Wednesday, November 18, 2009

EFFECTIVE MICROORGANISM (EM)

ARKIB : 05/12/2008
Teknologi EM bisnes anak Felda
Oleh LAUPA JUNUSlaupa.junus@utusan.com.my


Mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup merupakan impian semua orang, meskipun adakalanya terpaksa mengharungi liku-liku cabaran yang menghampiri puncak putus asa.
Mengubah nasib perlu dilakukan dengan pelbagai cara, namun tidak semua mampu melakukannya dalam masa singkat, manakala kegigihan, masa dan sedikit nasib atau tuah mungkin boleh membantu.
Senario itu barangkali sesuai untuk menceritakan bagaimana seorang anak warga Felda, Azmi Sahar yang berjaya memajukan syarikatnya, Bio Vision Resources yang mengedarkan produk penggalak tanaman berdasarkan teknologi mikroorganisme berguna (EM).
Syarikat yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor ini menjadi platform bagi Azmi membuktikan bagaimana anak Felda sepertinya ingin menyumbang dan membuat jasa kepada program tanah rancangan tempatnya membesar.
Azmi diperkenalkan kepada produk tersebut semasa sedang mencongak apakah yang beliau boleh lakukan untuk Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, kira-kira tiga tahun lalu.
Produk baja cecair itu diperkenalkan kepadanya oleh seorang rakan dan beliau pula mencadangkan penggunaannya kepada seorang rakan lain.
“Saya mulanya tidak tahu apakah usaha untuk menambah pendapatan tetapi apabila diperkenalkan dengan baja ini, segala kepayahan terpaksa diharungi untuk memperkenalkannya kepada orang lain.
“Ini termasuk mempromosikannya dari rumah ke rumah dan ramai memberi kata-kata sinis bahawa, mereka (pengguna) telah banyak mencuba baja seumpamanya tetapi tidak berhasil,’’ ujar beliau ketika ditemui di Sekinchan, Selangor, baru-baru ini.
Beliau berkata, baja cecair tersebut menggunakan bakteria asid laktik dengan campuran yis atau ragi dan sejenis bakteria lain yang masing-masing mempunyai peranan untuk tumbesar tumbuhan.
Teknologi baja EM diperkenalkan oleh seorang profesor dari Kolej Pertanian University of Ryukyus, Jepun, Dr . Teruo Higa yang menekankan ciri-ciri pertanian organik.
Antara ciri kebaikan teknologi tersebut, ialah menggalakkan pertumbuhan, pembesaran, penghasilan dan kemasakan buah.
Teknologi baja seumpama itu juga mampu meningkatkan kapasiti fotosintesis pokok, menambah kebolehan bahan organik sebagai baja, meningkatkan ketahanan tumbuhan terhadap penyakit, memperbaiki keadaan fizikal tanah.
Menurut Azmi, sebagai permulaan ketika itu, baja berkenaan digunakan pada kelapa sawit dan juga tanaman sayuran.
Selepas mendapat maklum balas positif, beliau melangkah setapak lagi apabila menjadi pengedar kecil-kecilan dan bagi mencapai matlamat itu, Azmi membuat pelaburan awal RM5,000.
Hasratnya ketika itu ialah, menjadi anak Felda seakan tidak bermakna apa-apa tanpa membuat sumbangan.
Maka, dengan menjadikan baja sebagai bahan produk perniagaan, Azmi berpendapat, ia kenapa pada masa dan tempatnya.
Apatah lagi dengan kelulusan hingga setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Azmi perlu mengerah tulang empat keratnya dengan keringat dan satu ketika, air matanya tertumpah mengenangkan saat-saat kepayahan membuat promosi.
Namun, bagi membuktikan generasi kedua Felda sepertinya mampu berjaya, segalanya diharungi dengan tabah.
Dalam tempoh beberapa bulan, beliau mampu memperoleh kira-kira 500 pengguna di sekitar Perak dan Selangor yang kebanyakannya pekebun kecil sawit.
Selain itu, terdapat kalangan pengguna produk tersebut merupakan penanam-penanam sayur dan buah-buahan.
Jenis tanaman yang sesuai untuk menggunakan baja tersebut termasuk tanaman komoditi, buah-buahan seperti betik, rambutan, jambu, lima buah naga dan pisang.
Beliau juga mengesyorkannya untuk tanaman lain seeperti tomato, tembikai dan semua sayuran berdaun, bunga serta padi.
Menurut salah seorang pengguna dari Sekinchan , Mohd. Salim Kaim, 59, beliau telah mencuba baja organik tersebut sejak beberapa bulan lepas ke atas pokok pisang dan kunyit di halaman rumahnya.
“Saya dapati ada perbezaan apabila melihat pokok pisang tersebut iaitu tandannya semakin panjang dan pokok lebih tinggi,’’ katanya
Seorang lagi pengguna, Azman Sahudin,44, dari Sungai Manik, Perak mencuba baja tersebut pada pokok kelapa dan mendapati ia sudah berbuah walaupun sebelum ini tidak ada tanda-tanda akan mengeluarkan hasil.
Dengan maklum balas positif itu, Azmi semakin yakin, beliau mampu menjadikannya baja tersebut sebagai produk yang boleh dibanggakan.
Malah , beliau bercadang meningkatkan jaringan pemasaran dengan membuka lebih banyak outlet yang pada masa ini terdapat di Keratong, Kerteh, Jeli, Seremban dan Sekinchan selain di Kota Tinggi.
Beliau juga telah menghantar sampel ke Kalimantan, Indonesia untuk dicuba oleh pengguna di sana.
Lebih penting bagi bapa kepada lima anak ini, beliau berharap akan dapat mempromosikan baja tersebut di kalangan peneroka Felda dengan bantuan dan sokongan daripada pengurusan syarikat tanah rancangan itu.
Bagaiamanapun, beliau perlu meningkatkan pengeluaran dari 30 tan sebulan kepada sekurang-kurangnya 80 tan sebulan untuk mencapai sasaran tersebut.
Azmi juga akan menjalankan kajian lanjut mengenai kemungkinan baja tersebut dikeluarkan dalam bentuk serbuk.
Pada masa sama, produk tersebut yang telah pun menjalani analisis di Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh membantu sektor pertanian ke arah lebih sihat dan mesra alam.
Ketika ini baja tersebut dikeluarkan dalam bentuk cecair isipadu satu liter berharga RM200 sebotol dan 10 liter berharga RM200.
Beliau bertuah kerana dengan moto ingin Membasahkan Bumi Malaysia dengan Baja Organik itu, Azmi mendapat sokongan daripada pekerjanya di semua peringkat termasuk menjualnya dari rumah ke rumah.
Mereka yang berminat boleh menghubungi 07-8838251 atau 017-7566550 atau emel di contact@biovisionresources.com



ARKIB : 27/04/2008
Menjamu selera depan kandang kambing

BATU PAHAT 26 April - Menjamu selera di hadapan kandang kambing?
Mungkin ramai yang akan menolak pelawaan itu kerana ia nyata bukan 'lokasi' sesuai untuk menjamu selera.
Namun orang ramai yang melawat ladang buah naga atau lebih popular dengan panggilan buah pitaya milik usahawan tani, Abdul Khalid Baba di Kampung Chamek, Kluang dekat sini, akan dijemput untuk menjamu selera di hadapan sebuah kandang kambing.
Situasi ini boleh dianggap 'istimewa' kerana tetamu dijemput menikmati hidangan di hadapan kandang yang mempunyai 86 ekor kambing Boer.
Antara yang turut dijemput menikmati hidangan di situ ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd. Aziz Kaprawi dan Pengarah Pertanian Johor, Adnan Mat Kassim ketika mengadakan lawatan ke ladang berkenaan baru-baru ini.
Menurut Pegawai Pertanian Kluang, Samat Mohd. Yusuf, lokasi itu sengaja dipilih untuk menjamu selera bukan bertujuan menghina tetamu, sebaliknya untuk membuktikan keberkesanan kaedah Efektif Mikroorganisma (EM) yang dipopularkan dalam sektor pertanian di Johor sejak dua tahun lalu.
Katanya, kaedah itu amat baik untuk digunakan dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan kerana mampu mengurangkan kos serta meningkatkan hasil kepada 20 peratus.
"Yang penting penggunaan kaedah EM mampu mewujudkan alam sekitar yang sihat dan bersih.
"Ternakan kambing dan ladang buah pitaya milik Abdul Khalid ini menggunakan kaedah EM dan sebab itulah ia bersih dan langsung tidak berbau hingga kita boleh menikmati hidangan tanpa rasa jijik dan risau akan dikerumuni lalat," katanya.
Menurutnya, walaupun telah terbukti berkesan masih ramai petani merasa ragu-ragu dan enggan menggunakan kaedah berkenaan.
Beliau berkata, kaedah yang sedang dipopularkan J-Biotec tersebut sebenarnya lebih murah dan mampu memperbaiki keadaan tanah dan keadaan sekeliling termasuk mutu air parit dan sungai.
Katanya, ia murah kerana ia tidak menggunakan racun dan baja kimia, tetapi memadai dengan baja organik serta kompos yang boleh dihasilkan daripada najis ternakan, buah-buahan dan sayuran yang rosak dan dibuang di ladang itu.


Bokashi EM

PengenalanBahan asas baja organik, baik dalam bentuk kompos maupun baja kandang dapat berasal dari hasil pertanian, seperti jerami, dan sekam padi, kulit kacang tanah, hampas tebu, batang jagung, dan bahan tumbuhan hijau yang lain. Bahan buangan/tinja ternakan yang banyak dimanfaatkan adalah tinja lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik.
Bokashi adalah suatu kata dalam bahasa Jepun yang bererti “bahan organik yang telah difermentasikan”. Baja bokashi dibuat dengan melalui proses fermentasi bahan-bahan organik (dedak, hampas kelapa, tepung ikan, dsb) dengan EM (Efektif Microorganism). Biasanya bokashi didapati dalam bentuk serbuk atau butiran. Bokashi sudah digunakan para petani Jepun dalam memperbaiki tanah secara tradisional untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam tanah dan meningkatkan persediaan unsur bagi tanaman. Secara tradisional bokashi dibuat dengan cara menfermentasikan bahan organic seperti dedak dengan tanah dari hutan atau gunung yang mengandungi berbagai jenis mikroorganisma.
Kini lebih dikenali sebagai Bokashi EM iaitu bokashi dengan bahan organik yang difermentasikan dengan mikroorganisma efektif, bukan dengan tanah dari hutan atau gunung. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi adalah suatu kultur campuran berbagai mikroorganisme yang bermanfaat (terutama bakteria fotosintetik dan bakteria asid laktik, ragi dan actinomycetes) dan dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob tanah. Penggunaan EM dalam pembuatan bokashi selain dapat memperbaiki strukutur dan kualiti tanah juga bermanfaat memperbaiki pertumbuhan serta jumlah dan mutu hasil tanaman.
Idea tentang penggunaan mikroorganisma efektif ini dikembangkan oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun. Teruo telah menemui mikroorganisma yang dapat hidup secara bersama dalam kultur campuran dan secara fisiologi dapat bergabung satu dengan yang lain. Menurutnya, bila kultur ini dimasukkan dalam persekitaran semulajadi, maka pengaruh baik masing-masing akan lebih berlipat ganda secara sinergik. Menurutnya juga, kultur EM tidak mengandungi mikroorganisma yang telah dimodifikasi secara genetik, tetapi kultur ini merupakan campuran berbagai spesies mikrob yang terdapat dalam persekitaran semulajadi dunia.Bokashi dalam Pertumbuhan dan penghasilan Tanaman
Pada prinsipnya, peranan baja bokashi hampir sama dengan baja organik lainnya seperti kompos, namun bokashi EM pengaruhnya dipercepatkan dengan adanya penambahan mikroorganisma efektif (EM). Bokashi dapat digunakan 3-14 hari setelah perlakuan (fermentasi). Kebaikan penggunaan Bokashi ialah untuk meningkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman meskipun bahan organiknya belum terurai seperti pada kompos. Bila bokashi dimasukan ke dalam tanah, bahan organiknya dapat digunakan sebagai substrat oleh mikroorganisma efektif untuk berkembangbiak dalam tanah, sekaligus sebagai tambahan persediaan unsur bagi tanaman.
EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi sangat berguna sekali dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah, juga dapat menyekat pertumbuhan hama dan penyakit yang merugikan tanaman. Dengan demikian penggunaan bokasi EM baik secara langsung maupun tidak, sangat memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman pertanian termasuk padi , buahan dan sayuran.

Kesan Penggunaan bokasi EM dalam pertanian:



  • Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada

  • Aktiviti hama dan penyakit/patogen dapat dikurang atau dihapuskan

  • Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dll.

  • pengikatan Nitrogen- Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.


Penggunaan baja bokashi merangkumi prinsip ekologi berikut:



  • mineral, penambahan dan baja dari hasil usaha tani.

  • Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat aliran panas, udara dan air dengan cara mengelola iklim mikro, pengelolaan air

  • Memperbaiki struktur tanah sehingga menguntungkan pertumbuhan tanaman terutama pengelolaan bahan organik dan meningkatkan kehidupan biologi tanah

  • mengoptimunkan bahansedia dan keseimbangan unsur mineral tanah, melalui pengikatan nitrogen, penyerapan dan pencegahan hakisanMengurangkan kehilangan hasil tani akibat hama dan penyakit dengan melaksanakan usaha pencegahan melalui perlakuan yang mesra alam

ARKIB : 12/09/2008
Pengusaha ternakan diwajibkan guna teknologi EM
MELAKA 11 Sept. - Kerajaan negeri akan mewajibkan kesemua pengusaha ladang ternakan ayam, itik dan puyuh menggunakan teknologi mikro-organisme berkesan (EM) dalam tempoh setahun dari sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, penggunaan teknologi EM itu bagi mengatasi masalah pencemaran hasil kegiatan ternakan tersebut.
Menurut beliau, kira-kira 175 pengusaha berkenaan sama ada berskala besar atau kecil akan menggunakan teknologi tersebut secara berperingkat-peringkat mulai bulan depan.
''Teknologi ini telah pun digunakan sekarang tetapi tidak menyeluruh dan bermula setahun dari sekarang, kita akan mewajibkan penggunaannya dalam industri penternakan.
''Penggunaan teknologi mesra alam ini akan dijadikan salah satu syarat wajib untuk memperbaharui lesen bagi memastikan semua penternak menggunakannya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
NajisTambah beliau, jika ia berjalan lancar, Melaka akan menjadi negeri kedua yang mewajibkan penggunaan teknologi EM dalam usaha mengatasi pencemaran bau busuk serta pembiakan lalat disebabkan najis ternakan.
Sebelum ini, penggunaan teknologi EM telah diwajibkan oleh kerajaan Johor sejak tahun 2005.
Mohamad Hidhir berkata, keberkesanan teknologi EM telah terbukti dapat mengatasi pencemaran bau ternakan di Johor dan pada masa yang sama berjaya meningkatkan produktiviti ternakan.
''Respons yang diterima daripada penternak yang telah menggunakan teknologi ini, ladang ternakan mereka tidak lagi berbau busuk atau dicemari lalat.
''Hasil ternakan mereka juga semakin sihat dan selamat dikendalikan kerana tidak mengandungi bahan kimia," jelas beliau.
Tambah beliau, penggunaannya cukup mudah iaitu mencampurkannya dengan makanan ternakan atau untuk mencuci kawasan kandang dengan skala satu liter cecair EM bagi setiap 100 liter air.
Katanya, penggunaan teknologi itu juga menjimatkan kos kerana harga bagi setiap botol cecair EM sebanyak lima liter dijual pada harga RM25 sahaja.


EM


EM-1 merupakan teknologi dari Jepun yang dirintis & dimajukan oleh Prof Dr. Teruo Higa. Ianya dipatenkan oleh EMRO ( EM Research Organisation ). Terdiri daripada mikrob berfaedah / ProBioTic terutamanya Lactic Acid Bacteria, Yeasts ( Ragi ) & Phototrophic ( Photosynthetic ) Bacteria. Dalam konteks pertanian & penternakan, EM-1 mempunyai pelbagai manafaat dalam apa jua sistem yang digunakan.Penggunaan EM-1 telah terbukti di seluruh dunia dalam pelbagai senario.


Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar. Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM-1 berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.


EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.EM adalah 'versatile produk' yang menggunakan mikroorganisma yang terdapat dalam ekosistem. Ia tidak bermaksud untuk memperkenalkan mikrob daripada Jepun atau negara lain. Ia sentiasa menggunakan mikrob setempat. Ia tidak mengandungi spesis daripada kejuruteraan genetik.Prinsip EM ialah perubahan bahan buangan yang mengandungi mikrob yang merbahaya kepada sesuatu yang produktif dan mengandungi mikroorganisma berguna. Prinsip yang mudah ini menjadi asas kepada teknologi EM didalam pertanian dan pengurusan alam sekitar. Jadi, penggunaan EM akan memastikan perusahaan pertanian menjadi produktif, alam sekitar menjadi bersih dan hasil yang lebih kepada petani.


EM juga digunakan dalam; Dalam Rumah
Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
Menghilangkan bau busuk, dapur dan comot dalam dapur dan bilik mandi
Membantu menghalau serangga
Membasuh lantai


Pertanian
Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan
Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga
Sebagai baja untuk tanaman
Memulih tanah yang· bermasalah
Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan meningkatkan kualiti baja kompos


Lonkang/Sungai
Membersihkan longkang / sungai supaya tidak berbau busuk


Penggunaan EM pada pokok Gaharu :


# Mempercepatkan pertumbuhan


# Mengawal serangga perosak semasa anak pokok masih kecil


# Anti Kulat


# Mengawal selia kesuburan tanah.


PROSES MENGAKTIFKAN EM-


Bahan-Bahan Yang Diperlukan :


i. EM-1


ii. Gula Merah / Molases


iii. Air Bersih ( Bebas Klorin )


iv. Tong / Botol Plastik Berpenutup


- 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih


Langkah 1 Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya.Nisbah Bancuhan a sisa kimia.


Langkah 2 Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.


Langkah 3 Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.


Langkah 4 Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.


Langkah 5 Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.


Langkah 6 Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).


Nisbah campuran EMAS :


Air Bersih seperti berikut :1:50 bagi tujuan pereputan


1:100/200 bagi tujuan nyah bau.


EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.


ARKIB : 03/10/2008

Teknologi EM hilangkan bau busuk ternakan



8 comments:

  1. as salam...kalau EM yang buat sendiri (baja hijau)...brapa nisbah pencairan bila nak sembur dekat tanaman??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete
  3. Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
    Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
    Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
    Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
    Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Mohon jasa baik tuan adakah wakil penjual EM di zon Pantai Timur khususnya di Kelantan? Saya perlukan untuk menyembur dan menghilangkan bau busuk kandang ternakan. Terima kasih

    ReplyDelete


  5. RIKA ANDERSON LOAN COMPANY

    Keamanan sentiasa bersama anda. Adakah anda sedang mencari pinjaman? Atau adakah anda pernah dinafikan pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih sebab? Syarikat Pinjaman RIKA ANDERSON adalah penyelesaian terbaik untuk kebebasan kewangan anda dan menjadikan 2017 anda berjaya dengan melawat PERKHIDMATAN PINJAMAN RIKA ANDERSON di mana anda boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan impian anda tanpa tekanan dari {Minimum $ 5,000.00 hingga $ 20,000,000.00 maksimum} dan dapatkan pinjaman yang diluluskan Dalam tempoh 24 jam dengan syarat anda adalah tulen. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dalam mata wang yang berbeza. Kami menyediakan pinjaman peribadi dan pinjaman kereta dari $ 1,500 hingga $ 25,000 † 10 JUTA PELANGGAN, Kami telah memperluaskan lebih daripada $ 120 bilion pinjaman kepada lebih dari 10 Juta pelanggan dan pelanggan kami menggunakan pinjaman kami untuk penyatuan hutang, bil isi rumah, pembaikan rumah, kereta pembelian, dan pembelian utama yang lain. Anda berada di tempat yang betul untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Kami menawarkan terma pinjaman dan pembayaran (1-10 tahun) untuk pembayaran balik. Jika ragu-ragu, sila hubungi Puan Aisyah Abdullah melalui aisyahabdula@gmail.com, salah seorang pelanggan baru-baru ini, dia akan memberitahu anda bagaimana kami meminjamkannya (5,000,000 RM) dalam masa kurang dari 48 jam. Kami menyediakan pinjaman kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah tahunan yang rendah dan mampu dimiliki 1-3%. . Sila hubungi kami melalui talian perkhidmatan pelanggan kami, atau sila isi borang di bawah dan marilah kami membantu anda.
    Emai: rikaandersonloancompany@gmail.com
    Viber: +12676524965
    Twitter: rikadiananderso
    Instagram: rikaandersonloancompany

    DATA PEMOHON:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Jantina:
    5) Status Perkahwinan:
    6) Bekerja:
    7) Jawatan di tempat kerja:
    8) Pendapatan Bulanan:
    9) Nombor Telefon:
    10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    11) Tempoh Pinjaman:
    12) Pinjaman Faedah:
    13) Agama:
    14) Pernahkah anda memohon sebelum ini;
    15) tarikh lahir;
    16) jika anda enggan memberikan alasan ........................................ ..
    Melihat ke hadapan untuk bertemu dengan anda ... Terima kasih.

    Mother Rika
    Email address: rikaandersonloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  6. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663

    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
    [[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete