

Monday, December 28th, 2009 13:20:00
Sultan of Kelantan

THE KING AND I? The picture that was emailed to The Malay Mail this morning

KUALA LUMPUR: One of the two women brought into the royal suite at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore is the second wife of the Sultan of Kelantan, Sultan Ismail Petra, it has been revealed.

A source close to the Kelantan palace confirmed this morning that the Sultan's second wife and her personal assistant had visited the ailing ruler.

The clarification quells suggestions of hanky-panky as a bodyguard of the Kelantan Raja Perempuan, Mohd Fadzli Awang, had alleged in his police report that the unknown women were sneaked into the ward after the video surveillance camera was covered with newspaper.

He had claimed that a bodyguard had brought the women before leaving the royal suite.

Mohd Fadzli had claimed that the same guard had returned with two men, one believed to be a Malaysian police inspector. The guard and the police officer, he had claimed in his report, waited outside the ward.

“The parties concerned then left the ward about two hours later. It is unknown what their intention was by coming to the ward at that hour,” he had claimed.

Mohd Fadzli Awang had also said the Sultan’s third son, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry, had ordered him to lodge a report for police to investigate and take appropriate action against the intruders.

The clarification on the women's status came after a Press statement, allegedly from the Sultan's second wife, was circulated via e-mail to the media, including The Malay Mail, this morning.

In the statement, accompanied by copies of the marriage certificate and marriage card, the sender claiming to be the Sultan's second wife claimed that she had decided to clear the air after allegations of hanky-panky had surfaced from her visit.

The email sender, known as Elia Suhana Ahmad, claimed that only a handful were privy about the marriage between her and Sultan Ismail.

She claimed that her wedding had been witnessed by family members as well as Kelantan's State officials on Dec 23, 2007. A picture of her, the Sultan and an elderly couple also accompanied her email.

Elia claimed that the earlier reports had taken a negative slant and she was obliged to clarify the issue to ensure that the Kelantan monarch would not be mocked and the role of the police not misunderstood.

It had been reported that a royal guard had allegedly brought in two unknown women at 4.20am on Oct 8.

It had also been reported that some 20 royal guards, allegedly police personnel, had also besieged the ward and insulted the Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

lt was learnt that personal security officers of the Raja Perempuan had lodged five reports of alleged misconduct by Kelantan police personnel between October and November at the hospital.

Kelantan police chief SAC 1 Datuk Abdul Rahim Hanafi had declined comment since the police report was lodged in Singapore.

IKAN KELI

TIMUR

ARKIB : 30/06/2009

Afandi ingin jadi pengusaha keli terbesar


Mohd. Afandi Mahamad menunjukkan seekor induk ikan keli yang digunakan untuk mendapatkan telur sebelum proses pembenihan dilakukan di Cherang Ruku , Semerak, Pasir Puteh, baru-baru ini. - utusan / Hapizah Aziz


PASIR PUTEH 29 Jun - Ketika bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat telekomunikasi, Mohd. Afandi Mahamad, 45, dari Cherang Ruku di sini sentiasa mengeluh kerana pendapatan dirasakan tidak mampu menampung keperluan keluarga yang kian membesar.

Bapanya pula sentiasa mengingatkan corak kehidupan keluarganya hanya terikat dengan jumlah pendapatan tetap yang diterima setiap bulan, begitu juga rutin hariannya terbatas kerana tuntutan kerja .

"Bagi ayah, dia lebih gembira kalau anak-anaknya berdikari, menjalankan perniagaan sendiri kerana pendapatan tiada hadnya asalkan gigih berusaha, tetapi pada awalnya saya tidak begitu ambil peduli.

"Ayah hanya petani kecil dan ketika itu tiada di kalangan enam anaknya yang menunjukkan minat melibatkan diri dalam apa jua jenis perniagaan walaupun dia sering menggalakkan kami," kata bapa kepada enam orang anak itu.

Mohd. Afandi yang ditemui Utusan Malaysia di pusat penetasan ikan air tawar dan hiasan miliknya di sini, baru-baru ini menceritakan, akhirnya dia nekad berhenti kerja pada tahun 2004 dan melaburkan RM20,000 wang simpanan.

Tujuannya ialah bagi mengusahakan projek pembenihan keli termasuk menyiapkan telaga, kolam serta tangki yang diperlukan.

Namun semasa masih bekerja, dia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dengan menyertai kursus di Kancanaburi, Thailand dan kursus anjuran Jabatan Perikanan Kelantan.

Sebagai permulaan, dia membeli kira-kira 500 ekor keli induk untuk proses pembenihan dan sejak itu dia tidak lagi 'menoleh ke belakang' dalam bidang ini yang dikembangkan kepada beberapa spesies ikan air tawar.

"Setakat ini, penglibatan saya memberikan pendapatan bulanan kira-kira RM16,000 dengan purata menghasilkan sebanyak 200,000 benih setiap bulan," ujarnya.

Mohd. Afandi bersyukur kerana sebelum bapanya meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu, dia dapat menggembirakan arwah yang sempat melihat perjalanan usahanya itu dan perkembangan perniagaannya.

Mulai tahun ini, dia turut membantu membimbing golongan belia untuk terlibat serius dalam bidang ini setelah Kementerian Sumber Manusia yakin dengan keupayaannya.

Menurutnya, dia mengajar secara teori dan praktikal dalam latihan sambil belajar selama setahun bagi melengkapkan pengetahuan dan kemahiran mereka berasaskan apa yang pernah dilaluinya.

Dia berhasrat menjadikan pusat pembenihan itu antara yang terbesar di negeri ini dengan menyasarkan pengeluaran sejuta benih sebulan untuk pasaran dalam dan luar negeri tempoh dua tahun lagi.

"Ini memerlukan tambahan kolam dan tangki sehingga lebih 100 buah. Ia akan dilakukan berperingkat-peringkat di kawasan tanah berpasir seluas 0.8 hektar," katanya.

Anak-anak ikan keli dijual dengan harga antara lima hingga 10 sen seekor mengikut saiz. Kebiasaannya antara 70 hingga 80 peratus anak benih itu hidup dan membesar dalam tempoh tiga bulan.

Mereka yang berminat mendapatkan kursus atau bekalan anak ikan boleh menghubungi Mohd. Afandi di talian 019-0129545538 atau 0139475252.

MAMPU JADI PENGEKSPORT

DALAM NEGERI

ARKIB : 21/07/2008

Malaysia mampu jadi pengeksport ikan hiasan terbesar dunia


Junaidi Che Ayub (kanan) melihat ikan pelaga di pameran ikan hiasan anjuran Jabatan Perikanan Negeri Kelantan di Pasir Mas, semalam.


KOTA BHARU 20 Julai - Malaysia berpotensi menjadi pengeskport ikan hiasan terbesar di dunia apabila memasarkan 70 juta ekor ikan tersebut ke 30 buah negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, pada masa kini Malaysia menguasai kira-kira 10 peratus pasaran ikan hiasan dunia dan ia mampu berkembang menjadi industri itu penyumbang utama kepada sumber pendapatan negara.

Beliau berkata, nilai pulangan eksport pada tahun lepas melebihi RM200 juta dan kerajaan sentiasa memberikan galakkan kepada orang ramai untuk berkecimpung dalam bidang akuakultur.

"Industri ikan hiasan mempunyai potensi cukup besar untuk terus dimajukan sebagai sumber ekonomi khususnya kepada penternak dan pengusaha memandangkan pasarannya yang cukup luas, apatah lagi kerajaan sentiasa memberi galakan untuk meningkatkan eksportnya ke pasaran dunia.

"Kerajaan turut menyediakan peruntukan yang besar dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dalam usaha menjadikan ikan hiasan sebagai sumber ekonomi baru yang berpotensi dimajukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Ikan Hiasan 'Betta spp' Peringkat Kelantan anjuran Jabatan Perikanan negeri di Tapak Jabatan Perikanan Jajahan Pasir Mas di sini, semalam.

Pameran julung kali membabitkan ikan jenis Betta spp atau ikan pelaga itu disertai lebih 500 peserta dari seluruh Kelantan bertujuan menggalakkan industri ikan berkenaan yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat ikan hiasan di negara ini.

Junaidi berkata, di negara ini terdapat lebih 200 spesis ikan hiasan dan jika dikacukkan spesis ikan tersebut akan bertambah sehingga sekali ganda.

"Antara negara yang berminat terhadap spesis ikan ini antaranya Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur.

"Harga ikan ini boleh mencecah sehingga RM100 seekor bergantung kepada jenis spesis atau tarikan penggemar yang mampu menawarkan harga yang tinggi," jelasnya.

Katanya, bagi menggalakkan bidang tersebut, pihaknya mengadakan kempen 'satu rumah satu akuarium' dalam usaha meningkatkan pasaran ikan hiasan tempatan bagi memberi lebih banyak peluang pasaran kepada pengusaha dan penternak ikan hiasan tempatan.

Tambahnya, Jabatan Perikanan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran turut mewujudkan Kelab Ikan Hiasan di 150 sekolah seluruh negara dan ia akan diperluaskan ke lebih banyak sekolah dari semasa ke semasa.

"Langkah mewujudkan Kelab Ikan Hiasan itu adalah bagi menggalakkan minat terhadap pemeliharaan ikan hiasan di kalangan pelajar sekolah di mana pertandingan antara sekolah turut diadakan setiap tahun," katanya.


EKONOMI

ARKIB : 21/11/2008

Malaysia kini pengeluar terbesar ikan hiasan dunia

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Malaysia kini merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia apabila berjaya mencapai jumlah pengeluaran tahunan hampir 700 juta ikan berbanding 458 juta ikan pada 2005.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pada masa ini, negara mensasarkan peningkatan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 860 juta ikan hiasan pada 2010, iaitu di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Beliau berkata, setakat ini, negara telah menternak lebih 250 spesies, termasuk pelbagai jenis ikan eksotik untuk pasaran domestik dan dunia.

"Bagaimanapun, dalam pengeksportan ikan hiasan itu, Malaysia merupakan negara kedua terbesar apabila berjaya mengeksport hampir 100 juta ikan hiasan setahun," katanya selepas merasmikan Aquafair Malaysia 2008, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Mustapa berkata, kerajaan bakal melancarkan zon industri perikanan yang dikenali Prospektus Industri Zon Akuakultur (AIZs) yang bertujuan membangunkan infrastruktur dan sokongan perkhidmatan industri perikanan.

Katanya, kewujudan zon itu dijangka mampu menarik pelaburan berjumlah RM2 bilion dalam tempoh empat hingga lima tahun.

Beliau berkata, kementeriannya telah mengenalpasti tanah seluas 25,000 hektar di seluruh negara untuk menjayakan projek akuakultur itu.

"Kelulusan tanah bagi program-program AIZs adalah di bawah skop pihak berkuasa tempatan iaitu kerajaan negeri," katanya.

Menurut Mustapa, setakat ini, 1,000 hektar tanah dan empat lokasi telah dikenalpasti bagi tujuan pembangunan yang berkaitan dengan AIZs khususnya bagi pusat penternakan ikan hiasan.

Katanya, cadangan mewujudkan zon akuakultur bagi ikan hiasan mampu menarik pelabur luar negara dan domestik.

Monday, December 28, 2009

IKAN AROWANA

AGROBIZ

ARKIB : 27/03/2009

Sekilas arowana Bukit Merah


ikan arowana yang baru menetas dan hanya memakan kuning telur.


nisa.sulaiman@utusan.com.my

TERNAKAN ikan arowana merupakan industri ikan hiasan yang semakin berkembang pesat di sekitar kawasan Bukit Merah, Perak.

Terdapat banyak syarikat yang mula berjinak-jinak menternak arowana - antara ikan hiasan paling mahal di dunia.

Antara sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan operasi menternak dan membiak ikan arowana adalah M U Arowana Aquaculture berhampiran Bukit Merah, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sahibol Anwar Arba'e berkata semuanya bermula dengan minat terhadap ikan hiasan paling mahal di dunia itu.

"Ketika itu saya mula membeli ikan arowana gold dengan harga RM2,000 seekor dan selepas beberapa bulan nilainya meningkat sehingga RM7,000 seekor.

"Pada masa itu saya menyedari ternakan ikan hiasan arowana berpotensi besar untuk dimajukan selain menguntungkan," katanya yang sebelum ini banyak menceburkan diri dalam perlbagai jenis perniagaan.

Mengkaji mengenai habitat arowana pada awal 2006, Sahibol memulakan projek ternakan dengan membina lapan buah kolam dengan keluasan 20 kaki x 50 kaki.

Pada pertengahan tahun yang sama, beliau mula mengisi setiap kolam dengan enam ekor ikan jantan dan 10 betina.

Ikan arowana bertelur setahun sekali selepas usia matang biasanya antara dua hingga tiga tahun dan semasa proses berkenaan ikan akan berpasangan sehingga masa mengeluarkan telur dan sperma.

Telur yang telah disenyawakan akan dikutip oleh ikan jantan yang akan mengeram selama dua bulan di dalam mulut sebelum diluahkan apabila anak-anak mula berenang sendiri.

"Dalam tempoh berkenaan, ikan jantan akan 'berpuasa' sehingga anak-anak dilepaskan pada tempat-tempat berlainan bagi mengurangkan risiko pemangsa," katanya.

Bagaimanapun bagi tujuan komersial, mulut ikan akan diperiksa setiap dua bulan bagi mengeluarkan anak-anak dan diletakkan di dalam inkubator yang lebih kurang sama keadaannya seperti dalam mulut induk.

Biasanya induk jantan boleh menjaga antara 20 hingga 60 ekor anak di dalam mulutnya pada satu-satu masa.

Sahibol berkata, bagi pasaran tempatan anak-anak ikan yang boleh berenang sudah boleh dijual.

M U Arowana Aquaculture memberikan penekanan dalam menternak tiga jenis arowana iaitu Malaysia gold arowana, red arowana dari Kalimantan dan Indonesia gold.

Harga seekor anak ikan arowana bersaiz tiga inci iaitu Malaysia red gold adalah RM1,600 hingga RM2,000, red arowana RM1,200 hingga RM1,500 dan Indonesia gold adalah RM500.

Harga seekor induk matang boleh mencapai sehingga puluhan ribu ringgit.

Menyentuh mengenai aspek pemakanan, Sahibol berkata, arowana memakan anak ikan seluang selain makanan tambahan seperti udang, cengkerik, katak dan lipan dua kali sehari.

"Ikan arowana sebenarnya tidak sukar dijaga tetapi disebabkan harganya yang mahal, ramai yang menyangka ia memerlukan penjagaan yang rapi," katanya.

"Ikan arowana amat unik dibanding dengan ikan-ikan hiasan lain kerana ia membiak secara semula jadi dan tidak memerlukan bantuan manusia seperti teknik aruhan.

"Malah ikan arowana adalah haiwan akuatik yang dilindungi kerana mengalami ancaman kepupusan," katanya.

Sehingga kini M U Arowana Aquaculture beroperasi di atas tanah seluas 5.2 hektar (13 ekar) yang menempatkan 99 buah kolam.

Sahibol berkata, pihaknya mensasarkan untuk membina 100 kolam lagi pada tahun ini.

"Kami juga menitikberatkan masalah keselamatan dan penyelenggaraan dengan pemantauan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

"Ini bukan saja untuk tujuan keselamatan kerana harga ikan yang mahal tetapi bagi memastikan keselesaan ikan jika bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba," katanya.

Apa yang lebih menarik M U Arowana Aquaculture juga menawarkan skim perkongsian keuntungan bagi peminat ikan arowana yang mempunyai modal tetapi kurang pengetahuan.

"Di sini, mereka boleh melabur selama lima tahun dengan membeli ikan induk untuk satu kolam dan kami akan menjalankan segala tugas penyelenggaraan dan pengurusan.

"Keuntungan yang diperoleh akan dibahagi dua antara pelabur dan pengusaha sehingga tamat tempoh kontrak," katanya.

Bercerita mengenai arowana, kata Sahibol, ikan ini hanya bertelur setahun sekali dan tiada masalah bekalan berlebihan dan harganya tidak pernah jatuh.

Memandangkan permintaan yang tinggi dari negara-negara seperti Jepun, China, Taiwan, Kanada, Hong Kong, Eropah dan India, pengeksport perlu mendapat kelulusan Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) yang diluluskan oleh 72 negara.

Di bawah CITES, ikan arowana disenaraikan sebagai ikan yang dilindungi berkelas tinggi dan perlu ditanam cip di bawah kulit untuk tujuan eksport bagi pengenalan.

Sahibol berkata, kajian menunjukkan arowana adalah spesies ikan yang primitif dari zaman Jurassic.

Fosilnya membuktikan ikan berkenaan tahan lasak sehingga boleh hidup dengan baik sehingga ke hari ini.


AGROBIZ

ARKIB : 12/12/2008

Tiga sahabat bangunkan e-arowana

Menyedari potensi industri penternakan ikan hiasan khususnya arowana, tiga sekawan ini tekad meletakkan jawatan dengan pendapatan lumayan. Malah kajian yang dijalankan menunjukkan 95 peratus ikan hiasan yang diternak adalah untuk pasaran eksport kerana mutunya yang tinggi.

"Tetapi bukan mudah untuk kami mengambil langkah menceburkan diri dalam perniagaan ini secara sepenuh masa.

"Banyak yang perlu difikirkan terutama komitmen terhadap keluarga masing-masing," kata salah seorang pemilik e-arowana Trading, Suhar Shariff semasa ditemui semasa Pameran Aquafair Malaysia 2008 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menyingkap sejarah permulaannya, beliau bercerita, mempunyai hobi yang sama menemukan mereka walaupun bekerja di tempat yang sama.

Suhar berkata, tiga faktor yang menyebabkan mereka bergiat dalam industri ikan hiasan iaitu minat, mempunyai nilai komersial dan perniagaan adalah sembilan daripada 10 sumber rezeki dalam Islam.

Bersama dua rakan lain, Zohri Mohd Taib dan Zulkifli Zarkasi, Suhar mula dengan aktiviti jual beli ikan hiasan pada tahun 2000 dan selepas lima tahun mereka bertiga mula membeli dan memelihara 40 arowana green dan red tail golden.

"Sebelum itu kami telah menyediakan enam buah kolam di kawasan Pendang, Kedah," kata graduan lulusan luar negara ini yang meletak jawatan pada tahun 2005 secara bergilir dengan rakan lain.

Kini tiga sahabat ini mempunyai lebih 200 ekor ikan arowana seperti red tail golden, Malaysia golden, chili red, blood red dan silver.

Suhar berkata, negara mempunyai kelebihan dari segi geografi dan politik sebagai kawasan ternakan arowana selain menjadi habitat asal ikan berkenaan.

"Permintaan ikan arowana yang tinggi masih tidak dapat memenuhi pasaran bagi pelanggan tempatan selain pasaran Asia terutama di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun serta Eropah," katanya yang merancang menambah bilangan kolam pada tahun depan.

Ikan arowana menjadi mahal kerana ikan purba Zaman Jurassic hanya membiak setahun sekali. Pembiakan ikan arowana secara semula jadi memberi ruang bagi penternak mengawal harganya.

"Tidak pernah berlaku lambakan dan kejatuhan harga ikan arowana di pasaran kerana pembiakan hanya secara semula jadi," katanya.

Menyentuh mengenai penjagaan ikan arowana, Suhar berkata, tidak sesukar mana cuma harga yang tinggi menyebabkan pemiliknya lebih berhati-hati.

"Ikan arowana antara ikan yang tahan lasak dengan persekitaran tetapi disebabkan faktor kos tidak ramai berminat menternaknya," katanya yang juga menternak ikan kap jepun dan beberapa ikan hiasan tempatan.

LEMBU BALI

banteng.jpg: Female (left) and male banteng
banteng01.jpg: Bantengs, mother and calf
frames

sapi bali 2 Sapi bali

lembu Bali merupakan lembu pedaging asli Indonesia yang merupakan hasil kacukan dari banteng (Bibos banteng) adalah jenis lembu yang unik, hingga saat ini masih hidup liar di Taman Nasional Bali Barat, Taman Nasional Baluran dan Taman Nasional Ujung Kulon. Lembu asli Indonesia ini sudah lama diternak suku kaum Bali di pulau Bali dan sekarang sudah tersebar di berbagai daerah di Indonesia.

Ciri-ciri khas lembu bali

Lembu baka bali berukuran sederhana, dadanya dalam, tidak berpunuk dan kaki-kakinya ramping. Kulitnya berwarna merah bata. Cermin hidung, kuku dan bulu ujung ekornya berwarna hitam. Kaki di bawah persendian karpal dan tarsal berwarna putih. Kulit berwarna putih juga ditemukan pada bagian punggung dan pada paha bagian dalam kulit berwarna putih tersebut berbentuk oval (white mirror). Pada punggungnya selalu ditemukan bulu hitam membentuk garis (garis belut) memanjang dari gumba hingga pangkal ekor.

Lembu Bali jantan berwarna lebih gelap bila dibandingkan dengan lembu Bali betina. Warna bulu lembu Bali jantan biasanya berubah dari merah bata menjadi coklat tua atau hitam legam setelah lembu itu mencapai umur matang. Warna hitam dapat berubah menjadi coklat tua atau merah bata apabila lembu itu dikebiri.

sapi bali Sapi bali

lembu Bali dalam Kehidupan Petani Bali

Lembu Bali merupakan haiwan ternakan yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan masyarakat petani di Bali.

  • Lembu Bali sebagai tenaga kerja pertanian

Lembu Bali sudah dipelihara secara turun menurun oleh masyarakat petani Bali sejak zaman dahulu. Petani memeliharanya untuk membajak sawah dan tegalan, untuk menghasilkan baja kandang yang berguna untuk mengembalikan kesuburan tanah pertanian.

  • Lembu Bali sebagai sumber pendapatan

Lembu Bali mempunyai sifat subur, cepat beranak, mudah beradaptasi dengan keadaaan persekitaran, dapat hidup di kawasan yang panas , dan mempunyai daya cerna yang baik terhadap makanan. Keunggulan lain yang sudah dikenal pasti masyarakat adalah peratus karkas yang tinggi, juga mempunyai harga yang stabil dan bahkan setiap tahun harganya meningkat membuatkan lembu i Bali menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada petani.

  • Lembu Bali sebagai alat upacara keagamaan

Dalam agama Hindu, lembu dipakai dalam upacara butha yadnya sebagai caru, iaitu haiwan korban yang mengandung makna pembersihan. Demikian juga umat Muslim juga memerlukan lembu untuk Qurban pada hari raya Aidil Adha.

LEMBU KOBE

Daging Kobe gred dunia keluaran Malaysia
Utusan Malaysia, 11 Sept 2006

BEIJING 10 Sept. – Malaysia akan melancarkan projek pengeluaran daging gaya Kobe, satu daripada gred daging paling eksklusif di dunia daripada daging lembu Jepun bersumber dari Australia.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Mustapa Abd Jalil berkata, sejumlah100 ekor lembu jantan ternakan Wagyu dan lembu-lembu betina kacukan akan diimport sebelum akhir tahun ini.

“Daging lembu Kobe adalah satu pasaran sampingan istimewa tetapi permintaan untuk daging seumpamanya sedang berkembang. Kami mengkaji mengeluarkan daging Kobe halal,” beliau memberitahu Bernama hari ini sebelum pulang ke Kuala Lumpur selepas menyertai satu delegasi ke China yang diketuai oleh Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Daging lembu Kobe adalah berbeza kerana tekstur dagingnya yang halus dan amat lembut. Ia dikeluarkan daripada lembu daging Jepun digelar Wagyu (‘Wa’ bermakna Jepun dan ‘Gyu’ bermakna lembu) yang diternak di bawah keadaan dimanjakan dengan bahan makanan gred terbaik yang dikawal, urutan khas dan musik.

Sebagai ganti bir atau ’sake’, haiwan yang diternak di Malaysia akan diberi makan bran gandum, kata Mustapa yang telah melawat sebuah ladang Wagyu milik Dalian

Xuelong Group di bandaraya pelaburan timur laut China di mana makanan lembu termasuk bir dan lembu itu mempunyai masa santai 10 jam dengan musik dimainkan untuk mereka sehari.

Secara teknikal, daging lembu Kobe merujuk kepada daging daripada lembu Wagyu yang dibesarkan dan disembelih di daerah Kobe, Jepun di mana ia boleh memperolehi AS$500 (RM1,800) sekilogram.

Kini, lembu jantan Wagyu dipelihara di Amerika Syarikat dan Australia dan daging gaya Kobe mungkin berharga AS$200 (RM720) sekilogram.

Mustapha berkata, Malaysia telah mencuba tetapi tidak berjaya memperoleh sumber lembu terus dari Jepun. Sehingga beberapa tahun kebelakangan, lembu Wagyu diternak keseluruhannya di Jepun.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memutuskan ladang yang akan digunakan untuk menempatkan lembu-lembu yang berharga RM12,000 bagi seekor lembu jantan ternakan tulen dan RM5,000 untuk lembu betina kacukan.

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian akan diperuntukkan 40 ekor bagi penyelidikan manakala selebihnya akan diletakkan ke dalam program ternakan pertama selama kira-kira 18 bulan, tambahnya.– Bernama

BLUE BELGA ITALI

Lembu Itali lebih berkualiti
Oleh Sharifah Salwa Sayed Hassan
Berita Harian, 22 Nov 2006

Mani beku baka luar berharga RM36 setiap straw beri keuntungan lebih, mula digunakan tahun depan

MARANG: Penternak lembu di negeri ini bakal memiliki ternakan kelihatan berotot dan mempunyai lebih banyak daging apabila baka lembu jenis `Blue Belga' dengan harga hanya RM36 setiap satu straw mani beku, mula diedarkan tahun depan.

Baka daripada Itali itu dijangka menjadi pilihan penternak kerana memberi pulangan lumayan dengan berat melebihi lembu campuran baka Perancis yang mampu mencapai 400 kilogram seekor.

Sejak penggunaan bioteknologi melalui permanian beradas (AI) pada 1983, penternak lembu mampu mengecapi keuntungan lebih berbanding proses kelahiran anak lembu secara tradisional iaitu tanpa campuran baka import.

AI yang dilakukan dengan memasukkan sejenis alat bertali mengandungi hormon progesterone ke dalam faraj lembu betina hanya mengambil masa kira-kira 10 saat sebelum dibiarkan 11 hari bagi menunggu waktu `berahi'.

Pada hari ke-11, alat itu kemudian dicabut dengan menarik tali dan mani beku ternakan import dimasukkan dua hari kemudian serta mampu menghasilkan anak lembu jauh lebih berkualiti dalam tempoh sembilan bulan 10 hari.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan negeri (JPH), Dr Azizol Mohd Sharum, berkata lembu baka Itali jauh lebih baik berbanding lembu Kedah Kelantan (KK) yang hanya mencapai berat 200 hingga 250 kilogram seekor.

Beliau berkata, ketika ini JPH menggunakan tiga baka campuran Perancis dikenali `charolais', `limousine' dan `angus' yang lebih murah iaitu RM29.40.

"Bagaimanapun, lembu campuran Itali kelihatan berotot dan mempunyai lebih banyak daging daripada lembu campuran Perancis yang dua kali ganda lebih banyak daripada lembu KK," katanya.

Katanya, dengan kemajuan bioteknologi, JPH membantu penternak menambahkan pendapatan dengan menganjurkan program AI menggunakan baka lembu Itali itu yang akan tiba ke negara ini tidak lama lagi.

Dr Azizol berkata, JPH kini menganjurkan AI secara berkelompok bermula Julai lalu yang boleh menjadikan sekumpulan lembu bunting dan melahirkan anak lembu pada masa hampir sama.

"AI dapat mengelak lembu melakukan pembiakan dengan lembu yang mempunyai pertalian keluarga seperti ibu dengan anak yang menjadi antara punca lembu dihasilkan kurang berkualiti.

"Selain itu penternak boleh membuat persediaan untuk menjaga anak lembu yang baru lahir kerana tarikh kelahiran boleh dijangka," katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri perintis melakukan AI secara berkelompok dan sudah dijalankan di beberapa kawasan di Besut, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu.

"Baru-baru ini, kami menjalankan AI di Kampung Telaga Air, Marang membabitkan 163 lembu betina dan pemeriksaan kesihatan kira-kira 30 lembu jantan dan anak lembu sebelum diteruskan di daerah lain," katanya.

Penternak, Mohd Ismail, 55, dari Kampung Jambu Bongkok, berkata langkah JPH itu membantu penternak meraih hasil lebih tinggi.

"Ini adalah kali pertama lembu kami menjalani AI dan kami percaya ia akan memberi pulangan lebih baik kerana lembu lebih besar berbanding sekarang.

"Kami juga dapat merancang bekalan lembu untuk masa depan serta menguruskan perbelanjaan dengan lebih tepat," katanya.

FAKTA NOMBOR: Baka lembu

· 400 kg - Berat lembu baka Perancis

· RM29.40 - Bagi setiap satu straw mani beku baka `Charolais', Limousine' dan `Angus' dari Perancis

TERNAKAN RUSA KOMERSIAL

Tekno Tani: Ternakan rusa secara komersial menguntungkan

Oleh Sariha Mohd Ali
Berita Harian, 13 Jul 2007

KEGIATAN penternakan lembu, kambing atau kerbau memang biasa dilihat di negara ini, tetapi bagi Derawi Junus, 68, dari Kampung Cherating Lama, dekat Kuantan, pembabitannya dalam bidang ternakan dilihat agak berbeza kerana haiwan ternakannya adalah rusa.

Bermula daripada minat memelihara rusa pada 1993, Derawi mengembangkan kegiatan itu sehingga pada satu ketika mempunyai 450 ekor rusa yang diternak di kawasan seluas 4.8 hektar berdekatan kampungnya.

Bermodalkan wang sendiri kira-kira RM24,000, dia membeli 12 ekor rusa dari Jabatan Haiwan Kelantan pada 1993. Dalam tempoh dua setengah tahun, pelaburannya itu sudah memberi keuntungan kerana setiap rusa dijual, dia mampu memperoleh keuntungan bersih kira-kira RM1,300.

“Ramai memandang sinis kepada saya kerana mahu memelihara rusa dan bukannya lembu kerana selain ia sesuatu yang baru, kos diperlukan pula tinggi. Tetapi saya nekad dengan membeli 12 ekor rusa, termasuk 10 rusa betina untuk dijadikan induk dan hasilnya, selepas dua tahun, saya sudah mendapat untung berganda.

“Daging rusa dijual RM50 sekilogram dan setiap seekor rusa berusia dua setengah tahun, beratnya mencecah 80 kilogram,” katanya.

Derawi berkata, Petronas antara
pelanggan utama rusa ternakannya, selain Penerbangan Malaysia (MAS) dan beberapa orang kenamaan dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur yang membeli ternakan itu untuk hidangan pada majlis istimewa.

Paling membanggakan, 15 rusa ternakannya juga pernah dibeli Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjamu penduduk di kawasannya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Selepas usaha ini berjaya, Jabatan Haiwan Sabak Bernam di Selangor pula menjual 17 ekor rusa betina kepada saya, bagi membolehkan ternakan itu berkembang. Sekarang, rusa saya hanya tinggal 100 ekor dan saya kini menumpu kepada usaha membiakkannya kerana jumlah penternak rusa di negara ini masih berkurangan, sedangkan sektor ini memberi keuntungan lumayan.

“Masalah sekarang ialah bekalan semakin berkurangan, tetapi permintaan daging rusa terus meningkat,” katanya yang berhasrat menternak 1,000 ekor rusa, jika permohonannya mendapatkan tanah dari kerajaan negeri berjaya.

Beliau berkata, kawasan dikendalikannya sekarang tidak mampu menampung jumlah rusa yang ada, malah tanah seluas 2.2 hektar dipajak daripada penduduk kampung pula, akan diambil balik pemiliknya

Sebenarnya, projek ini mempunyai nilai komersial tinggi dan saya sedia memberi nasihat kepada sesiapa berminat untuk terbabit dalam ternakan rusa kerana penjagaan ternakan ini adalah mudah. Bagi mendapatkan bekalan anak rusa, saya sudah menghubungi rakan niaga di Indonesia, tetapi kekurangan kawasan menyebabkan hasrat itu tertangguh dulu,” katanya.

Derawi berkata, sebagai penternak rusa terbesar di Pantai Timur, dia perlu memastikan projek ternakannya itu mampu menjadi contoh kepada penternak kecil-kecilan lain.

Katanya, bagi menanam minat orang ramai memelihara rusa, dia sudah menjual banyak anak rusa dengan harga
rendah kepada mereka yang berhasrat menceburi bidang itu secara komersial.

“Saya faham, bukan semua penternak khasnya penduduk kampung mampu membeli rusa secara tunai, malah saya difahamkan, Jabatan Haiwan juga tidak mempunyai bekalan baka rusa untuk diagihkan kepada mereka berminat.

“Sebab itu, saya sanggup ‘memberi’ mereka baka rusa untuk dibiakkan dan sekarang beberapa penternak, termasuk di Balok dan Temerloh, sudah mula mengembangkan ternakan mereka, tetapi jumlahnya masih rendah iaitu tidak melebihi 40 ekor,” katanya.

Sebenarnya, kata beliau, penjagaan rusa amat mudah iaitu memberinya makan mengikut jadual ditetapkan pada pagi dan petang. Haiwan itu tidak perlu dikurung, sebaliknya bebas di kawasan berpagar dan lebih elok, jika kawasan berumput.

“Selain dagingnya yang mahal, tanduk rusa yang kelihatan seperti ranting kayu itu juga amat berharga dan dijual kira-kira RM500 sepasang untuk dijadikan perhiasan,” katanya.

Derawi berkata, harga daging rusa akan terus meningkat di pasaran berikutan kos penjagaannya semakin tinggi, terutama pelet makanannya.
Makanan untuk rusa dijual RM36 setiap beg sekarang, berbanding hanya RM18 sebelum ini.

Mengenai cabaran pernah ditempuhinya, Derawi berkata, dia pernah kerugian kira-kira RM50,000 apabila lebih 10 ekor rusanya terlepas keluar menerusi pagar terbuka dan hilang di dalam kawasan belukar berhampiran.

Malah, rusa ternakannya juga menjadi sasaran buruan pihak tidak bertanggungjawab yang menembaknya.

“Sejak itu, sistem keselamatan di kawasan peliharaan rusa ini ditingkatkan dengan membuat pagar tinggi, selain menempatkan rumah pekerja berhampiran ladang rusa ini untuk pemantauan.

“Paling membanggakan, rusa peliharaan saya ini turut menjadi tarikan pelancongan apabila ramai pelancong asing dan murid melawat untuk melihat sendiri haiwan berkenaan dengan lebih dekat,” katanya.

PENDAPATAN 2 JUTA SEBULAN

Tekno Tani: RM2 juta sebulan jual ayam
Berita Harian, 20 Jul 2007

BERMULA dengan menjual 10 ekor ayam di pasar malam kira-kira 15 tahun lalu, Abdul Kadir Bakar kini muncul sebagai penjual dan pembekal ayam terkemuka di wilayah utara dengan purata jualan 12,000 ekor sehari.

Ketika memulakan kerja sebagai penjual ayam, beliau yang tiada modal dan terpaksa berhutang membeli 10 ekor ayam dan melunaskan hutang itu selepas berjaya menjualnya.

Menerusi syarikatnya, Prodinamik Enterprise Sdn Bhd, Abdul Kadir, 44, kini menjadi pembekal ayam di utara Semenanjung dan juga Kuala Lipis, Pahang, dengan perolehan kira-kira RM2 juta sebulan. Bukan itu saja, beliau juga mempunyai ladang ternakan ayam dan kilang memproses ayam.

Anak kelahiran perkampungan nelayan Kuala Muda, Seberang Prai Utara (SPU) itu yang terpaksa berkorban untuk berjaya, kini boleh tersenyum lebar kerana usaha dan pengorbanannya tidak sia-sia.

Bapa kepada 14 anak yang hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), kini menjadi payung kepada 120 pekerja, selain peniaga lain dan pasar raya yang mendapat bekalan daripada syarikatnya.

“Perniagaan membuat saya terpaksa berhutang merata, tetapi mungkin sikap kejujuran sepanjang berniaga, membolehkan saya melalui segala dugaan,” katanya.

Mengimbau pembabitannya dalam bidang perniagaan, Abdul Kadir terdedah kepada dunia perniagaan sejak berusia tujuh tahun kerana bapanya mempunyai sebuah kedai runcit. Pendedahan awal itu banyak mempengaruhinya serta memberi semangat untuk berniaga sendiri.

Dengan penguasaan dalam bidang akademik yang kurang menyerlah, Abdul Kadir bertekad untuk berniaga. Berbekalkan sikap jujur dan amanah dalam perniagaan, Abdul Kadir memulakan perniagaan ayam secara kecil-kecilan, walaupun tiada modal.

Tetapi, ia tidak menghalangnya meneruskan hasrat itu. Abdul Kadir memulakan perniagaan dengan membeli 10 ekor ayam secara hutang untuk dijual di pasar malam.

Ketika itu, beliau bukannya mendapat bekalan ayam siap proses, tetapi ayam hidup. Malah, ayam itu terpaksa ditangkap, disembelih dan diproses sendiri sebelum memasarkannya di pasar malam.

“Saya memulakan perniagaan dengan berhutang dan apabila dapat menjual ayam itu, saya menjelaskan hutang,” katanya yang tidak patah semangat, walaupun tiada modal.

Dengan sekelumit pengetahuan dan pengalaman hasil didikan bapanya dalam bidang perniagaan, beliau meneruskan perniagaan menjual ayam proses di beberapa pasar malam sekitar Pendang, Kedah.

Beliau yang sudah masak dengan urusan jual beli dan kerenah
pelanggan yang rencam, mengakui dalam perniagaan tiada jalan pintas menuju kejayaan. Bersandarkan kepada keyakinan bidang perniagaannya akan berkembang, beliau terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tidak lama kemudian, Abdul Kadir membeli sebuah van usang berharga RM950 bagi memudahkan aktiviti perniagaannya yang semakin berkembang, selain menyewa tanah untuk dibina bangunan ‘ala kadar’ bagi memudahkan kerja pemprosesan ayam.

Rezekinya terus diberkati Allah dan enam tahun lalu, beliau membeli tanah yang menempatkan pejabat perniagaan sekarang dan membina bangunan setara dengan perniagaannya di Lahar Yooi, Tasek Gelugor.

Kini, pulangan perniagaannya jauh berbeza ketika beliau mula-mula menceburi bidang berkenaan. Malah, sebahagian ahli keluarganya turut membantu perniagaannya.

Abdul Kadir selaku Pengarah Urusan syarikat, kini seakan-akan membina empayar perniagaan ayam proses kerana mendominasi bekalan bagi kawasan utara Semenanjung. Syarikat itu membekalkan ayam proses kepada kira-kira 70 gerai meliputi utara Semenanjung, khususnya Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila dianugerahkan Anugerah Usahawan Melayu Pulau Pinang sempena sambutan ulang tahun penubuhan Umno, tahun lalu.

Abdul Kadir juga memulakan ladang penternakan ayam bagi menampung pembekalan ternakan itu, tetapi kurang berjaya kerana kenaikan harga dedak dan usaha itu masih diteruskan. Ladang ternakan itu diusahakan di Perlis dengan usaha sama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di kawasan seluas dua hektar dan Kuala Ketil seluas empat hektar, tiga tahun lalu.

“Kami masih mengusahakan penternakan ini, tetapi belum bercadang memperluaskannya. Mungkin pada masa depan, kita menjadikan ia sebagai teras perniagaan,” katanya yang bangga dengan kejayaannya.

PULANGAN LUMAYAN

Tekno Tani: Pertanian komersial bawa pulangan RM70,000 sebulan

Oleh Mohd Amin Jalil
Berita Harian, 5 Okt 2007

PENGGUNAAN bahan efektif mikro hasil kajian Universiti Putera Malaysia (UPM) selain baja asli yang diproses sendiri, adalah antara bahan digunakan pengusaha kebun sayur di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga mampu muncul usahawan tani cemerlang dengan pendapatan memuaskan.

Pengusaha berkenaan, Shamsuddin Md Ali, 52, kini mengusahakan kebun sayur-sayuran serta menternak lembu, kambing dan arnab di dua lokasi, iaitu di Kampung Dingkir, Inas, Johol dan Kampung Pilah Tengah, Kuala Pilah.

Bahan efektif mikro itu digunakan sebagai baja utama selain bahan organik lain bagi tujuan tumbesaran dan mengawal serangan serangga, membolehkan hasil pengeluaran tanamannya meningkat ke kadar memuaskan.

Penggunaannya digilirkan dengan baja asli yang diproses sendiri daripada batang pokok jagung yang sudah dipetik buahnya yang kemudian diperam di dalam tong sehingga tempoh tertentu sebelum dijadikan silaj.

Silaj berkenaan akan diberi kepada lembu sebagai sumber makanan dan najis yang dikeluarkan ternakan itu diproses sebagai baja asli tanaman, sekali gus menjimatkan kos bagi tumbesaran sayur-sayuran ditanamnya.

Shamsuddin berkata, kaedah kawalan serangga secara biologi memberi kesan baik kepada sayur-sayuran selain menjamin hasil kebunnya selamat untuk dimakan kerana tidak menggunakan sebarang bahan kimia.

Ketika ini, beliau mengusahakan tanah seluas 22.8 hektar di Kampung Dingkir dan 16.4 hektar di Kampung Pilah Tengah, kebanyakan adalah tanah adat yang terbiar dan disewa daripada penduduk setempat.

Antara sayur-sayuran ditanam ialah kacang panjang, bayam, bendi, sawi, kailan, timun, cili padi dan cili besar serta jagung, manakala ternakan lembu, kambing biri-biri dan kambing bulu lilin serta arnab kini mencecah 393 ekor.

Usahawan kelahiran Banting, Selangor ini menggunakan sistem giliran tanaman dan integrasi dalam usaha memaksimumkan pengeluaran hasil kebun serta memastikan sayur-sayuran dapat dipasarkan setiap hari.

Menurutnya, setiap hari sekurang-kurangnya dua tan sayur akan dipasarkan di Pasar Borong Selayang dan Puchong, Selangor, selain dibeli secara terus di kebunnya.

Beliau yang mempunyai 50 pekerja, termasuk 12 di Pasar Selayang dan Puchong, memulakan projek itu sejak tujuh tahun lalu, tetapi sebenarnya sudah memperoleh pengalaman lebih awal apabila berniaga sayur-sayuran secara kecil-kecilan di Selayang dan Cameron Highlands, Pahang.

Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johol ini boleh berbangga dengan usahanya apabila mampu meraih pendapatan kasar antara RM60,000 hingga RM70,000 sebulan, sekali gus membuktikan bidang pertanian menjamin masa depan jika diusahakan secara bersungguh-sungguh secara berskala besar.

"Untuk memastikan projek yang diusahakan itu berjaya... contohnya kebun sayur-sayuran, kami perlu menjaga tanaman sama seperti menjaga anak sendiri yang perlu dibelai dan disayangi," katanya, yang turut melantik seorang pengurus, Mohd Tarmizi Osman, 27, bagi memantau ladangnya.

Beliau yang menggunakan sepenuhnya modal sendiri, termasuk bagi membeli peralatan seperti jentera pembajak dan lori, menyarankan lebih ramai menyertai sektor pertanian bagi menyokong hasrat kerajaan untuk memaju dan mengembangkan lagi bidang berkenaan.

"Generasi muda, termasuk siswazah harus mengikis tanggapan bahawa pertanian tidak menjamin masa depan kerana ramai yang sudah berjaya.
Peluang yang diberikan kerajaan, termasuk dana harus dimanfaatkan dengan menyertai pertanian dan industri asas tani.

"Generasi muda tidak harus memilih kerja atau hanya berharap mahu makan gaji kerana banyak ruang untuk mereka mencapai kejayaan selagi melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh," katanya.

INFO
Kejayaan Shamsuddin

  • Berjaya meraih pendapatan hingga RM70,000 sebulan.
  • Mengusahakan tanaman seluas 40 hektar di Kampung Dingkir dan Kampung Pilah Tengah.
  • Sayuran ditanam ialah kacang panjang, bayam, bendi, sawi, kailan, timun, cili padi dan cili besar serta jagung.
  • Dua tan sayur dipasarkan di Pasar Borong Selayang dan Puchong.