Sunday, April 25, 2010

REBUNG MADU

VARIA

Pulangan lumayan buluh madu

Apakah keistimewaan buluh madu yang mendorong Abu Bakar Ismail untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan?




SETIAP individu pasti ingin berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Begitu juga dengan bekas pengusaha ladang kelapa sawit, Abu Bakar Ismail.

Abu Bakar, 68, dari Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang, Kedah berazam untuk melakukan sesuatu yang berbeza di samping berjaya melalui tanaman pokok buluh madu.

Sehubungan itu, dia mula mencari beberapa ladang buluh madu di sekitar daerah Padang Terap dan Kubang Pasu untuk melihat cara-cara pokok itu ditanam.

Buluh madu menghasilkan rebung madu yang enak selain buluhnya yang sesuai dijadikan produk kraftangan dan perabot.

Begitupun, hasrat warga emas ini hampir gagal apabila isterinya Siti Leha Hashim, 65, menganggap idea itu tidak masuk akal.

Namun, dengan keazaman yang menggunung, Abu Bakar tetap meneruskan tanaman itu di atas tanah seluas satu hektar di depan rumahnya tiga tahun lalu. Ia mengambil masa selama setahun sebelum buluh madu itu membesar dengan baik.

Menurut Abu Bakar, pada peringkat awal dia hanya menanam 50 batang pokok saja untuk melihat kesesuaian tanah dan persekitaran.

"Apabila mendapati semua pokok yang ditanam tumbuh dengan baik, saya mula menanam lebih banyak anak pokok buluh madu di sekeliling rumah," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sehingga tahun ini, Abu Bakar berjaya menanam lebih 650 pokok buluh madu di sekeliling rumahnya.

"Pada mulanya, saya menjual rebung ini kepada masyarakat setempat dan ada juga peniaga yang mengambilnya dua kali seminggu untuk dijual di pasar malam.

"Permintaan terhadap rebung meningkat memandangkan ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu," ujarnya

Abu Bakar yang dibantu oleh isteri dan tiga anak mereka memberitahu, dia menjual rebung yang belum diproses pada harga RM3.50 sekilogram manakala yang siap diproses RM5 sekilogram.

Katanya, permintaan untuk rebung yang ditanamnya itu meningkat pada musim cuti sekolah khususnya daripada individu yang ingin mengadakan kenduri.

"Kebiasaannya pada majlis-majlis kenduri, rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari," jelasnya.

Justeru, dia sering mendapat tempahan rebung madu yang tinggi sehingga dengan pendapatannya mencecah RM30,000 sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, pokok buluh madu tidak sukar dijaga kerana ia merupakan tumbuhan yang lasak.

"Ia cuma perlu diberi baja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau," kata Abu Bakar.

Selain menjual rebung, dia juga turut menjual benih pokok buluh madu pada harga RM10 sepokok.


REBUNG madu antara menu yang popular pada majlis-majlis kenduri.


Apakah rancangan masa akan datangnya? Abu Bakar memberitahu, dia akan menggunakan segala keistimewaan yang ada pada buluh madu untuk mengembangkan perniagaannya.

Abu Bakar berkata, dia akan cuba mendapatkan mesin untuk memproses buluh madu itu untuk dijadikan lidi pencucuk sate dan buluh sebagai perabot.

Jelasnya, dia juga sedang mencari kawasan yang mungkin boleh disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan perniagaannya itu. Pada masa yang sama, mahu menjadikan perniagaannya sebagai model kepada orang lain yang mahu menceburi bidang yang sama.

"Saya berhasrat melangkah setapak lagi dengan mempelbagaikan fungsi pokok buluh madu.

"Mungkin pada masa depan saya akan membekalkan produk-produk yang berasaskan buluh madu selain menyediakan benih kepada mereka yang berminat," tambahnya.

Kepada yang berminat tentang buluh madu boleh menghubungi Abu bakar di talian 013-412 2489.

POTENSI REBUNG MADU

AGROBIZ

Potensi rebung madu


Adnan OSMAN: Rebung madu mempunyai keistimewaan tidak miang dan rasanya juga tidak pahit seperti rebung biasa.


Melentur buluh biarlah daripada rebung' adalah antara peribahasa yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu.

Ini menunjukkan betapa dekat dan prihatinnya masyarakat Melayu dengan alam sekitar seperti buluh dan rebung.

Buluh sememangnya mempunyai banyak kegunaan daripada landskap, bahan binaan rumah sehinggalah kepada perabot, sementara rebung pula enak dijadikan masakan gulai lemak cili padi.

Melihat kepada banyaknya kegunaan buluh dan rebung, Adnan Osman mula membawa pokok-pokok buluh dari China bagi perniagaan landskapnya.

Antara buluh yang dibawa masuk adalah buluh rebung madu yang mudah ditanam, sesuai untuk tanaman landskap serta rebungnya pula tidak miang seperti rebung biasa.

Mula membawa masuk buluh rebung madu pada tahun 2004, Adnan mengusahakannya di tanah seluas 100 hektar di Kedah.

"Saya memilih rebung madu kerana ia mudah diselenggarakan walaupun di tanah yang kering, berpasir mahupun lembap," katanya semasa ditemui di ladang rebung madunya di Projek Pertanian Moden Lanchang, Pahang.

Lawatan ke ladang rebung madu merupakan sebahagian daripada lawatan program Agrochallange Putrajaya-Pekan yang berlangsung baru-baru ini.

Pengurus Tunas Budi Sdn Bhd ini menyifatkan rebung madu yang ditanam amat istimewa kerana cepat membesar, tidak miang serta tidak pahit seperti rebung biasa.

"Buluhnya yang kecil, rumpunnya yang rapat serta tidak mempunyai miang menyebabkan ia sesuai ditanam di sekeliling rumah," katanya.

Ditanya mengenai pengendalian rebung madu, Adnan memberitahu, tidak sesukar mana kerana tanaman berkenaan tidak memerlukan air yang banyak.

"Malah pokok ini boleh hidup walaupun di kawasan yang ditambak dan kering mahu pun di tempat berpaya.

"Cuma apabila ditanam di kawasan yang agak basah, buluhnya akan tumbuh lebih besar," katanya yang memelihara itik sebagai produk sampingan ladangnya.

Jelas Adnan, tanaman buluh rebung madu hanya memerlukan kawasan yang tidak begitu besar kerana satu ekar boleh ditanam dengan 300 rumpun buluh.

Ini bermakna satu rumpun hanya memerlukan kawasan seluas 12 kaki x 12 kaki.

"Apa yang lebih menarik, jangka hayat buluh bukan hanya boleh mencapai sehingga beratus-ratus tahun tetapi mudah hidup dan boleh dituai dalam masa yang singkat," katanya.

Biasanya rebung akan membesar sebanyak enam inci sehari dan boleh dituai setiap dua hingga lima hari.

"Serumpun buluh biasanya boleh menghasilkan dua kilogram rebung sebulan dengan harga pasaran RM5 hingga RM7 sekilogram," katanya.

Adnan berkata, sehingga kini lebih 90 peratus rebung diimport terutamanya rebung kaleng.

"Buat masa ini tidak sampai 10 peratus rebung tempatan yang berada di pasaran tempatan dan bekalan tidak dapat menampung permintaan pelanggan," katanya.

Adnan yang sentiasa peka dengan aktiviti pemasaran telah mula mempelbagaikan industri hiliran bagi rebung madu.

Selain menjualnya secara segar untuk gulai, beliau juga memprosesnya dalam bentuk jeruk untuk dimakan sebagai kudapan.

"Jeruk rebung madu memang mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana rasanya yang lemak manis.

"Jeruk ini diproses tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet," katanya yang bercadang untuk mengkomersialkannya dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun bagi merealisasikan impiannya, Adnan perlukan bekalan rebung madu yang mencukupi.

Justeru bagi mengatasi masalah berkenaan, Tunas Budi Sdn Bhd telah mengadakan pusat jualan serta latihan bagi menanam rebung madu.

"Kami menyediakan pakej menanam rebung madu bermula dengan kaedah menanam, penjagaan, cara menuai sehingga memproses kepada sesiapa yang berminat.

"Kami juga memberikan pilihan sama ada mereka menjual rebung kepada kami atau memasarkannya sendiri," katanya.

Dengan ini, penanam tidak perlu terikat dengan syarikatnya bagi tujuan pemasaran dan mereka boleh membuat pilihan sendiri.

Berkonsepkan agro pelancongan, Adnan juga menyediakan kemudahan penginapan calet bagi peserta yang berminat mengikuti kursus tanaman rebung madu di ladangnya.

"Ini bagi membolehkan peserta merasai pengalaman bagaimana mengendalikan tanaman rebung madu secara hands-on," katanya.

Kursus dibahagikan kepada dua pakej iaitu pakej satu hanya meliputi tanaman dan tuaian dan kedua tanaman, tuaian dan pemprosesan jeruk.

Adnan berkata, selesai kursus peserta boleh membeli rumpun buluh untuk ditanam sendiri dengan harga yang berpatutan di ladangnya.

Pembaca yang ingin maklumat lanjut mengenai tanaman rebung madu boleh menghubungi Adnan di 016-4935395, 013-9180248 atau e-mel: nanbamboo@yahoo.com

Sunday, April 18, 2010

AROWANA

Ikan Arowana
IKAN Arowana atau Scleropages Formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.

Di pasaran tempatan , Arowana Emas Malaysia dan Arowana Merah Indonesia bersaiz 15-20cm dijual dengan harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor , manakala Arowana Emas Indonesia dijual dengan harga RM300 – RM500 seekor. Ikan Arowana Hijau pula dijual dengan harga sekitar RM25 –RM30 seekor. Bagi pasaran tempatan , ikan ini tanpa memerlukan sebarang kawalan undang-undang.

Di peringkat pasaran antarabangsa, urusniaga Arowana memelukan permit CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Hanya ikan generasi F2 dari “Commercial Captive-breeding Operstion ” yang ditakrifkan oleh CITES dibenarkan untuk diurus niaga. Bagi syarikat atau individu yang menjalankan operasi pengeluaran benih Arowana untuk pasaran luar negara , perlu mendaftar sebagai “ Commercial Captive –breeding Operation ” dengan kerjasama Jabatan Perhilitan . Syarikat utama yang perlu dipatuhi ialah ikan mestilah boleh dibiakkan dalam kurungan Sekurang-kurangnya sehingga generasi kedua atau F2.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan.

Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa. Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

KAMBING

KAMBING JAMNAPARI

Asal

Baka ini berasal dari sempadan India dan Pakistan. Ianya hasil kacukan kambing betina dari kawasan Alwar di Rajastan dengan kambing jantan Jamnapari.

Ciri - Ciri
  • Mempunyai rangka badan yang agak tinggi dan besar
  • Mempunyai hidung yang sangat cembung (parrot-like apperance)
  • Berbagai variasi warna bulu tetapi yang biasa ialah hitam dan putih dengan tompokan kecil
  • Berwarna agak gelap pada bahagian kepala dan leher
  • Telinga yang panjang dan melampai ke bawah
  • Mempunyai bulu yang lebat di bahagian punggung (feathers)
  • Dwiguna (daging dan susu)
  • Tahap kesuburan yang tinggi
  • Tahan lasak
  • Daya tahan penyakit yang tinggi
Berat Lahir

Jantan : 3 – 4 kg (7 – 9 Ib)
Betina : 3 – 4 kg (7 – 9 Ib)

Berat Dewasa

Jantan : 68 – 120 kg (150 – 260 Ib)
Betina : 46 – 90 kg (100 – 200 Ib)

Umur Matang

Jantan : 9 bulan
Betina : 18 bulan

Jantan Betina Nisbah

1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting

149 hari – 155 hari


ANGLO NUBIAN
Asal

Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian.

Ciri - Ciri
  • Mempunyai rangka badan yang agak besar
  • Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
  • Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat kemerahan dengan campuran warna hitam dan putih
  • Mempunyai kaki yang panjang dan purata ketinggian badannya 80sm
  • Dwiguna (daging dan susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari
  • Tahap kesuburan yang tinggi
  • Tahan lasak
  • Daya tahan penyakit yang tinggi
Berat Lahir

Jantan : 3.5 kg (8 Ib)
Betina : 3.9 kg (9 Ib)

Berat Dewasa

Jantan : 70 – 85 kg (154 – 190 Ib)
Betina : 55 – 70 kg (120 – 154 Ib)

Umur Matang

Jantan : 9 bulan
Betina : 18 bulan

Jantan Betina Nisbah

1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting

149 hari – 155 hari

BOER
Asal

Baka ini berasal dari sempadan Afrika Selatan. Mula berada di Malaysia sekitar tahun 2006.

Ciri - Ciri
  • Baka tulen mempunyai badan yang bewarna putih dan kepala bewarna coklat
  • Telinga yang agak panjang
  • Jinak
  • Tumbesaran yang cepat
  • Daya keibuan yang tinggi dibandingkan dengan baka-baka kambing yang lain
  • Tahap kesuburan yang tinggi
  • Tahan lasak
  • Daya tahan penyakit yang tinggi
  • Sesuai dengan cuaca panas dan kering
Berat Badan

Jantan : 110 – 135 kg (240 – 300 Ib)
Betina : 90 – 100 kg (200 – 220 Ib)

Umur Matang

Jantan : 9 bulan
Betina : 18 bulan

Jantan Betina Nisbah

1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting

149 hari – 155 hari

TUGGENBURG
Asal

Baka ini berasal dari sempadan Toggenburg Valley, Switzerland.

Ciri - Ciri
  • Mempunyai rangka badan yang sederhana
  • Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna coklat pada keseluruhan badan dengan warna putih pada bahagian tertentu seperti muka dan kaki
  • Mempunyai ‘wattles’ di bahagian leher
  • Ianya antara baka kambing susu yang terkecil di dunia
  • Sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang tenang
Berat Badan

Jantan : 45 – 60 kg (100 – 130 Ib)
Betina : 40 – 50 kg (90 – 110 Ib)

Umur Matang

Jantan : 9 bulan
Betina : 18 bulan

Jantan Betina Nisbah

1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting

149 hari – 155 hari

BIRI-BIRI DORPER & DAMARA

Bebiri Dorper

Asal

Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

Ciri - Ciri
  • Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
  • Daya keibuan yang sangat baik
  • Tahan lasak – mampu hidup di kawasan sejuk serta bersalji
  • Daya tahan penyakit yang agak tinggi
  • Menghasilkan antara kulit (sheepskin) yang terbaik di dunia
Berat Dewasa

Jantan : 45-60kg (100-130lb)
Betina : 40-50kg (90-110lb)

Umur Matang

Jantan : 5 bulan
Betina : 11-15 bulan

Jantan Betina Nisbah

1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting

149 hari – 155 hari



Bebiri Damara
Asal

Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir.

Ciri - Ciri
  • Bebiri yang mempunyai ‘hair’ dan bukannya ‘wool’
  • Mempunyai ekor yang gemuk
  • Daya keibuan yang sangat baik
  • Tahan lasak – boleh hidup di kawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari
  • Daya tahan penyakit yang agak tinggi
Berat Dewasa

Jantan : 68 – 45-60kg (100-130lb)
Betina : 46 – 40-50kg (90-110lb)

Umur Matang

Jantan : 8 bulan
Betina : 11-15 bulan

Jantan Betina Nisbah

1 Jantan : 20 – 30 betina

Tempoh Bunting

149 hari – 155 hari

Tuesday, April 13, 2010

HERBA PEMANIS

RENCANA UTAMA

Perdebatan herba pemanis


SEORANG pekerja menuai daun stevia yang ditanam di sebuah ladang di Caacupe, 50 kilometer (km) ke timur Asuncion, Paraguay.


HERBA pemanis sifar kalori, stevia yang berasal dari Amerika Selatan kini menembusi pasaran global.

Pasaran global untuk pemanis itu telah mencatat kutipan sehingga AS$500 juta (RM1.61 bilion) mengikut undang-undang kelulusan Amerika Syarikat (AS) dan boleh mencecah sehingga AS$10 bilion (RM32 billion) dalam masa beberapa tahun, menurut kajian pasaran firma Mintel.

Stevia yang berasal dari Paraguay turut digunakan berdekad lamanya di Jepun dan di beberapa buah negara Asia lain mendapat reputasi positif apabila Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat pada Disember 2008 telah menjelaskan mengenai khasiat ekstrak stevia yang dikenali sebagai rebaudioside A (Reb-A).

Sejak itu pemanis berasaskan stevia digunakan industri makanan dan minuman jenama gergasi seperti PepsiCo, Coca-cola, Nestle, Danone, Unilever dan stevia juga bakal mempunyai jenamanya sendiri.

"Pengedar Reb-A melaporkan perkembangan drastik dalam pasarannya adalah indikasi bahawa stevia diterima ramai," menurut Mintel dalam laporan terbarunya.

"Reb-A dan stevia diunjurkan untuk menembusi di antara 20 peratus hingga 25 peratus daripada pasaran gula dan pemanis dunia yang sedang berkembang."

Ada yang berpendapat bahawa produk itu hadir tepat pada masanya kerana kebimbangan masyarakat mengenai obesiti di Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai kaitan rapat dengan minuman ringan dan produk-produk lain.

Pada era politik, sosial dan kesihatan yang serius membincangkan tentang gula dan kandungan sirap yang tinggi fruktosa, stevia hadir dengan imej pemanis yang yang semula jadi dan positif," kata penasihat polisi makanan dan blogger, Naomi Starkman.

Ekstrak Rab-A daripada stevia dikatakan 300 kali lebih manis berbanding gula biasa. Ini bermakna secara semula jadinya ia telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk memastikan tahap manis yang sesuai.


MINUMAN ringan Pepsi And Frito mengumumkan rancangan untuk mengurangkan kandungan sodium, gula dan lemak dalam produknya. - Gambar hiasan


Ia digunakan dalam minuman atau makanan tanpa kalori atau bahan rendah kalori seperti Coca-cola Tropicana Tropo50. Ekstrak stevia yang digunakan itu dikenali sebagai PureVia dihasilkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia PureCircle Limited.

"Tiada penyelesaian lain di pasaran seperti yang dilakukan oleh stevia," kata Pengarah Kumpulan Pemasaran PureCircle, Jason Hecker.

Tahap glisemik yang terdapat dalam stevia juga rendah. Jadi, iA boleh digunakan oleh penghidap diabetes dan produk diet kerana ia adalah semula jadi."

China merupakan pengeluar daun stevia terbesar yang membekalkan ekstrak itu. Ia digunakan meluas sebagai pemanis di Jepun sejak 1970-an.

PureCircle membeli daun-daun stevia daripada pekebun kecil dari pelbagai lokasi di seluruh dunia dan juga turut mengusahakan ladangnya sendiri di Paraguay dan Kenya.

"Stevia adalah sebuah kisah indah yang membantu pekebun-pekebun kecil," kata Hecker.

Rendah kalori

Pengeluar stevia utama yang lain adalah AS yang dikenali sebagai Cargill. Mereka mendapat bekalan melalui GLG Life Tech Kanada dan memasarkan jenama Truvia Reb-A yang dikenali sebagai rebina. Produk itu digunakan dalam minuman seperti Coca-cola, Sprite Green, minuman Odwalla dan produk-produk lain campuran yogurt daripada Breyer.

"Pengguna lebih tertarik untuk mengetahui asal-usul makanan mereka dan cara-cara ia dibuat sehingga permintaan kepada rasa yang sedap, rendah kalori, dan semula jadi. Produk stevia memenuhi segala kriteria itu," kata Timbalan Ketua Presiden Cargill, Zanna McFerson.

Kebanyakan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) masih melarang penggunaan stevia kecuali Perancis yang telah memulakan percubaan menggunakan ekstrak stevia dalam tempoh dua tahun.


PENGGUNAAN ekstrak daun stevia masih dalam perdebatan.


Pengeluar stevia mengharapkan penerimaan yang lebih baik daripada pejabat keselamatan EU dan ia diterima di kebanyakan negara lain termasuk Australia, New Zealand dan Switzerland.

Namun, stevia masih meragukan. Ramai yang mendakwa kelulusan penggunaannya dilakukan secara terburu-buru ketika pemerintahan Presiden George W. Bush untuk memenangi hati pengeluar minuman ringan yang telah diharamkan sejak bertahun-tahun.

"Sukar untuk menentukan sama ada stevia selamat digunakan atau tidak kerana kajian mengenainya sangat sedikit," kata seorang profesor nutrisi Universiti New York, Marion Nestle.

"Kita boleh berdebat sama ada kimia pemanis yang didapati daripada daun stevia adalah betul-betul semula jadi, masalahnya ialah stevia tidak mempunyai rasa seperti gula," katanya. - AFP

Monday, April 12, 2010

KEGUNAAN POKOK PISANG

Serat batang pisang pikat juri
Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2010/04/13

2 pelajar harumkan nama negara menang pertandingan reka cipta di China

BUKIT MERTAJAM: Dua pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS), di sini, mengharumkan nama negara apabila ciptaan mereka memenangi tempat pertama pada Pertandingan Reka Cipta Sains Remaja Beijing di China, bulan lalu.
Mas Aidil Mas Rosemal Hakim, 18, dan Nurein Ardini Samsuri, 16, mencipta serat daripada batang pisang yang mampu menyerat minyak dalam air, khusus untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar terutama di laut.

Mereka turut memenangi anugerah istimewa daripada sebuah syarikat penaja pertandingan itu yang berpangkalan di China, Semia. Dua remaja itu mewakili negara pada pertandingan berprestij itu selepas muncul johan pada pertandingan Perekacipta Muda Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Kesatuan Reka Cipta dan Reka Bentuk Malaysia (Minds).

Pertandingan yang diadakan dari 17 hingga 23 Mac lalu, disertai remaja dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Jerman dan New Zealand membabitkan sejumlah 1,286 projek.

Kejayaan pelajar itu diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan di sekolah mereka, semalam. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Tarmizi Kamaruddin dan Pegawai Pelajaran Daerah, Khalid Ahmad.

Ketika ditemui pada majlis itu, Nurein Ardini berkata, mereka mendapat ilham untuk mencipta produk dikenali sebagai MoBanT Fibre itu selepas melawat rumah Mas Aidil dan melihat ibu rakannya itu membuang batang pisang.
"Kami membuat kajian dan mengambil masa satu tahun setengah untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan bantuan pelbagai pihak antaranya Universiti Sains Malaysia (USM) dan guru penasihat, Go Seow Ann," katanya.

Menjelaskan proses menghasilkan bahan serat itu, Nurein Ardini berkata, ia bermula dengan memotong batang pisang dan dibersihkan bagi membuang mikroorganisma seperti kuman.

Selepas itu, batang pisang yang dipotong kecil dikisar. Batang pisang yang sudah dikisar itu kemudian dicampur dengan asid stearik dan kapur (kalsium karbonat) sebelum dikisar sekali lagi.

"Cara menggunakannya cukup mudah, iaitu dengan meletakkan bahan serat berkenaan di permukaan air dan ia akan menyerap semua minyak. Walaupun mengumpul minyak, bahan serat itu tidak akan tenggelam," katanya.

Produk itu boleh digunakan oleh pengusaha kapal yang sering meninggalkan kesan minyak di permukaan air laut yang dibimbangi boleh memusnahkan hidupan laut.

Penggunaannya tidak membabitkan perbelanjaan besar kerana kos menghasilkan bahan itu murah disebabkan hanya menggunakan bahan semula jadi.

Ditanya bila mereka akan mempatenkan hasil reka cipta itu, Nurein Ardini berkata, langkah berkenaan bakal dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan pihak sekolah dan USM

Sunday, April 11, 2010

BULUH JANJI PULANGAN LUMAYAN

NEGARA

Mior tawan projek buluh RM14.6 juta


ANTARA set ruang tamu yang dipamerkan di pejabat Istana Bambu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Siapa sangka pokok buluh di negara ini berpotensi dan dapat memberikan pendapatan lumayan jika diusahakan secara komersial.

Bagi Mior Shariman Moksin, ia bukan sekadar pokok biasa tetapi ia memiliki keistimewaan yang mampu menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya dalam industri tersebut.

Ini dibuktikan dengan kemampuan syarikatnya, Istana Bambu Sdn. Bhd. (Istana Bambu) yang sedang membangunkan tiga buah resort dan enam buah restoran berasaskan buluh yang bernilai RM14.6 juta.

PEMBIAKAN KELAH

AGROBIZ

Hasil benih kelah terbaik


KETUA Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub melepaskan benih ikan kelah yang berjaya di hasilkan di PPA di Perlok sungai Kuala Serau, Lipis, Pahang.


IKAN kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata pancing.

Justeru, kombinasi semangat juangnya yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar.

Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.

Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.

Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah.

Menurut Ketua Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Perlok, Jabatan Perikanan Pahang, Muhamad Hatta Mahmud, habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut.

''Secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju.

''Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar," katanya ketika ditemui pemberita di pusat tersebut.

Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.

Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.

Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor).

Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.

Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai.

Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus.

Ujar Mohamad Hatta, induk kelah yang diperoleh kini merupakan generasi kedua (F2) selepas kejayaan pertama pembenihan ikan tersebut.

Selain menghasilkan benih kelah PPA Perlok ini juga turut menghasilkan benih ikan lampam sungai, baung, keli dan patin.

PPA Perlok turut menerima tempahan daripada orang perseorangan mahu pun mana-mana syarikat untuk melakukan proses pembenihan ikan menurut permintaan.

Diwujudkan sejak tahun 1998, PPA Perlok secara rasminya dibuka pada tahun 2000 dan berkeluasan 110 ekar.

Kelebihan

Apa yang menjadi kelebihan kawasan PPA Perlok ini adalah kerana mudah untuk mendapatkan punca air semulajadi yang bersih.

Sehingga kini, PPA Perlok telah menghasilkan ribuan anak benih ikan air tawar untuk menampung keperluan ke seluruh negara.

Selain itu, anak benih ikan air tawar tersebut juga telah dilepaskan di sungai-sungai sekitar Pahang bagi tujuan meningkatkan sumber perikanan di negeri itu.

Dengan itu, ia mampu mengelakkan sumber ikan di sungai yang amat bernilai, pupus kerana pelbagai faktor antaranya masalah pencemaran, penggunaan tanpa kawalan atau pembiakan semula jadi yang tidak memberangsangkan.

Saturday, April 10, 2010

JANA PENDAPATAN LUMAYAN

Tauke ikan keli
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/04/11


MOHD Fadzil bersama dua orang anaknya memberi makan ikan keli.
Penduduk di Lembah Klang memerlukan 15 tan ikan keli sehari

MINATNYA bermula dengan melihat seorang lelaki berketurunan Cina menyewa lombong menjalankan perniagaan menternak ikan keli selama 15 tahun. Dia pernah bertanya bagaimana dengan kerjaya itu tetapi jawapan ‘teruk’ yang diberi lelaki berkenaan tidak dipercayai, sebaliknya menjadi pembakar semangat Mohd Fadzil Ibrahim, 57, untuk mencari peluang meneroka kerjaya sama.

Tauke ikan keli
Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2010/04/11

sebelum - selepas
MOHD Fadzil dan isteri, Saadiah di tepi kolam ikan keli mereka di Taman Agrotek Bestari Jaya, Kuala Selangor." border="0"> MOHD Fadzil bersama dua orang anaknya memberi makan ikan keli." border="0">

MOHD Fadzil bersama dua orang anaknya memberi makan ikan keli.
Penduduk di Lembah Klang memerlukan 15 tan ikan keli sehari

MINATNYA bermula dengan melihat seorang lelaki berketurunan Cina menyewa lombong menjalankan perniagaan menternak ikan keli selama 15 tahun. Dia pernah bertanya bagaimana dengan kerjaya itu tetapi jawapan ‘teruk’ yang diberi lelaki berkenaan tidak dipercayai, sebaliknya menjadi pembakar semangat Mohd Fadzil Ibrahim, 57, untuk mencari peluang meneroka kerjaya sama.
“Satu perkara mengenai orang Cina ialah mereka tidak akan membuat sesuatu kerja jika ia tidak memberi pulangan lumayan. Itu yang saya percaya dan terbukti keputusan saya berhenti kerja dengan diberi pampasan untuk menjalankan perniagaan menternak keli bukan satu kesilapan,” katanya ketika ditemui di kolam ikan ternakannya Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya di Kuala Selangor baru-baru ini. Mohd Fadzil mengaku ‘teruk’ pada awal pembabitan dalam bidang yang diusahakannya sejak 1991 tetapi selepas 20 tahun, dia kini boleh berbangga dengan 200 kolam ternakan ikan miliknya di tanah seluas dua hektar milik kerajaan negeri Selangor.

Kini kolam milik Mohd Fadzil dengan setiap satunya berukuran 6 meter X 9 meter X 1.2 meter tinggi menempatkan 10,800 ikan keli, selain tilapia hitam sebanyak 2,000 ekor, tilapia merah, puyu, patin serta beberapa spesies ikan peliharaan seperti ikan emas dan pelaga.

Melaburkan RM84,000 sebagai modal, RM34,000 diberikan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah Skim Usahawan Peladang, manakala selebihnya hasil simpanan, Mohd Fadzil dan isteri, Saadiah Kamit, mula menternak keli pada 2006 selepas mendapati ia mendapat pasaran baik.

“Ramai yang tidak tahu penduduk Lembah Klang memerlukan bekalan ikan keli sebanyak 15 tan sehari. Cuba bayangkan permintaan yang menanti pengusaha ikan ini. Pasaran memang ada tetapi penternak tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka perlu bijak merangka strategi sendiri.
“Cuma saya hendak ingatkan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini bahawa ia tidak menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat tetapi saya berani jamin ia berterusan dan lumayan. Pendapatan saya 100 peratus dari sini,” katanya yang dibantu oleh enam daripada tujuh anaknya serta dua pekerja luar menguruskan kolam berkenaan.

Kesungguhan Mohd Fadzil membuatkan dia terpilih sebagai pemenang anugerah Penternak Ikan Air Tawar Selangor buat kali pertama pada 1993. Selain menternak, Mohd Fadzil turut menjalankan proses penetasan serta menganjurkan kursus penternakan kepada mereka yang berminat.

Beliau juga mengingatkan kepada sesiapa yang berminat menternak ikan keli supaya tidak mengusahakannya secara kecil-kecilan, sebaliknya memulakan operasi secara besar-besaran sekali gus kerana ia lebih menguntungkan.

Menariknya, ikan keli yang datang dari kolam Mohd Fadzil boleh dimakan tanpa was-was oleh pengguna Islam kerana beliau memberi jaminan bahan makanan yang diberi adalah halal.

“Saya memandang industri ini sebagai fardu kifayah kerana ramai orang Melayu yang makan ikan keli. Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.

“Ikan saya sebaliknya diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin. Semua benda itu pula mudah diperoleh di sekeliling kita dan jika dikomersialkan, kerajaan menjimatkan berjuta ringgit untuk mengimport bahan berkenaan.

“Orang Islam perlu bijak membezakan ikan yang diberi makanan bahan haram dan bahan halal kerana perbezaannya amat ketara dari segi bentuk ikan itu sendiri. Ia mudah dikesan,” katanya.

Disebabkan bahan makanan haram itu mudah diperoleh, pengusaha Melayu sukar mendapat tempahan pasar raya, pasar basah dan pemborong kerana harga yang ditawarkan oleh pengusaha bukan Melayu jauh lebih murah sedangkan palet ikan lebih mahal.

“Mereka boleh menjual pada harga RM2.50 untuk sekilogram tetapi kita terpaksa mengenakan harga RM3.80 untuk satu kilogram. Itu satu persaingan sengit dan selalunya di situlah pengusaha Melayu ketinggalan,” katanya.

Menyentuh mengenai pasaran ikan keli, Mohd Fadzil berkata, selain dijual terus ikan keli boleh dijadikan salai, dikeringkan, filet, otoshimi iaitu proses mengeluarkan tulang ikan untuk dijadikan keropok, serunding dan satar serta surimi iaitu sejenis bebola ikan, malah ada permintaan mendapatkan kulit ikan keli matang dari Romania untuk dibuat dompet, tali pinggan dan beg tangan wanita.

Sayangnya Mohd Fadzil tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana bekalan tidak mencukupi.

Menyentuh mengenai cara menternak ikan berkenaan, Mohd Fadzil berkata, ia diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang dan pada bulan pertama keli perlu diberi makanan berprotein tinggi.

“Ikan keli kacukan Afrika Malaysia sudah boleh dijual pada usia tiga bulan berbanding keli Malaysia yang memerlukan enam bulan untuk matang. Namun kebanyakan keli yang ada di pasaran adalah kacukan,” katanya.

Info
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram
  • Kepala berbentuk ‘V’
  • Bentuk badan mirip torpedo
  • Badan berwarna hitam berkilat
  • Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
  • Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
  • Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

    Halal
  • Kepala berbentuk ‘U’
  • Bentuk badan tirus
  • Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  • Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  • Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
  • Digoreng tidak meletup
  • POKOK NEEM

    KESIHATAN

    Semambu farmasi desa

    Dalam perubatan tradisional, semambu banyak digunakan sebagai salah satu bahan utama formula pembersihan darah.


    SEMAMBU biasanya digunakan untuk menangani masalah kesihatan mengikut sistem perubatan India kuno, Ayurveda.


    TERKENAL dengan jolokan 'farmasi desa' di India, pokok neem atau semambu adalah tumbuhan ajaib yang membekalkan 1,001 kegunaannya.

    Ketahanan tumbuhan ini terhadap persekitaran baik dari aspek cuaca mahupun keadaan tanah adalah testimoni kepada vitaliti pokok semambu.

    Walaupun semambu dipercayai telah wujud lebih 2,000 tahun lalu, sesetengah data mendedahkan penggunaan neem secara selamat dan berkesan di kalangan masyarakat India telah bermula sejak 5,000 tahun lalu.

    Semambu atau nama botaninya Azadirachta indica, biasanya digunakan untuk menangani sejumlah masalah kesihatan mengikut sistem perubatan India kuno, Ayurveda.

    Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (Ujian Percubaan Klinikal dan Perkhidmatan Perubatan), The Himalaya Drug Company, Dr. Pralhad Sadashiv Patki berkata, setiap bahagian pokok semambu yang memberi manfaat kesihatan turut tercatat dalam laporan-laporan perubatan Ayurveda.

    "Dalam perubatan tradisional, semambu banyak digunakan sebagai salah satu bahan utama formula pembersihan darah dan melegakan masalah berkaitan diabetes.

    "Sebenarnya, salah satu kegunaan semambu paling popular adalah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi. Di India, daun dan ranting semambu digunakan sejak beribu tahun lamanya oleh masyarakat tempatan untuk memberus gigi dan membersihkan gusi bagi memperoleh kesihatan oral," katanya pada pelancaran semula produk Himalaya berasaskan semambu di ibu negara, baru-baru ini.

    Menurutnya, bukti klinikal dan hasil penemuan awal telah menyokong manfaat luar biasa semambu khasnya bahagian kulit, daun dan minyak neem.

    Sambil memberitahu terdapat antara 10 hingga 20 juta batang pokok semambu di India, beliau berkata, kesemua bahagian pokok semambu termasuk bunga, benih, buah, akar dan kulit telah digunakan dalam rawatan melegakan keradangan, jangkitan, demam panas, penyakit kulit dan penyakit gigi.

    Namun, ciri-ciri antibakteria dan juga kesan antikarsinogenik daun semambu telah mempopularkan penggunaannya untuk masalah kulit seperti jerawat yang biasa dialami oleh golongan muda.

    Keberkesanan semambu terhadap masalah kulit yang serius seperti ekzema, psoriasis dan kaki atlet juga telah diperakui kerana kemampuannya menyingkirkan toksik dalam darah.

    "Pokok semambu tumbuh di kebanyakan tempat di India dan Afrika. Malah di China, kanak-kanak yang mengalami demam campak akan diminta tidur di atas daun semambu bagi melegakan masalah tersebut," jelasnya yang berasal dari India.


    BUNGA SEMAMBU


    Bagaimanakah semambu bertindak ke atas masalah kulit?

    Apabila semambu memasuki tubuh, ia akan meredakan lebihan kandungan gula dalam badan yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah kulit.

    Data-data perubatan kuno seperti Sushrita Sanhita menunjukkan, keupayaan semambu menghalang pergandaan virus menerusi gabungan dengan sel-sel kulit. Sekatan yang yang berlaku pada pertumbuhan virus memberi ciri-ciri germisid dan antialahan kepada semambu.

    Sains perubatan moden kini turut mengkaji potensi kegunaan semambu dalam bidang perubatan. Malah, kajian terkini menunjukkan semambu bukan sahaja mampu menangani semua jenis masalah jangkitan kulat, malah turut dimanfaatkan oleh pesakit yang mengalami keresahan, obesiti dan pelbagai kesakitan lain.

    Beliau yang yakin dengan masa hadapan produk-produk berasaskan herba berkata, Himalaya akan terus memastikan setiap produk herba yang diperkenalkan bebas bahan-bahan racun, plumbum mahupun bahan logam berat yang bertoksik.

    Herba-herba yang digunakan dalam produk Himalaya berasal khas dari kaki gunung Himalaya di India dan ladang-ladang eksklusif yang diusahakan oleh petani-petani tempatan.

    neem
    Daun Neem lebih dikenali dengan panggilan daun semambu, atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda.
    Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan banyak ditemui di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan.
    Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai.Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

    p/s: Masih lagi teringat masa zaman sekolah dulu. Pernah sekali terkena demam campak. Mak aku bagi mandi dengan daun ni lah.. Memang mujarab..


    KAWALAN PEROSAK GUNA POKOK NEEM

    FUNGSI NEEM:

    a) menyekat pembentukan telur, larva dan pupa
    b) Pemberhentian penukaran larva atau nimph
    c) menggangu komunikasi seksual dan pemandulan serangga dewasa

    d) penghalau larva dan serangga

    e) kesan rencatan dlm hasilan telur serangga betina

    f) kawal penghasilan larva dan pembentukan serangga dewasa

    g) ganggu selera makan serangga

    h) sekat keupayaan gut

    i) menggangu penukaran@ metamorfosis pada pelbagai peringkat dan pembentukan kitin.

    Dengan cara ini penggunaanya dapat mengawal hampir 200sp serangga perosak yg biasa rintang kepada racun serangga kimia. Termasuk lalat buah, face fly, horn fly, white fly, house fly, nyamuk, nyamuk pembawa sakit kuning, head louse, kumbang, lipas, rama-rama, tobacco bud worm, belalang, locust, house cricket, bugs dll. Bahan aktif adalah azadirachtin berfungsi sbg racun larva dan anti pemakanan.

    Fungsi derivatif neem:

    • racun serangga
    • racun kulat
    • racun nematod
    • anti feedent
    • penyekat metamorfosis @tukaran fasa dan pembentukan kitin
    • pengubah regulasi tumbesaran
    • agen pemandulan jantan
    • anti reproduksi.

    Ekstrak bertindak dalam fungsi serangga

    a) kitaran hidup serangga

    Azadirachtin masuk ke dlm sistem bdn serangga aktiviti tukaran fasa ( ecdysone) terencat. Larva gagal bertukar dan akhirnya mati. Bagi kepekatan rendah larva berupaya tukar tapi mati pada fasa tersebut. Kepekatan plg minima , tukaran berlaku tetapi steril/mandul.

    b) Penghalang makan

    Komponen lain azadirachtin, salanin dan melandriol yang menyelaputi permukaan daun mybbkan situasi anti peristaltik, iaitu muntah, menelan dihentikan.

    c) Penghalang hasilan telur

    Serangga betina direncat drpd hasilkan telur.

    Gambar jenis2 serangga perosak

    tobacco bud worm

    head louse

    locust

    mealy bugs

    face fly

    mealy bugs and scale insects

    KESAN NEEM KE ATAS KUMPULAN SERANGGA BERBEZA

    a) Ortoptera- belalang, kriket, katydids dsb
    Tabiat makan dihentikan. Pengurangan saiz koloni dlm locust.

    b) Homoptera- kutu daun, cicadas, scale insects, leafhoppers dsb
    Penggunaan serbuk neem memberi kesan dalam regulasi tumbesaran dan tabiat pemakanan. Dos rendah elakkan pokok darpd dijangkiti oleh virus tungro oleh pembawa green rice leafhoppers

    c) Thysanoptera- kutu trip
    Dapat kawal larva kutu trip dalam tanah.

    d) Coleoptera-beetles, weevils
    Tumbesaran direncat dan bahgn kulit yg tersentuh dengan serbuk neem atau sol. akan musnah.

    e)Lepidoptera-moths,skippers, millers dan rama2.
    Tindakan sbg anti pemakanan dan rencat tumbesaran bagi larva lepidopterus

    f)Diptera-flies
    Serangga seperti lalat buah, face flies, bot flies, lalat rumah dan horn flies mempunyai kesan terhadap neem.

    g)Hymenoptera (Bees, Wasps, Sawflies,semut dsb)
    Larva dari serangga sawflies kesan dengan penghalang makan dan penghalang tumbesaran.

    h) Heteroptera (Bugs)
    Kumbang seperti kumbang perosak padi dan sayuran dan juga alami antifeedant dan growth deterrent simptom.

    MODUS OPERASI KE ATAS PEROSAK YG SPESIFIK
    a) Desert Locust
    Koloni besar locust nimph.Caranya adalah : 2.5 litres semburan/hectare (1 liter/ekar) halang juvenil (anak) daripada musnahkan tanaman secara berkumpulan.sama spt belalang.

    b) lipas
    Neem bunuh lipas muda. Dewasa dihalang daripada bertelur.

    c) Brown Planthopper
    Neem brown planthopper dan perosak padi.

    d) Leafminers
    Neem sangat efektif terhadap leaf miners. Serbuk neem ditambah pada tanah menerusi sistem akar, dan ini terus memasuki sistem tumbuhan. Apa yg berlaku hormon moulting (tukaran) diganggu menyebabkan juvenil terperangkap dlm kepompong atau kulitnya.

    e) Nyamuk
    Menghalang nyamuk daripada membiak

    f) lalat buah
    Kawalan 100% dan bersesuaian terhadap organisma pengawal lalat buah lain.

    g) Nematoda
    Penggunaan neem jns ekstrak akuas menunjukkan 100% kawalan dalam pembiakan nematod dlm 12 jam ujian makmal.

    h)Siput

    Boleh digunkan utk hauskan siput. Larutan akuas dapat membunuh 100% Melania scabra. Suput ini adalah vektor flung flukes yg menghuni (ensit) di dalam paru2 haiwan ternakan, liar dan manusia.

    PENYAKIT AKIBAT VIRUS

    Yellow vein mosaic of okra, yellow mosaic of gain legum and daun keriinting dalam cili sebabkan kerugian besar.
    Pokok padi yg disembur minyak neem/ekstrak dapat menurunkan kadar kehadiran ragged-stunt yang dibawa oleh planthoppers.
    Elakkan pindahan virus tungro kepada pk padi yg lain dan bagi anak padi semburan serbuk neem berkesan bebaskan pokok padi dari tungro virus.. Dan pindahan virus mozek tembakau pada kebanykan sayuran.

    Kulat
    Bersifat antikulat.Berupaya utk kawal kulat daun dan bbp pykt disbbkan kulat. Juga boleh elakkan penyebaran powdery mildew jika semburan awal dilakukan.

    KESAN TERHADAP SPP. BUKAN SASARAN

    Kesan ke atas cacing tanah
    Neem seed kernels when incorporated into potting soil, which contained earthworms, increased the earthworm population by 25%.

    b) Serangga bermanfaat
    Tiada kesan buruk ke atas spiders dan juga serangga lain spt lebah pendebunga, kumbang.

    PENGURUSAN PEROSAK DALAM TANAMAN
    Racun serangga neem adalah selamat digunakan dan berkesan dalam mengawal perosak tanaman ke atas hampir lebih 300 perosak dan serangga dan perlunya dalam mengekalkan kualiti simpanan makanan daripada rosak.

    1. Burung
    Kerosakan oleh burung spt gagak dan burung2 lainyang iasa merosakkan biji bunga matahari dan jagung dapat dikurangkan dengan semburan neem ekstrak bersama campuran air (300gm serbuk neem + 1 liter air).

    RACUN ORGANIK

    1) Racun serangga organik

    600ML Air bersih
    100 ML Molases
    100mL spirit
    100ML Cuka asli
    100ML EM
    Nota:
    boleh tambah hirisan halia atau cili
    peram selama 8 hari
    bila nak guna cairkan 1:500
    pH kurang 3.7
    simpanan sehingga 6 bulan
    e.g Tong 16 liter
    pengiraan adalah 1/500 x 16
    jadi hanya guna 0.032 liter iaitu 32 ML shj

    penyediaan racun organik EM

    - sediaan racun dibuat berdasarkan resepi di atas dan dibiarkan selama 8 hari sebelum ditapis

    - pada hari ke-8 (21/8/2007) campuran serangga organik sudah siap digunakan setelah ditapis dalam vol. 1 liter

    2) Racun serangga neem oil/minyak semambu

    cara nak buat campuran untuk 10 liter :
    -1 liter air + 10 ml cecair cuci pinggan + 50 ml neem oil dan ditambah air utk volume 10 liter

    3)Racun serangga bhn asas tumbuhan hijau (pokok pitaya)
    -campuran EM + molasess + daun2 ada unsur perubatan (bawang putih, cili
    kering,daun buluh, mengkudu, asam keping dan batang pokok pitaya yang kaya aloe vera)
    -Di peram selama 5 hari dan patinya dicampur air 1:10.
    - penggunaan : Sembur pokok 2 hari sekali.
    -Tiada masalah reput batang…serangan serangga dan kulat juga kurang…

    4) Racun serangga organik.
    Bahan2

    100ml EM1
    100ml Gula Merah
    200gm bawang putih
    200gm cili kering
    200gm daun buluh @ daun kari @ daun asam gelugor @ asam jawa
    200gm batang aloevera (lidah buaya)
    200gm sebarang daun-daun tumbuhan yang dikenalpasti bleh menghalau serangga tersebut.
    20 liter air suling @ air sungai @ sebarang air tanpa klorin.

    campurkan semua bahan2 dan peram selama 6 hari. tapis bahan2 itu dan simpan airnya dalam bekas kedap udara. hampas boleh buat baja.

    untuk siram ke pokok.

    100 ml air rendaman tadi + 10 liter air suling @ air hujan @ air sungai
    sembur pada pokok 2 hari sekali. kalau teruk setiap hari.
    Nota:

    Resepi Racun serangga organik (anta-portal BJ)

    5) Racun serangga organik

    Bahan2

    1) cili padi 10 biji tumbuk, 1 liter air dan tapis sblum guna..

    2)Sabun cap kapak(potong kecik2) sbyk 100gram
    rebus dgn air,pastu campur dgn 10 liter air..letak dlm 1 bekas..
    apply 1/3 cawan rcun dgn 1 liter air

    Otai EM Kulim

    note: nijangs BJ

    6) Racun serangga organik

    daun neem….30% blend
    10% daun sirih.blend
    10% daun sentang….blend
    10% bawang putih….blend
    10 % kulit kayu manis…blend…
    lepas blend…….+ 30% air beras yg telah diperam selama 3-4 hari
    lepas tu…..peram selama 7 hari sebelum digunakan

    sumber: mat_ yesz (bicarajutawan)

    CARA BUAT KOMPOS MUDAH

    Bahan utama membuat kompos, iaitu sampah itu sendiri. Ada dua jenis sampah iaitu organik dan bukan organik. Sampah diasingkan berdasarkan jenisnya.

    1. sampah organik dijadikan bahan kompos adalah sampah bukan hijau (daun kering, rumput kering, serbuk gergaji, serutan kayu, sekam, jerami, kulit jagung, kertas yang tidak berkarbon, tangkai sayuran) dan sampah hijau (sayuran, buah-buahan, potongan rumput segar, daun segar, sampah dapur, hampas teh/kopi, kulit telur, tinja ternakan

    2.sampah bukan organik adalah plastik, stereoform, kertas (berkarbon), logam, dan kaca.

    Selain itu ada bahan-bahan yang sebaiknya tidak dibuat kompos iaitu:

    1. Daging, ikan, kulit udang, tulang, susu, keju, lemak/minyak, hampas kelapa, sisa sayuran yang bersantan (menyebabkan munculnya lalat).
    2. Kotoran anjing & kucing (kemungkinan membawa penyakit).
    3. Tanaman yang berhama
    4. Ranting, dahan, dan batang kayu yang tidak mudah hancur dalam kompos (mengundang rayap).

    Bahan pemula sebagai pengurai sampah menjadi kompos. Bahan pemula siap pakai seperti EM4 (effective microorganism 4)

    Pemula buatan sendiri ini biasa disebut dengan MOL (micro organisme local). Kita boleh membuat MOL dari nasi, yang baru maupun basi.

    Langkah-langkah membuat MOL yang merupakan bahan pemula dalam pengomposan:

    1. Nasi (baru maupun basi) dibentuk bulat sebesar bola ping-pong sebanyak 4 ketul.
    2. Diperam selama tiga hari sampai keluar kelompok kulat yang berwarna kuning, jingga, dan abu-abu.
    3. Bola nasi berkulat kemudian dimasukkan ke dalam botol/bekas plastik.
    4. Tuang air satu gayung yang sudah dicampur gula sebanyak empat sendok makan ke dalam botol/bekas yang berisi nasi berkulat.
    5. Peram lagi selama satu minggu. Campuran nasi dan air gula tersebut akan berbau masam manis seperti tapai.
    6. MOL sudah sedia digunakan sebagai bahan pemula untuk membuat kompos dengan dicampur air. Perbandingan MOL dengan air dalam julat nisbah 1:5.

    Bekas untuk memproses sampah menjadi kompos adalah karung guni beras.

    Jenis sampah sebagai bahan kompos adalah sampah coklat kaya kandungan karbon (C) yang merupakan sumber energi makanan untuk mikrob. Sampah hijau mengandung nitrogen (N) yang diperlukan oleh mikrob untuk tumbuh dan berkembang biak. Sampah organik secara semulajadi akan mengalami penguraian oleh ratusan jenis mikrob, enzim, kulat, dan binatang tanah. Proses penguraian memerlukan suhu tertentu, kelembapan, dan oksigen (udara segar).

    BOKASHI EM

    Bokashi EM

    Pengenalan
    Bahan asas baja organik, baik dalam bentuk kompos maupun baja kandang dapat berasal dari hasil pertanian, seperti jerami, dan sekam padi, kulit kacang tanah, hampas tebu, batang jagung, dan bahan tumbuhan hijau yang lain. Bahan buangan/tinja ternakan yang banyak dimanfaatkan adalah tinja lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik.

    Bokashi adalah suatu kata dalam bahasa Jepun yang bererti “bahan organik yang telah difermentasikan”. Baja bokashi dibuat dengan melalui proses fermentasi bahan-bahan organik (dedak, hampas kelapa, tepung ikan, dsb) dengan EM (Efektif Microorganism). Biasanya bokashi didapati dalam bentuk serbuk atau butiran. Bokashi sudah digunakan para petani Jepun dalam memperbaiki tanah secara tradisional untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob dalam tanah dan meningkatkan persediaan unsur bagi tanaman. Secara tradisional bokashi dibuat dengan cara menfermentasikan bahan organic seperti dedak dengan tanah dari hutan atau gunung yang mengandungi berbagai jenis mikroorganisma.

    Kini lebih dikenali sebagai Bokashi EM iaitu bokashi dengan bahan organik yang difermentasikan dengan mikroorganisma efektif, bukan dengan tanah dari hutan atau gunung. EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi adalah suatu kultur campuran berbagai mikroorganisme yang bermanfaat (terutama bakteria fotosintetik dan bakteria asid laktik, ragi dan actinomycetes) dan dapat digunakan sebagai inokulan untuk meningkatkan kepelbagaian mikrob tanah. Penggunaan EM dalam pembuatan bokashi selain dapat memperbaiki strukutur dan kualiti tanah juga bermanfaat memperbaiki pertumbuhan serta jumlah dan mutu hasil tanaman.

    Idea tentang penggunaan mikroorganisma efektif ini dikembangkan oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun. Teruo telah menemui mikroorganisma yang dapat hidup secara bersama dalam kultur campuran dan secara fisiologi dapat bergabung satu dengan yang lain. Menurutnya, bila kultur ini dimasukkan dalam persekitaran semulajadi, maka pengaruh baik masing-masing akan lebih berlipat ganda secara sinergik. Menurutnya juga, kultur EM tidak mengandungi mikroorganisma yang telah dimodifikasi secara genetik, tetapi kultur ini merupakan campuran berbagai spesies mikrob yang terdapat dalam persekitaran semulajadi dunia.
    Bokashi dalam Pertumbuhan dan penghasilan Tanaman

    Pada prinsipnya, peranan baja bokashi hampir sama dengan baja organik lainnya seperti kompos, namun bokashi EM pengaruhnya dipercepatkan dengan adanya penambahan mikroorganisma efektif (EM).
    Bokashi dapat digunakan 3-14 hari setelah perlakuan (fermentasi). Kebaikan penggunaan Bokashi ialah untuk meningkatkan pertumbuhan dan penghasilan tanaman meskipun bahan organiknya belum terurai seperti pada kompos. Bila bokashi dimasukan ke dalam tanah, bahan organiknya dapat digunakan sebagai substrat oleh mikroorganisma efektif untuk berkembangbiak dalam tanah, sekaligus sebagai tambahan persediaan unsur bagi tanaman.

    EM yang digunakan dalam pembuatan bokashi sangat berguna sekali dalam memperbaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah, juga dapat menyekat pertumbuhan hama dan penyakit yang merugikan tanaman. Dengan demikian penggunaan bokasi EM baik secara langsung maupun tidak, sangat memberi kesan terhadap pertumbuhan tanaman pertanian termasuk padi , buahan dan sayuran.

    Kesan Penggunaan bokasi EM dalam pertanian:
    - Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada
    - Aktiviti hama dan penyakit/patogen dapat dikurang atau dihapuskan
    - Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dll.
    - pengikatan Nitrogen
    - Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.

    Penggunaan baja bokashi merangkumi prinsip ekologi berikut:
    - Memperbaiki struktur tanah sehingga menguntungkan pertumbuhan tanaman terutama pengelolaan bahan organik dan meningkatkan kehidupan biologi tanah
    - mengoptimunkan bahansedia dan keseimbangan unsur mineral tanah, melalui pengikatan nitrogen, penyerapan mineral, penambahan dan baja dari hasil usaha tani.
    - Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat aliran panas, udara dan air dengan cara mengelola iklim mikro, pengelolaan air dan pencegahan hakisan
    Mengurangkan kehilangan hasil tani akibat hama dan penyakit dengan melaksanakan usaha pencegahan melalui perlakuan yang mesra alam

    CONTOH PENYAKIT CILI

    Labels:
    Daun Bertompok

    Simptom : Daun kelihatan bertompok-tompok.
    Penyakit : Serangan Kulat
    Tindakan : Asingkan polybag yg mempunyai daun bermasalah ini kerana penyakit ini cepat merebak. Jika serangan masih baru, buangkan semua daun yg dijangkiti.
    Rawatan : Sembur dengan racun kulat yang mengandungi 'Cooper' seperti Cupraxat. JANGAN campur racun kulat 'cooper' ini dengan racun lain.
    Cara pencegahan : Kena sembur dengan racun kulat (selain racun kulat 'Cooper') selepas hujan dan sebelum transfer anak pokok ke polybag. Pastikan kandungan media tidak terlalu lembab.

    ANTRANOKS

    Simptom : Buah cili rosak berair.
    Penyakit : Serangan Kulat
    Tindakan : Buang semua buah cili yang rosak.
    Cara Pencegahan : Selalu terjadi pada musim hujan. Jika hujan panas lagi cepat pembiakan kulat. Sembur racun kulat Mancozeb di selang seli dengan racun kulat "TopSin M" setiap 3 hari sekali di musim hujan, jika tidak seminggu sekali. Atau setiap kali lepas hujan.

    DAUN KUNING

    Simptom : Daun-daun kelihatan berwarna kuning terutama di bahagian atas.
    Penyebab : Pokok kekurangan baja.
    Tindakan : Spray air baja dengan kepekatan yang rendah (mengikut umur pokok) pada waktu pagi selama beberapa hari . 1/2 dos kepekatan air baja yg diberikan.
    Cara Pencegahan :

    1. Selalunya simptom ini berlaku pada media yang menggunakan sekam bakar 100% kerana sekam bakar tidak menyimpan air baja dengan lama, tidak seperti media cocopeat.
    2. Tambah kekerapan siraman air baja atau mencampur media sekam bakar dengan cocopeat.

    LECUR ANAK POKOK

    Simptom : Batang anak pokok cili di dalam tray semaian seperti mengecut dan menyembah bumi.
    Penyakit : Serangan Kulat
    Tindakan : Buang anak pokok yang bermasalah

    Cara Pencegahan :

    1. Pastikan biji benih direndam dalam bancuhan racun kulat Thiram 5 - 10 minit sebelum menyemai. Walaupun biji benih itu daripada varieti hybrid spt F1 568.
    2. Atau biji benih dicampur dengan racun 'Rizolex' dgn nisbah 5g Rizolex utk 10g biji benih (dlm 1600 biji benih) atau racun Thiram sebelum menyemai.
    3. Rendam tray semaian yg kosong (samada yg baru atau telah digunakan) ke dalam bancuhan racun kulat Thiram sebelum meletak peat moss.
    4. Jika terlupa langkah 1-3, dan anak pokok telah dijangkiti dan setelah dibuang pokok yg bermasalah, rendamkan tray semaian berserta anak pokok di dalam bancuhan racun kulat Thiram / Rizolex 1/2 dos dari yang disyorkan. Dan pastikan air baja juga diberi melalui kaedah rendaman try semaian. JANGAN spray anak pokok kerana daun yang lembab akan mempercepatkan pembiakan kulat dan menarik serangga.
    5. Sebelum pindah anak pokok ke polybag, sembur racun kulat Rizolex / Thiram / Previcur N ke media (sekam bakar/cocopeat) dan polybag sehingga lembab. Jika menggunakan bekas polybag dari musim yang terdahulu, pastikan peralatan dan juga polybag di rendam dengan larutan anti-bakteria/anti-septik seperti Chlorox (murah) atau Dettol

    Chemical Pest Control Without Poisons / Pengawalan Perosak Tanpa Racun Kimia

    Labels:
    White flies (White Fly) @ White Bena

    Peel garlic 1 piece + 1 liter water
    * Garlic ground, take the water.
    * Spray in the morning and Redo after 3 days if there are attacks


    Lice leaves Afid / Aphids

    * 200g soap brand axe / labor + 20 liters of water and cook until dissolved
    * Use of soap 400ml water for 1 sparger pump (18 liter)
    * If the attack is repeated, threat with 400ml water soap + 1:300 natural vinegar for 18 Liter of water


    Hamama (Mites) and Flea Trip (Thrip)

    * 10-12 seeds chili ground fire in 1 liter of water
    * Spray under the leaves at noon. When sprayed insects will not come
    * If the attack is repeated, threat with saccharin 30 g to 20 liters of water